Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 25, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Cameron Highland 15.9.13









jem menggila kat CH naik dan turun

Friday, September 20, 2013

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU SAYANG ( 21.9.13 )

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, esok 21.9.2013 merupakan hari lahir abe ajiku sayang, semoga sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa, di jauhkan dari sebarang kesulitan, di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat , diberi kesihatan yg baik, di murahkan rezeki, panjang umur, bahagia sentiasa serta sentiasa di rahmati Allah sentiasa. 




Semoga kami kekal bahagia sepanjang hayat

21.9.13  juga merupa kan hari bersejarah buat adik bongsuku EzyAzira  hari Konvokesyen yg berlangsung di Dewan 2020Kangar. Insyallah  Kami  sefimili serta adik beradik  ( linapg Dari Penang, ayunalisa dari Klate , En Daun aka adry  ( langkawi, alla (penang ), serta bonda juga semua kesini   bagi meraikan hari yg indah buat si bongsu

Sekalung Tahniah Buat Adik kerana telah berjaya dgn jayanya, semoga dapat memberi semgat pada anak buah nnt, semoga mengikut jejak ucu . 


Ucu bersama Bonda n anak buah Damia

P/s ingat nak post auto publish, entah kenapa tak dapat la pulak nak set tarikh dan masa, t

Wednesday, September 18, 2013

NASI IMPIT KUAH KACANG KELANTAN DAN SAMBAL KELAPA

Assalam buat semua, walaupun hari raya dah berlalu, N3 ini tetap ku letak jua, suatu petang  di bulan syawal , ptg2 hari masak kuah kacang klate, rindu sangat nak mkn. Masa raya hari tu tak puas makan nasi impit kuah klate ni. Blk KL ada juga kuah kacang tapi pesen lain, dah tekak suka ngan versi klate  mesti buat yg klate punya lah, yg negeri lain akk tak pernah buat, macam2 jenis ada kuah kacang ni, akk lagi suka yg mcm ni, yg negeri lain pun mkn tapi rasanya banyak ke pedas, yg klate ni pedas n manis serta lemak2 sikit cukup sedap. Anak2 pun suka kalo mkn mesti berkuah penuh.

Kuah kacang ni akk buat masa bulan syawal lagi. Ini kali lah akk buat untuk sarapan, maklum lah open house tak habis lagi masa tu, jadi utk sarapan akk masak kat rumah lah.



NASI IMPIT KUAH KACANG KELANTAN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan


  • 6 bungkus nasi impit segera -  di rebus
  • 500 gram kacang tanah - di goreng tanpa minyak dan di blender kering
  • 3 labu bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 15 tangkai cili kering - di potong dan di rebus seketika*
  • 3 keping nisan
  • 6 sudu besar gula
  • 5 batang serai di ketuk
  • garam secukup rasa
  • 1 liter santan
  • 1/.2 cawan minyak masak



Cara2
  1. Goreng kacang tanpa minyak sehingga rapuh, sejukkan seketika. Buang kulitnya, kemudian blender kering kacang tadi.
  2. Blenderbahan bertanda ( * )  bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi dan masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak
  4. Masukkan santan, dan kacang, kacau seketika.
  5. Kemudian masukkan nisan, gula, garam, dan asam keping.
  6. Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, rasa dulu , kemudian tutup api

SAMBAL KELAPA


Bahan2

  • 1 Cawan kelapa parut - di goreng tanpa minyak hingga kekuningan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih * 
  • sedikit halia*
  • 1 batang serai di hiris halus *
  • 1 ekor ikan kembung - di rebus dan di ambil isinya, kemudian di tumbuk halus
  • Garam
  • Gula / Nisan *
  • Sedikit perasa jika suka
CARA2

  1. Tumbuk bahan bertanda (* ) hingga hancur
  2. Kelapa di goreng tanpa minyak hingga kekuningan, dgn api yg perlahan
  3. Kemudian masukkan bahan2 yg di tumbuk tadi ke dlm kuali dan di goreng hingga kering air bawang.
  4. Masukkan isi ikan , garam, dan nisan, dan perasa gaul sebati
  5. Sesuaikan rasa, siap.
P/s kalo suka sambal kelapa  yg basah2 bahan2 tumbuk tadi terus di gaul dlm kelapa yg telah di goreng  ,  

Sambal kelapa ni sedap di makan bersama kuah kacang, kalo dulu2 ada juga org buat sambal mcm ni tanpa kuah kacang, sedap juga

Lamanya nak publish n3 ni, dah siap upload gambar tetiba kosong pulak, setelah beberapa kali cuba baru keluar semua n3 ni

Friday, September 6, 2013

PUTERI SYAZA AMANI

Chakkkkk arrrrrr, assalamualaikum buat semua acik2 n pakcik2, adik, abang , kakak semua. Hari ni 6.9.13  usia kita genap 35 bulan, mama terlebih rajin hari ni nak letak gambar kita. Katanya tak sabar nak tunggu 6.10.13 ( baru besday kita yg ke 3 tahun), Kita dah besar dah : ~




Muahhhhh cayang adik banyak33, pengarang jantung permata hati mama, penghibur  hati kami sekeluarga, 

RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum buat semua, dan selamat pagi, diam tak diam hari ni dah pun 30 Syawal, maka berakhir lah sudah raya utk tahun 2013, raya haji bakal menjelam tiba pula. Sekejap je masa berlalu. Anak2 yg sekolah menengah pun buat sambutan raya hari ni, akk buat kan kek coklat je.

Lama sudah tak sapu sawang rumah maya ni, entah apa yg di sibukkan pun tak tau. Gambar raya pun tak letak lagi untuk kenagan. 

Semalam Khamis akk masak asam pedas,kali ni memang sedap sangat asam pedas melaka tu, kena dengan selera kami anak beranak, anak2 pun suka sangat mkn kuah ( mkn kuah je ikan tak suka pulak ). Dulu2 [ernah juga buat resepi asam pedas ni, lamaaaa sudah. Kali ni akk guna ikan mayong ( ala2 ikan duri tu ) memang sedap dari guna ikn kembung la.

Semenjak akhir2 ni, akk pun suka sangat mkn asam pedas, kalo mkn kat gerai pun mesti nk ngetest asam pedas je.

Tq buat linapg, akk c n p resipi dari rumahnya.



RESEPI ASAM PEDAS MELAKA
sumber : lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza,blogspot.com

Bahan-bahan
4 keping ikan pari- Rosaliza guna ikan mayong

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  •  1/2 bawang besar-hiris
  • 1 sk halba
  •  1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...