Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 17, 2021

ROTI PURI INTI KACANG MERAH

 Assalamualikum dan selamat pagi buat semua. Hujan renyai2 di bumi Kuala Lumpur sejak dr pagi td lagi. Sejuk dan nyaman. Hujan2 mcm ni ingat kg halaman. Hujan2 perut pun lapar sokmo.

Semlm ada masak gulai ayam. Ayamnya habis berbaki kuah je. Tiba2 tinggg sel otak berhubung, laju je google resipi roti puri rosaliza, dan laju je kedapur godek2 dan terus goreng sebiji utk alas perutπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Pukul 11 baru sambung habiskan doh yg berbaki lgi tu. Kali ini sel2 otak berhubung lagi memandangkan ada lebihan inti kacang merah, maka jadi la roti puri kacang merah.

Utk doh kali ini, buat lebih sikit dr sukatan asal, memandangkan kat rumah ni ramai.











Usaha sama dgn Adda

RESIPI ROTI PURI INTI KACANG MERAH

ROTI PURI

resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama dan Olahan: embunrosaliza

Bahan-bahan ( lebih kurang 22 biji )

Guna cawan Arcopal.

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil penuh yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
1 cawan air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api . Rosaliza guna air panas coway je


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~


5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh


6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil


7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen


8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...

Nota: masa bulat2 tu masukkan inti kacang merah, buat membujur, jangan nipis sangat takut terkeluar inti dia. Goreng mcm biasa dgn simbah2kan myk panas 

9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA


RESIPI ROTI PURI ORIGINAL 

ROTI PURI
resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama: linapg & embunrosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~


5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh


6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil


7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen


8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...


9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 15, 2021

AYAM PHAT PHET @ AYAM PATPET

 Assalamualikum dan selamat tengah hari buat semua. Siap menu utk hari ni, teruja nk simpan resipi kat sini. Siap msk snap pic dlm kuali legend.





AYAM PHAD PHIK

olahan: rosaliza @ syazaliza

BAHAN2

10 ketul Ayam potong sederhana kecil

3 ulas bawang besar*

3 batang serai hiris2*

1/2 inci halia*

1 inci kunyit Hidup*

11 tangkai cili padi hijau*

3 helai daun limau purut*

1 sudu cili giling*

Sedikit belacan*

1 keping asam keping

3 helai daun limau purut

Garam

Gula

Secukup rasa

Minyak

3 tangakai kacang panjang

1/2 batang Karot

CARA2

1. Garam kunyitkan ayam kemudian goreng, jgn sampai garing, asalkan masak jer.

2. Belder bahan bertanda (*)

3. Apabila ayam masak, masukkan terus bahan blender ke dlm kuali yg ada ayam. ( Ayam tak perlu di angkat )

4. Masukkan juga asam keping dan daun limau purut.

5. Tumis sehingga wangi, masukkan garam gula, secukup rasa, kacang dan karot.

6. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa

7. Siap.

Selamat menjamu selera



Sunday, December 5, 2021

Buah Naga Kuning

 Assalamualikum dan selamat malam, teruja sebenarnya, kali pertama tgk org jual buah naga kaler kuning, selalu yg merah ada jual di mana2.

Ptg tadi kami jalan2 ke Bagan Lalang, rupanya dh lama sangat x ke sana, sbb si Puteri kata dia x pernah sampai sana. Jadi ambil kesempatan jln2 ke sana. Dulu2 lalu jln mana pun dh x ingat πŸ˜…πŸ˜….

Kami masuk plus hgway dan exit di tol Southville/Dengkil. Jarak dari rumah x lah jauh mana dlm 73km.

Dalam perjalan ke Bagan Lalang, byk pokok naga di tepi jalan, ada juga yg jual buah naga, tp nampak mcm kaler merah je kulit dia

Masa blk ada ternampak buah naga Kaler Kuning, satu gerai dh terlepas, jumpa kdai terus berhenti, saya x turun, pesah suh cik Abe je beli, ckp dia kalau sebiji rm10 beli je sebiji, kalau rm10 dpt 3 biji beli la rm20πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Dia rasa mcm dh byk di beli rm10 sekilo buah yg halus. Kalau buah size besar rm18 sekilo.

Rupa2nya sangat sedap buah Naga Kuning, rasa dia sikit Masam dan Manis, sedap sangat2 dr yg merah, bagi saya laπŸ˜….







Wednesday, December 1, 2021

Covid Is Real

 Assalamualikum dan selamat malam buat semua. Baru rasa tergerak hati utk share kat sini. Simpan sini sebagai kenangan yg tak akan di lupakan. Kisahnya :~

Pada 6. 11.2021 ( Sabtu) setelah tertangguh hampir setahun utk lawatan melancong sambil memborong di Sabak Bernam. Masing2 teruja utk ke lawatan, lama x naik bas rasa seronok, lgi pun suami dan 3 org ank pun ikut serta.

Kami menaiki 2 bas A dan B, kami naik bas bersama grup dan komuniti penduduk sekitar kami.

Perjalanan dr pukul 7am gerak dari KL, sampai blk pukul 9pm. Masing2 jaga SOP. 

Ahad 7.11.2021 mcm biasa sihat elok je boleh kesana kesini lg.

8.11. 2021 ( Isnin) org mcm biasa sihat2 je lagi, tp mlm tu lps isyak terus tido, x ada pula rasa mcm demam.

9.11.2021 ( selasa ) pagi mcm biasa x ada apa2 sangat tp ada juga rasa mcm nk demam tp x demam. Tp badan rasa mcm nk demam juga la, 

Ptg selasa ada kwn2 dlm rombongan kata positif. Ya allah terus rasa jantung mcm nk berhenti, tiba2 rasa mcm x sedap hati, test kit memang dh ada kat umah. Mula2 suruh sorang ank cek sbb dia pun nampak mcm nk demam tp x demam. Ya Allah walaupun samar2 tp keluar 2 line. Mama lgi la rasa takut.

Nak x nak kena cek juga,bila cek ya allah dua line juga, bermakna kami 2 org positif. Alhamdulillah, kami dua2 dh lengkap vaksin. Mlm tu terus lapor ke mysejahtera, tp sistem lambat. Esok baru masuk data.

Rabu 10.11.2021 seawal pagi jam 9.15am kami ke CAC( pusat penilaian covid ) Saya, kak yang (ank,) Lynn, Syuk ( suami Lynn) dan Supt Zahar. Suami Lynn tolong bawakan, sebab kami semua positif ber5. Bergelang pink la kami.

Sesampai di rumah, ada dokter call pantau dan tanya pasal kesihatan, 

Bermula la kami ber5 kuarantin di rumah masing2. Ptg Rabu makin bertambah yg positif,

Terima kasih jiran2 dan persatuan yg sentiasa bg bantuan kepada yg positif. Makanan pun sentiasa ada org taja buat kami.

Hari ke 5 kurantin, kena pula sikecil Puteri, bangun tido dia kata tekak dia sakit. Abah dia terus buat cek, memang kluar 2 line, terus bawa ke Cac. Adda dan abah dia selamat. Masih negatif.

Kawan2 yg positif dah semakin bertambah.

Sepanjang kuarantin saya tidak apa2 masalah kesihatan yg lain, tiada selsema batuk ataupun demam, cuma kaki sentiasa sejuk. 

Yg paling ketara sekali hilang selera mkn, boleh mkn yg sedap2 je dan buah2an.

Sepanjang kuarantin ada la juga hilang deria bau, tp sekejap je. Bangun pagi 5.30am, cium terapi, rasa berangin je bau lemon x rasa, kemudian ke bilik air sabun2 tangan lps tu cium bau jauh2 je c kuat sangat. Lps solat subuh, alhamdulillah deria dh ada semua, testing dgn bau minyak gamat dan myk wangi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Pada 19.11.2021 jumaat, berakhir la episod gelang pink, hari ke 11 akhirnya gelang di potong, selera mkn masih lg kurang tp boleh mkn juga la.

Syukur Alhamdulillah, ank2 yg lain negatif.

Alhamdulillah 26.11. 2021 dapat panggilan utk Booster, selepas seminggu positif. Hari ini 1.12.2021 alhamdulillah x ada demam atau apa2, cuma sakit sikit kat bahu je.

Jangkitan ini berpunca dr lawatan, sehingga 27.11.2021 baru habis semua kwn2 dan ank2 mereka habis kuarantin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...