Pertama kali buat biskut dahlia..walau tak secantik mana tapi rasanya teramat sedap n gebu gitu..ala2 tuan punya resepi gitu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
p/s..selepas ini mungkin hanya ada satu atau dua lagi n3..lepas ni akk berehat seketika...doakan akk ya..panjang umur kita jumpa nanti. Hari ini dah pun 1.10.2010..due akk 7.10..emmm bila lah bby akk ni nak kuar ya...agak2nya 5.10 kut heheh ataupun 10.10.10 gitu kelasss gitu
4 comments:
nnt nak try buat sendiri la...
Biskut ni sama x ngan biskut bunga cina ek?mesti sedap akak buat!hehe
p/s dah bersalin ke belum ni kak..
Post a Comment