Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 31, 2013

SWEET AND SOUR SOS CHICKEN CHOP DAN COSLOW

Seperti yg di janjikan ( sebenarnya janji dgn diri sendiri saje heheh )  akk nak kongsikan pula resipi sweet and sour chicken chop pulak, jom semak resipi . Terima kasih buat Azian yg berkongsi resipi ini






SWEET SOUR CHICKEN CHOP
Resipi : Azian Collections
Kongsi Bersama : embunrosaliza

 BAHAN-BAHAN
 Bonless chicken - rosaliza guna 8 keping ayam
 seasoning
 lada sulah
Rosaliza guna bahan perapana DISINI
 putih telur Rosaliza guna 1 biji telor
 bread crumb -Rosaliza guna tepung gandum + sedikit tepung beras + ajishio ( KES TAK CUKUP TEPUNG GORENG ADABI)
 1 biji bawang besar
 2 Ulas bawang putih
 2 Ulas bawang merah
 1 Tin baked bean
 3 Sudu besar sos cili
 3 Sudu besar sos tomato
 1 cawan air - rosaliza guna stok ayam
 1 Sudu sos tiram
 lada sulah
1/2 kiub ayam - rosaliza tambah

 CARA MENYEDIAKAN:-
 1. Perap ayam dengan seasoning dan lada sulah sebentar.Celup di dalam putih telur dan salut dengan bread crumb.
 2. Goreng di dalam minyak penuh hingga kekuningan, angkat dan toskan.
 3. Hiris kasar bawang besar.
 4. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
 5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
 6. Masukkan bawang besar dan masak sebentar.
 7. Masukkan sos tiram, sos cili dan tomato sos. Gaul rata dan masukkan pula air.
 8. Apabila mendidih masukkan baked bean dan sedikit lada sulah.
 9. Masak hingga kuah pekat sedikit.
 10. Hidangkan bersama fries.


 * Tidak perlu tambah garam kerana baked bean telah cukup rasa masin nya.

Coslow ni sangat sedap, sampai terlupa nak snap coslow sowang2,memang best bila di tambah susu dlm coslow ni. Tq Mas berkongsi resipi


Sangat sedap sos sweet n sour ni

COSLOW
Resipi : Mass80 @Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( untuk 4 orang )

  • 2 cawan kobis bulat mentah yang dipotong halus2
  • 1 cawan carrot yang dipotong halus2
  • 1/2 cawan mayonis - @ ikut masing2 nak banyak atau sikit pun boleh
  • 5 sudu besar susu segar
  • sedikit garam - Rosaliza tak bubuh garam

Cara-cara

  1. Potong halus2 kobis bulat dan carrot, basuh dan tos kan.
  2. Campurkan dengan mayonis, susu segar dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan simpan dalam peti ais dalam 1-2 jam, kemudian boleh dimakan.

CHICKEN CHOP DAN SOS LADA HITAM @ BLACK PAPPER SOURS DAN KENTANG PUTAR @ MASHED POTATO

Assalamualaikum dan salam jumaat yg ceria buat semua.  Best betul tgk tajuk hari ini, banyak betul penggunaan ( @ ). Tak kisah lah untuk rujukan sendiri, senang klik satu nama semua resipi dh ada kat situ. Diam tak diam hari ni dah pun 31 mei 13. Sekejap masa berlalu.

Chicken chop ni akk buat hari sabtu lepas, mula2 cuti sekolah lagi. Tetiba je tekak rasa nak mkn western food setelah terpandang lamb chop linapg huhu. Anak2 cukup suka kalo menu mcm ni. Akk buat 8 keping ayam yg besar, mmg makan kenyang tak ingat. Ada yg bersambung pulak mkn chicken chop tu. Akk buat 2 jenis sos. Black papper sos dan sweet n sour sos. Anak2lebih suka sos lada hitam nampak gayanya. Akk guna bahan perapan Lamb Chop Linapg


CHICKEN CHOP
Resipi : LINAPG - resipi lamb chop
Kongsi bersama dan edit  : embunrosaliza

Bahan - Bahan: Perapan ayam

  • 4 keping daging kambing- Rosaliza guna 8 keping ayam di buang tulang
  • 1/2 kiub ayam- 1 kiub
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano -rosaliza letak lada hitam ,lada sulah 
  • Sedikit olive oil- tak letak
  • Tepung goreng ayam adabi secukupnya
  • 2 biji telur ayam - di kocok
  • Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara
  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)- rosaliza guna tepung gandum untuk rendam ayam  bagi meghilagkan bau ayam.
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)- rosaliza guna garfu untuk cucuk2 isi ayam agar meresap segala bahan perapan
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus- rosaliza goreng ayam seperti di bawah
  9. Panaskan minyak yg agak banyak
  10. Celup ayam kedlm telur kemudian gaulkan kedlm tepung
  11. Kemudian goreng hingga masak dgn api yg sederhana
P/s nota ringkas yg tidak berwarna tu cara rosaliza


MASHED POTATO
By lina pg

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Sedap sangat chicken chop ni. Nanti tengah hari sikit akk letak yg sos masam manis pulak ya dengan resipi Coslow  best ni.


Wednesday, May 29, 2013

SIAKAP GORENG PAPRIK

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Setiap kali kalo ke pasar mesti my abe beli  ekor ikan siakap, sampai dah tak tau nak masak dengan ikan siakap. Asyik2 sweet n sour, kukus , goreeng bercili,berlado, segalam mcm yg cili2 dh cuba. 

Suatu petang nan senja, angin malas melanda, maka mengoogle lah akk mencari resipi yg tak payah nak msk banyak2 jenis. Sebabnya kalo masak utk mkn mlm memang malas sangat nak masak. Cari punya cari terjumpa lah resipi ni kat  dapur Liza intai dapur. Tq ya liza, akk c n p dari dapur liza ya




RESEPI SIAKAP GORENG PAPRIK
Resipi Asal : makyong @myresipi
C N P : Liza Intai Dapur
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk 
2 ulas bwg putih - ditumbuk 
1 labu bwg besar - dimayang 
2 btg serai - dititik 
2 biji buah tomato - dipotong 4 
5 biji cili padi - ditumbuk 
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda 
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 
bahan2 perasa 

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Cukup dengan sayur mayur, goreng telur dadar, siap mkn mlm yg simple  cepat dimasak, sedap dimakan.

Masih ada lagi sekor ikan siakap, tadi tgk rumah Linapg buat siakap bakar tomyam, teringin nak buat juga nampak merah2  best je dgn aroma daun limau purut dan daun kunyit tu. insyallah

Tuesday, May 28, 2013

RESIPI IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Assalam buat semua, dah pun petang baru rajin nak mengN3. Kali ni nak kongsikan resipi ikan cencaru sumbat kelapa. Entah kenapa tetiba tekak ni terasa nak mkn ikan sumbat kelapa yg ada rasa bau daun kunyit. Google cari resipi berkenan pulak dengan resipi Amie`s Little kitchen, tq ya amie atas resipi ni



IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Resipi : Amie little kitchen
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (belah dari belakang)
1 helai daun kunyit muda (dimayang halus)

Bahan untuk ditumbuk:
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 batang serai
sedikit halia
sedikit kunyit
segenggam kelapa parut (ditumbuk paling akhir tapi jangan lumat)
garam & perasa (jika suka)
gula
1/4 sudu pati asam jawa
beberapa butir lada putih

Cara:
1. Toskan ikan cencaru sehingga kering.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam perut ikan.
3. Panggang menggunakan api sederhana selama 20 minit.
Saya gunakan kuali untuk memanggang dan tidak perlu sediakan bara api. Mudah bukan.... cubalah... resepi ini sangat lazat di samping berkhasiat dan menyihatkan....


Sangat sedap aroma daun kunyit , daun  pandan  guna buat ikat ikan saje suka2,best je bau 

Monday, May 27, 2013

KUIH TEPUNG BUNGKUS

Assalamualaikum semua, nampak gayanya ramai gang blogger cuti2 malaysia. Nakmengarang pun tak ada idea nih, kering je rasa.

Tepung bungkus ni sebenarnya dah lama akk buat ya, pertama kali buat, memang kena dengan citarasa, lembut lemak dan sedap.

Tq Ct Zaliedana berkongsi resipi ni, akk panjangkan kat sini untuk rujukuan masa hadapan :~


KUEH TEPUNG BUNGKUS
Sumber Resepi:-Kak hanieliza
C n P : CT Zaliedana
Kongsi bersama : Embunrosaliza.blogspot.com

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Inti(Aku xikut resepi nih pon utk inti,coz wat byk2 siap2 simpan frezer) - rosaliza pun buat banyak juga
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Aku add juga

1Cawan tepung pulut
1/2Cawan Air+- (Utk balut inti jadikan bebola) -  rosaliza golek2 je inti dlm tepung pulut, lain kali nak buat mcm CT juga

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.(aku wat bebola kecil ngan tepung pulut,pastu leperkan n msukkan inti,pastu baru dijadikan bebola)
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.


Lain kali kena balut inti dgn tepung pulut dulu baru senang sikit, kalo golek2 dlm tepung pun ok tapi tak berapa nak kemas inti tu.


Thursday, May 23, 2013

DONUT LABU

Assalam buat semua, esok dah pun bermula cuti sekolah selama 2 minggu, hajat hati nak balik kampung ada kenduri kawen, tapi buat kesyukuran saje. Apakan daya hajat tak kesampaian bila masa cuti ni dak Eqa sibuk dgn training hoki MSSM di stadium jln Duta, 3.6.13 dia ada game kat Melaka mewakili KL. Nak juga mencelah  ptg jumaat 31.5 tu,  tapi tak boleh juga bila training ari sabtu dan ahad pun ada. 

Oklah dok layan hati yg asyik nak blk kampung ni susah juga lah. Bercerita pasal donut labu kak besah ni minggu lepas lagi akk buat,memang sedap lembut dan gebu, langsung tak rasa kelabuannya.Terima kasih ya kak besah myresipi. Izinkan saya panjangkan resipinya kat sini untuk rujukan masa depan :~


DONUT / DONAT LABU MANIS KAK BESAH

Resipi asal : KAK BESAH @ MYRESIPI
Kongsi Bersama : embunrosaliza


Bahan-bahan ( 55 bj )

  • 1 kg tepung  - Rosaliza buat tak sampai sekilo
  • 11/2 peket yis segera mauripan(jumlah brt=16g)  - ER guna 1 paket je ( yis dh sepeket je )
  • 2 sudu besar susu tepung 
  • 1/2 sudu makan garam 
  • 300 gm labu yg tlh direbus empuk  - ER tak timbang pun
  • 3 biji telur besar - 1 biji telur AA
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan rata majerin 
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut - ER guna gula Castor + susu tepung


Cara-cara


  • Gaul rata tepung, susu & yis. 
  • Menggunakan blender cili, kisar telur &; gula hingga hancur. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati. 
  • campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td) 
  •  biar doh mengembang lebihkurang 1 jam.
  •  pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung. 
  •  bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian. 
  •  bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula castor.

gambar blur sikit tah kenapa, tak perasan pulak masa snap tu. Hasil donut sangat memuaskan hati. 

Wednesday, May 22, 2013

KEK COKLAT MOIST DAN RESIPI BUTTER CREAM SEDAP

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, kek coklat ni akk buat masa besday Bby Adda, sedap kek ni moist sangat. Joam tengok resipi yang akk ambildari Teratak Mutiara Kasih - Linapg yg merangkap adindaku. Tq ya berkongsi resipi hasil cubaannya. Akk panjangkan di Dapur Embun Kaseh Rosaliza pulak resipi yg best ni untuk rujukan masa depan :~



KEK COKLAT MOIST

Resipi : linapg
kongsi bersama : EmbunRosaliza


Bahan-Bahan:
  • Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..
  • 1 tin susu cair ideal..
  • 1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
  • 1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)
  • 1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
  • 2 cawan gula kastor (lina pg gn 1 setengah cwn)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • 1 cawan serbuk koko ( di ayak)
  • 2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)
Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..
  2. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..
  3. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..
  4. Masukkan esen vanilla..
  5. Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..
  6. Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..
  7. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..
  8. Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
  9. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh.. 
  10. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
  11. Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..
  12. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..
  13. Kukus kek sampai masak (lina pg kukus selama 1jam setengah)dengan api sederhana




RESEPI BUTTER CREAM
sharing: lina pg
Kongsi bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) Lina pg gn krim well
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) Lina pg gn 1 cawan gula icing

Cara-cara

  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa. 



Okeyyy byeee

Monday, May 20, 2013

KLHC VS TNB FINAL - 2

Kesinambungan dari N3 lepas ya .Istemewa kepada peminat2 hoki dan anaknda ku semua



VVIP yg datang YB Khairi Jamalaluddin ( menteri belia dan sukan ) dan Tengku Mahkota Pahang


 Bersama Faizal Saari pemain Malaysia dan pemain TNB, Idola anak2


 Eqa n Faizal
 Along n Faizal
 Kak Yang n Faizal

Along bersama pemain terbaik Radzee

N3 ketiga utk hari ini betapa rajinnya diri ini megupdate hehhe, tak pernah ku serajin ini


HOKI KLHC VS TNB FINAL

Salam ceria buat semua, semlm 19.5.2013 akk n famili berkesempatan ke stadium bukit jalil menyaksikan perlawanan akhir antara KLHC dan TNB. Sabtu n ahad my abe kena kerja kat Seremban, sesampainya kat rumah dekat2 kul 8pm mcm tu,anak2 sibuk ajak ke Bukit Jalil, pantas je my abe jwb jom la tak penat lagi ni. Selesai solat n mkn kami n famili ke stadium bukit Jalil. Kenagan2 buat anak2ku yg semua pemain hoki sekolah . Alhamdulillah pasukkan KLHC berjaya lagi meraih juara sama seperti tahun 2012 juga dgn agregate 2 - 1, Tahniah. Tak sia2 kami peyokong KLHC, ( mau tak sokong dh dapat baju free heheh )

 ramai juga peyokong TNB n KLHC




 Along n Keeper KLHC Roslan


Tengah dok syok bergambar tetiba nampak Iqram (watak dia dlm drama akasia  Setia ke Hujung Nyawa ) anak2 sibuk bergambar juga, sporting je dia



PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Pagi ni terasa nyaman je bumiKL baru lepas hujan. Hujan tak hujan pun akk nak juga tayang puding triffle yg dh berjaman akk buat, kali ini menggunakan resipi Linapg pula, simple tapi sedap. Dak Amani duk kutip buah je mkn. Tq ya dindaku atas resepi mu ini




RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
Update:
Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Insyallah lepas akan buat lagi









Friday, May 17, 2013

PUCUK PAKU GORENG BUDU

Selamat pagi buat semua sahabat handai alam maya, semoga sihat sejahtera hendaknya. Pagi2 ni langit mendung dan hujan dah turun manja2, macam segan lak nak membasahi ni, guruh pun sayup2 kedengaran.

Menu pucuk paku goreng budu ni dah lama akk buat selepas linapg membuat tayangan amal hari tu, terus akk buat,. Best rasanya dari tumis biasa tu, ada rasa kelainan dan harum budu tu yg best, ala2 goreng belacan juga, 



RESEPI PUCUK PAKU GORENG BUDU
Sumber : Lina pg

 Bahan-Bahan

  • 1 ikat pucuk paku (cuci dan siangkan) 
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 biji cili merah/ijo (tumbuk) 
  • sedikit udang kering (rendam sekejap, tos) tumbuk 
  • Budu secukupnya (lina pg guna 2 penutup botol) 
  • 1 sb sos ikan 
  • Sedikit air 


 Cara-Cara:
1. Panas minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing
2. Masukkan pucuk paku.Goreng sekejap.
3. Masukkan budu dan sos ikan.Masukkan air jika inginkan sedikit kuah.Gaul sebati.Dah siap

tengah2 taip N3 tetiba dapat satu col nak hantar parcel, alhamdulillah rezeki di pagi jumaat. Terima kasih banyak2 buat pengirimnya, Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima, semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki kalian,Terima kasih....missssss U banyak33x

Monday, May 13, 2013

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA ADAWIYAH

Selamat hari lahir yg ke8 buat anakku Nur  Syaza Adawiyah. Mama doakan agar bby Adda berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yg soleh dan sentiasa di berkati serta di lindungi Allah sepanjang hayat bby Adda.



Selamat Hari Lahir Sayang

IKAN PESMOL

Assalamualikum, ikan pesmol yg popular, tapi akk selalu ketinggalan mencubanya. Rasanya ala percik tapi pedas. Gandingan ngan ikan siakap memang best la. Ikan ni dah lama akk buat ya. Bagi akk la lagi best percik dari msk mcm ni, mungkin citarasa berlainan. Sekadar mencuba resipi , tapi ikan pesmol ni habis licin juga dimkn hehe






RESEPI IKAN PESMOL
By : Serina
Sumber lain : CT Zaliedana
Sumber : Lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza

 Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap dibersihkan garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
5 biji cili padi
Sedikit hirisan karot
Buah tomato Daun ketumbar
2 helai daun limau purut
 2 helai daun salam
2 cawan santan pekat (lina pg guna 1cwn susu cair)
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

 Bahan Kisar
 5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras (xletak)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia

 Cara-Cara
 Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot Masukkan susu cair dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Ikan siakap masak apa pun tetap sedap, isinya lembut dan manis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...