Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Friday, August 7, 2020

Tanah Kg Baru

 Assalamualikum, seterusnya tanah kg halaman ini telah di bersih oleh jiran2 kat kg. Terima kasih sahabat Sekolah tolong ambil gambar ni 7.8.2020. Hati teringin nk tgk mcm mana setelah di bersihkan pokok2 yg tumbang hari tu.


Terang dh. Walaupun sedih pokok2 di sodok
Pokok rambai kut yg ni
Pandangan dr belakang


Terima kasih jiran2
Terima kasih jiran2

Sebahagian dr pokok2 yg selamat.

Rm200 kerja2 pembersihan pokok2 yg tumbang.

Sodok hari Rm400 utk sehari

Wednesday, July 22, 2020

WordlessWednesday

WW


Friday, July 17, 2020

Gulai Darat / Gulai Kuning / Gulai Lengkuas Kunyit ( kuah kunyit)

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Fua tiga hari ni suka sangat masak gulai darat kelantan ni. Selalu panggil gulai kuning.

Hari tu masa blk kg, ada makan sarapan pagi kat kuala Krai gulai kuning, dia guna ikan keli, sedap yakmat rasa gulai kuah dan ikan  keli tu, langsung x ada rasa hanyir ikn.
Masak kali ni saya guna ikn keli salai, daun kaduk dan kulat sisir. Resipi di bawah saya letak basic msk gulai darat.



Gulai Darat Kelantan
Resipi olahan : Rosaliza aka SyazaLiza

BAHAN2
1. 1 inci kunyit hidup *
2. 1 inci lengkuas*
3. 1 labu bawang besar *
4. 2 sudu cili kisar
5. Santan pekat
6. 1 keping asam keping
7. Sedikit Nise
8. Garam, serbuk secukup rasa
9. Ikan keli ( saya salai dulu) kalau goreng pun boleh, kalau x goreng lumurkan garam kunyit terlebih dahulu ) boleh juga guna siput atau lala
10. Daun kesum atau daun kaduk ( ramas2 dan potong kecil
11. Kulat sisir ( basuh dgn garam, ramas2 lps tu cuci bersih

CARA
1. Blender bahan bertanda *
2. Masukkan kedlm periuk bahan kisar tadi, masuk kan sedikit air, kulat sisir masak hingga mendidih.
3. Masukkan asam keping garam secukup rasa.
4. Masukkan santan, ikan, daun kesum atau daun kadok.
5. Sesuaikan rasa.
6. Rasa mesti la pedas2 manja, lemak dan sedap.

Sesuai juga utk gulai ikan tongkol tetapi ikan tongkol kena rebus terlebih dahulu bersama asam garam.

Yang ni mkn kat kedai guna ikan keli dan daun kesum, sedap kena dgn sambal yg pedas2 manja. Boleh bg 5*

Thursday, July 16, 2020

Pulut Seri Muka Durian


Musim durian dah kembali, saya suka makan pulut durian santan dan nise. Anak2 x berapa suka sangat mkn mcm ni,

Walaupun x suka durian mentah  tp bila di buat pulut seri muka, semua pakat makan dan kata sedap, lg suka mcm ni kata mereka.



 Dua kali buat sebenarnya. Yg atas ni guna santan kotak. Lepas tu letak kaler kuning lemon. Kaler muda sikit



Yg ni guna santan segar, ank2 kata yg ni lagi sedap.


Pulut Seri Muka Durian
Cnp : Yatiememories
Kongsi bersama : embunrosaliza @ syaza liza

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam
Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba.

Tuesday, July 14, 2020

Kampung Halamanku tanah tumpah darahku

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. Pada hari sabtu 11.7.2020, balik kampung. Perasaan ingin tau bila mana dapat tau tanah tapak rumah ini telah di sodok pada hari rabu 8.7.2020.

Abadi di sini buat kenangan. Kat kampung bayaran untuk sodok ni rm400 untuk sehari.

Sedih sayu pilu semua ada, bila mana hampir semua pokok2 buah2an di sodok juga. Tp apakan daya semuanya dah tumbang, yg tinggal pu  sebab ada peringat kat pokok, org tu x boleh sodok.

 Mcm di landa ribut, rasa x puas hati, sebab dh la sodok x di bgtau, lps sodok biar je pokok2 mcm tu, x kumpul setempat
 Sedih tgk pkk, walaupun tua tp masih berbuah lagi
 Bergelimpangan pokok2
 Pokok durian pun kena sodok jg. Ptt kawasan tapak rumah dan semak samun je sodok

 Gali parit macam anak sungai aka kolam. Sebabnya x buat saliran utk air keluar
 Dr pandangan depan
 Nasib baik pkk rambai yg berbuah tidak di sodok, itu pun sebab ada peringat kat tepi tu
 Dr belakang
 Jiran tanah
 Akhirnya kau tumbang juga


 Cantik air

Simpan sini semua. Semoga Allah permudahkan angan2 untuk membuat rumah di atas tanah ini, dan mengizinkan tinggal di kampung ni

Tuesday, June 16, 2020

Kek Marble Coklat

Assalamualikum dan selamat petang, syawal semakin ke penghujung, tahun ni raya PKP, kita jaga kita. Sekolah pun masih lagi bercuti.

Berbalik pada kek marble ni, sangat2 mendapat sambutan hangat dr peminat2 tersendiri dia.

Sedap di mkn panas2 atau suam, atau pun sejuk.
Simpan sini resipi senang untuk rujukan ank2

KEK MARBLE COKLAT
Resipi Asal : Azlina Ina
Olahan : syazaLiza aka rosaliza

Bahan2
2 cawan tpg naik sendiri jenama MFM
11/2 Cawan Magerin Pelangi
1 Cawan susu pekat manis
3 biji telor A kalau B 4 biji
1 sudu teh esen Vanilla
1 Sudu Besar serbuk Koko

CARA2
1. Ayak tepung
2. Pukul magerin dan susu hingga sebati
3. Masukkan telor satu persatu dan kacau
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan tepung kacau hingga sebati
6. Bahagi adunan sama byk
7. Satu adunan di masukkan serbuk koko
8. Kacau sebati
9. Marblekan berselang seli warna asal dan koko
10. Panaskan Over  suhu 150
11. Bakar kek selama 40 minit atau hingga masak


Thursday, June 4, 2020

RENDANG DAGING SEDAP

Assalamualaikum semua. Simpan sini resipi rendang daging untuk rujukan anak2 buat nnt
Mood menulis ke laut dalam. Asalkan ada resipi kira ok la kan


Pulut dan rendang ini ada org tempah,.alhamdulillah rezeki di musim PKPB.
Untuk resipi pulut ada di n3 sebelum ni.
RENDANG DAGING
RESIPI : http://embunrosaliza.blogspot.my

BAHAN - BAHAN
1. 2 kg Daging di rebus sekejap 10 minit lepas berdesir guna presurecooker. Lepas rebus baru di potong
2. 1kg Santan pekat
3. 1 Biji kelapa di goreng dan di buat kerisik.
4.  800 gram bawang besar*
5. 1 labu bawang putih*
6. 5 batang serai dipotong nipis*
7. 3 inci Lengkuas Muda*
8. 3 inci Halia*
9. 3 inci kunyit hidup*
10. 1 sudu Besar ketumbar di tumbuk halus
11. 2 keping asam keping
12. 1/2 keping nise
13. Garam, serbuk secukup rasa secukupnya
14. Cili kering potong dan rebus*
15. Minyak untuk menumis
16. Air rebusan daging.
17. Daun kunyit  - hiris halus, saya gunting je halus.
18. 2 ke 3 biji Kurma di buang biji

CARA2
1. Blend bahan bertanda *
2. Panaskan minyak tumis bahan bertanda * dan serbuk ketumbar sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Apabila wangi masukkan air rebusan daging , biar seketika.
4. Masukkan daging kacau hingga air agak kering.
5. Kemudian masukkan santan kacau hingga daging agak lembut.
6. Masukkan asam keping, garam gula , kurma dan serbuk  secukup rasa.
7. Kemudian apa bila santan semakin kurang masukkan kerisik, kacau sentiasa dgn api sederhana besar.
8. Masak hingga daging empuk.
9. Masukkan hirisan daun kunyit.
10. Sesuaikan rasa dan daging lembut, siap
11. Kalau daging masih keras lg, tambahkan air panas biar sehingga daging empuk.
12. Siap..kalau suka kering2 kacau hingga kering.

Resipi ni byk serdak2 rendang sebab byk guna bawang.


Wednesday, June 3, 2020

PULUT KUNING

Assalamualaikum, kali ni masak pulut atas permintaan si Sulong, dia khatam quran masa puasa, minta mama masakkan pulut. Mama dia bab pulut2 memang laju la nk buat, pantang ada yg menyebut . Pulut ni buat hari Ahad raya ke 8. Simpan sini resipi terkini. Pulut ni di bungkus dan di agih2kan pada kwn2 dan jiran.

Alhamdulillah hari ni 3.6.2020 dpt tempahan pulut kuning utk di sedekahkan pada kwn2 juga. Syukur alhamdulillah.

PULUT KUNING
Resipi : embunrosaliza.blogspot.my

Bahan2
2kg pulut - di rendam 4 jam bersama sedikit kunyit dan pewarna kuning dan kuning Lemon dan asam keping.
4 cawan arcopal santan pekat*
2 genggam @ 2 sudu besar garam kasar*
1 sudu besar gula*
bahan bertanda* di masak seketika sehingga gula hancur
Daun pandan untuk alas dasar kukus

Cara2
1. Kukus pulut sehingga masak dan pulut lembut lebih kurang 20 - 30 minit. 
2. Keluarkan pulut dari pengukus dan di alihkan ke dalam bekas  @ besen yang besar.
3. Masukkan santan dan di gaul mesra sehingga santan serap pada pulut., 
4. Kemudian kukus lagi 20 minit atau sehingga pulut nampak jernih dan berkilat.


 Musim pkpb ni susah nk dapatkan beras pulut susu atau beras pulut siam. Makanya saya guna beras pulut Flora, ok juga cantik pulutnya


Rendang Ayam kali ni cuma tambah sesedikit ketumbar . Cara masak mcm gulai darat kelantan. 

Sunday, May 31, 2020

RESIPI SATAY SEDAP

Assalamualikum buat semua. Salam syawal ke 8 dan raya pkpb buat semua. Menu satay ni utk hari raya kedua.
Bakar satay pun masuk dlm oven je. Nasib baik daging lembut dan terasa kesatayian nya.
Terima kasih Ma kwn Smtm yg berkongsi resipi niaganya.
Simpan sini sebagai rujukan.

RESIPI PERAPAN SATAY
RESIPI : MAWATI SMTM
OLAHAN : ROSALIZA
 Kuah kacang saya guna resipi sendiri, ada dlm blog embunrosaliza




Gedabak satay2nya. Sedap terasa manis2 pembut daging

Tuesday, May 26, 2020

TAPAI PULUT

Assalamualikum semua. Hari ini hari raya ke 3 buat kita, raya pkpb.
Kali ni buat tapai sendiri, selalu tolong MIL bungkus je.
Alhamdulillah menjadi dgn jayanya bila tapai ni manis leting. Saya buat ptg jumaat 22.5.2020 pukul 6pm mula bungkus, pulut awal pagi pg kukus, byk pula keja nk buat hari jumaat tu, ada org tempah nasi utk sedekah pd jiran2.
Jomm semak resipi. Resipi kena simpan sebagai rujukan di masa hadapan

 Yg  ni buat hari sabtu, masuk dlm bekas2 je sbb daun pisang dh habis

 Tapai yg dh masak dan telah di sejukkan dlm peti ais, sedap mkn sejuk2
Elok je kejadian tapai

TAPAI PULUT
RESIPI: EMBUNROSALIZA @ SYAZALIZA

BAHAN2
1kg Beras Pulut di rendam
2 cawan arcopal Air tapis atau air masak
1  biji ragi sebesar syiling 20sen
Daun pisang secukupnya
Staple atau lidi

CARA2
1. Didih air, kemudian kukus pulut sehingga masak atau naik wap
2. Angkat dan keluarkan pulut, masukkan ke dlm besen.
3. Ambil 2 cawan air tapis masukkan kedlm pulut.
4. Gaul2kan sehingga air meresap ke dlm pulut.
5. Kukus blk pulut lebih kurang 20 minit atau sehingga pulut nampak jernih.
6. Sejukkan pulut.
7. Di dalam bekas yg lebar, rosaliza guna talam atau nekar besar, sejukkan pulut sehingga memenuhi rungan dulang besar tersebut.
8. Ambil ragi dan penapis teh, tenyeh2kan ragi bagi sekata dan kena pada semua bahagian pulut. Guna sebelah ragi sahaja.
9. Kemudian terbalikkan pulut pada bahagian bawah pula ke atas. Hancur2kan ragi biar kena sekata pada bahagian pulut.
10. Apabila habis ragi  gaul2 sebati pulut agar ragi tadi rata.
11. Siap sedia utk di  bungkus
12. Gunakan sudu utk mengambil pulut
13. Bungkus sehingga siap
14. Apabila siap masukkan tapai kedlm bekas, saya guna periuk. Alaskan dasar dgn lebihan daun pisang.
15. Bahagian atas pun letak lebihan daun pisang.
16. Tutup bekas dgn kain, rosaliza guna kain batik.
17. Tunggu 2 hari atau sehingga tapai masak.

Rosaliza buat hari jumaat 6 petang, siap bungkus pukul 7pm. Lps tu baru peram. Pagi Ahad dlm pukul 9 tapai dah boleh di mkn, masak dan manis. Syukur alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...