Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ulam2an. Show all posts
Showing posts with label ulam2an. Show all posts

Monday, September 19, 2011

COLEK DAUN KADUK @ MIANG KHAM

Assalam buat semua, terasa lama sangat tak n3 pasal makanan kat sini, ini pun makan masa balik kampung n time puasa hari tu lagi.


Colek daun kaduk? eh sebenarnya ak je panggil macam tu, mengikut kaum kerabat org Thai , colek ni dimakan masa ada keramaian, atau majlis2 tertentu, macam adat orang sebelah Thai...eh kalo salah tolong betulkan ya pada sapa2 yang tahu, akk tak berapa nak tahu cuma makan tu mmang rasa sedap n lain je. Pertama kali akk makan colek ni tahun lepas masa bulan puasa, mmg jatuh cinta bagi penggemar ulam2an ala kunyah2 macam org dulu2 makan sirih atau pun sirih gobek gitu heheh. Tetapi bagi yang tak suka bau daun kaduk rasanya tak boleh ditelan.


Cara2 nak makan daun kaduk ini  :~ mula2 sekali buat kelongsong, pas tu ambil sedikit bawang, hali muda ,cili api, kelapa goreng, kacang tanah, udang kering, potongan limau nipis pas tu letak sesudu sos ...lagi banyak sos lagi sedap...pas tu kunyah2. Emmmm kecur liur lak rasa ni heheh. Memula kunyah tu rasa msam pedas manis n ranggup...tak terkata kesedapannya.


Colek ni kalo buat sendiri sah2 lah tak jadi, lagi pula kejadiannya memang tak sama dengan yang di beli kat Golok ni, harga sebelah sana RM 2.50 . Bukan akk pergi sebelah Golok ya ..takut ), tapi dibeeli oleh  bonda akk, yg suka  ke sebelah sana.



Inilah colek tu, dah siap bahan2 semua, akk boleh makan 3 helai daun tu..mmg asyik je kunyah2 ni, ranggup, pedas dan sedap,

Masa puasaje dapat makan ni, masa hari2 biasa lupalak nak tanya ada orang jual ke tiDakk. 

update 11/11/14
p/s tq buat Maz - ilhamdapur yg berkongsi resipi miang kham ini, akk c n p kat sini ya

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps

Resipi : MAZ - ilhamdapur
 kongsi bersama ;  embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan Sos Manis 


  • 120g thai palm sugar (nisan putih - seperti dalam gambar) nisan putih (thai palm sugar) 
  • 2 keping hirisan halia 
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  •  sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  •  sos ikan (nampla) secukup rasa 


Cara 


  1. . Tumbuk lumat halia dan udang kering. 
  2. . Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
  3. . Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw dan rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).


 Bahan Lain


  •  daun kadok secukupnya
  •  limau nipis 
  • halia muda 
  • cili padi merah/hijau
  •  kacang tanah yang digoreng
  •  bawang merah 
  • udang kering thai
  •  kelapa goring - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye) 


Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan terus kunyah-kunyah. Sedapp

Tuesday, July 12, 2011

TERUNG PIPIT @ TERUNG MANGGUR

Ramai mengenali terung ini dengan terung pipit, tapi di sbelah klate di panggil terung manggur. Pokok terung ini tidak perlu ditaman kerana biasanya naik atau tumbuh dimana2 yang dia suka dan benihnya tercampak. 


Terung akk beli kat pasar tani hari tu, rasa dah lama sangat tak makan. Hari tu akk celur cicah ngan budu je, tapi rasa mcm tak sedap pulak mungkin buah tu tua. Kalo kita ambil atau petik , tentulah yang muda belia jadi pilihan. Bila beli selalulah kena yg tua. Kat peti ais tu  ada sikit lagi, akk tak tau nak masak apa. Hari tu ada tgk kat TV dia masak lemak, tapi dia ketuk2 dulu buah tu bagi pecah, tapi akk tak taulah masak apa pulak.


Sapa2 yang biasa mkn atau masak buah terung ni bolehlah kongsi atau bagi idea kat akk, akk tak retilah nak masak ni, yang pastinya akk sorang jugalah yang makan }~


buat sambal campur bilis best ke tak ek


ada ke yang tak kenal dengan buah terung ni
kalo yg tak suka dengan biji2 kecil, mmg takleh mkn buah terung ni. Ulam2an gini bagus untuk aweksss muda gitu, oleh itu rajin2lah makan ulam2an ......

Friday, July 30, 2010

PETAI

Salam dan selamat petang buat semua..dah siap masak untuk makan malam ke semua..... Semalam akk pergi pasar borong selayang, pesan kat abe suruh beli petai.....abe beli akk pun beli juga...kut2 abe lupa nak beli...heheheh banyak lah dapat petai tu......ambil lah seikat sorang buat sambal petai udang atau buat ulam je. Petai ni walupun busuk baunya tapi banyak manafaatnya........pada peminat petai n ulam2an ni,  tentu anda seorang yang awekss muda gitu. Untuk mengetahui info silalah ke blog  EN DAUN. Jom makan petai...akk baru siap buat sambal petai, tapi n3 tu esok lah ya;~


Petai segar seikat RM1.00 ada 3 papan/keping...lelong2 ada sapa suka petai tak


Ini akk celur cicah ngan budu campur durian...sedap. petai ni kurang sikit bau dia tak yang macam biasa akk beli mmg bau nya kuat sangat...agaknya petai bukit kut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...