Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2021

ROTI JALA SEDAP

 Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, pagi2 hari ni gigih menjala. Ada lebihan kuah kerutuk sayang pula. Lagi pun lama sudah x menjala, sana sini org buat roti jala comel.

Anak2 pun ada PDPR, jadi mama masak la sikit utk sarapan.

Tadi Guna Tepung Gandum 3 cawan metrik dpt lebih kurang 30 biji roti jala.





Roti Jala

Resipi : embunrosaliza aka syazaliza

Anggaran 30 biji

Bahan2
3 cawan gandum
3 cawan air + susu cair, jadikN 3 cwn ( tadi saya guna 1/2 cawan susu cair + 21/2 air tapis )
1 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kesukaan
2 sudu besar minyak masak

Cara2


Blender kesemua bahan2 di atas,. Perap 10minit. dan boleh lah menjala mengikut kreativiti masing2, nak yang warna - warni kena ada 2 botol.

Saya guna kuali Non stick pan. Sapu juga sekali myk dikuali. 


Fomula sekilo tepung gandum 1/2 ekor ayam dan kentang, cukup utk sekilo tepung gandum. Hasil roti jala dalam 60 ke 70 keping

Friday, June 25, 2021

Kek Coklat Indulgence

 Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Semlm 24.6.2021 merupakan hari jadi Eqa, atas permintaannya x nak Kek Red Velvet, nak Kek Coklat Indulgence katanya. Mama is pening, last buat kalau x silap tahun 2014 masa besday dia juga. Lps tu mcm ada buat sekali lg, tp x ada bukti kukuh, gbar x ada x boleh nk yakin sangat buat bila😅😅😅.

Mula2 siapkan kek, kali ini guna resipj kek Moist Azlina Ina, resipi ada di blog ni juga, guna 2 cawan tepung gandum, memang besar dan tinggi kejadian kek.

Siap2 buat kek, Mama pula dpt tarikh utk Vaksin dose 1, sama tarikh besday Eqa, alhamdulillah yg di tunggu2 akhirnya tiba juga tarikh 24.6.2021, jam 1pm.

23.6.2021 Rabu Abahnya dpt tarikh juga utk injek, alhamdulillah. 23.6 mama siapkan segala bagai kek tu, cuma utk last je buat 24.6. Kesnya takut kesakitan atau apa2 kemungkinan lps injek tu. Tetapi, alhamdulillah, x ada sakit apa2 cuma kesan sikit x selesa pada sekitar tempat cucuk tu je.

Berbalik pada kek pula, selamat habis dh semua sekali mlm td lagi, x berbaki pun, berat kek ni lbih 2kg dan tinggi






Kek Coklat Moist:

By rosaliza aka syaza liza

Bahan :

1. 5  telur B

2. 1 cawan gula halus

3. 1sb ovelete

4. 1sk esen vanila

5.1 sb emolco coklat

Mix semua bahan hingga gebu. 


Kemudian masukkan 1 cawan susu pekat

Diikuti dengan 1 cawan minyak masak 

Baru mix semula adunan telur speed perlahan. Sampai sebati. Matikan mixer

Bahan Ayak 

2 cawan tepung gandum 

1 cawan serbuk koko

1/2 sdk soda bikarbonat 

1 sdk baking powder

sedikit garam halus


Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur.

sikit2 ya sambil Kaup balik je pn boleh.Dah sebati masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.  

Panaskan kukusan hingga air gelegak. 

Masukkan adunan ke dalam loyang 10 yang disapu minyak dan dialas baking paper atau bekas yang sesuai.Atau bekas kecik2 sq 450 kukus 15 mnt.

Kukus dgn api besar sehingga masak.masa kukus 40-45minit kalau loyang atau bakar suhu 170 masa 50 mnt.Keluarkan dari kukusan. Sisip tepi loyang dan terbalikkannya untuk keluarkan kek sejuk kan di redai.




RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
Rujukan: Kak Zu (CCMC) , Evelyn Gemina
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan LiNa Pg boleh refer SINI
Kalau nk buat Kek Span boleh refer SINI
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon

LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan


  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 


Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.


CARA MELAPIS KEK
  • Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
                           Lapisan kedua    - Coklat Mousse
                           Lapisan ketiga    - KEK
                           Lapisan keempat - Cheese 
                           Lapisan kelima    - KEK
                           Lapisan keenam  - Coklat Mousse
  • Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2

Tuesday, June 22, 2021

Kek Coklat Moist

 Asalamualaikum..dan selamat petang buat semua.

Simpan sini resipi kek coklat Moist resipi Azlina Ina.

Hari tu buat sbb Adik Puteri nk buat kek Ball




Coklat Moist 

Resipi : Mak Azlina Ina

Olahan : rosaliza

Bahan2 

Ganace nye

1. 500g whipping dairy

2. 500g dark beryls coins

3. 2 sb butter

ok double boil atau masuk oven atau masuk dalam pengukus sampai semua larut.tp ttup permukaan bekas.Angkat dan whisk kan laju2 

ambik sikit simpan suhu biasa yg lain 


Kek Coklat Moist 

Bahan :

1. 5  telur B

2. 1 cawan gula halus

3. 1sb ovelete

4. 1sk esen vanila

5.1 sb emolco coklat

Mix semua bahan hingga gebu. 


Kemudian masukkan 1 cawan susu pekat

Diikuti dengan 1 cawan minyak masak 

Baru mix semula adunan telur speed perlahan. Sampai sebati. Matikan mixer

Bahan Ayak 

2 cawan tepung gandum 

1 cawan serbuk koko

1/2 sdk soda bikarbonat 

1 sdk baking powder

sedikit garam halus


Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur.

sikit2 ya sambil Kaup balik je pn boleh.Dah sebati masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.  

Panaskan kukusan hingga air gelegak. 

Masukkan adunan ke dalam loyang 10 yang disapu minyak dan dialas baking paper atau bekas yang sesuai.Atau bekas kecik2 sq 450 kukus 15 mnt.

Kukus dgn api besar sehingga masak.masa kukus 40-45minit kalau loyang atau bakar suhu 170 masa 50 mnt.Keluarkan dari kukusan. Sisip tepi loyang dan terbalikkannya untuk keluarkan kek sejuk kan di redai.


PESANAN DR MAK Azlina Ina 

biasa jd kan.korg topping tiba2 ganace meresap😂 jd xlawa mcm gambar no 1 tu.ok bile kek masak masuk peti ais chiller bia die sejuk.baru tuang ganace🥰🥰🥰 cantik mcm gambar tu nnt.

semoga terbuka luas ruang rezeki kalian mak doakan amin3 ya rabb

Thursday, June 10, 2021

Resipi Nasi Ala Kak Wok

 Assalamualikum buat semua. Kita masih dbulan syawal.

Pagi ni pagi2 lagi dh lalu lalang di wall fb pasal nasi kak wok ni. Bila baca resipi ada mcm2 pesen rupanya.

Biasa la kalau nk rujuk atau cari apa2 saya suka buka blog teratak mutiara kasih Linapg.

Dalam pada duk baca2 resipi tu, terus g dapur siap2kan bahan. Sambil nk tunggu ayam cair tu godek2 dulu sambal belacan.  ( rupanya x sama pula dgn respi dlm ni, tp rasa sambal yg saya buat tu sedap dan kena pula dgn nasi kak wok yg selalu duk mkn kat pantai dalam tu.

Masa tgh masak gulai ni bau harum semerbak, x tau punca dr mana, atau gabungan rempah kerutuk dan rempah kari ke apa. Bau sebiji mcm gulai kak wok. Terima kasih byk2 buat penyumbang resipi ini.


RESEPI NASI KAK WOK

By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal kak Rozmaliza
Di Cuba : Rosaliza @ SyazaLiza

Bahan A (Nasi Putih)
  • Masak Nasi Putih Macam Biasa letak daun pandan simpul.
Bahan B (Gulai Ayam)
  • 4 labu bawang besar merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 +1/2" halia
  • 1 +1/2" lengkuas
  • 3 sudu (b) rempah kari daging @ rempah gulai darat
  • 1 sudu (b) rempah kerutub ( setengah peket kecil rempah adabi )
  • Kacang panjang - dipotong 2" ( tak ada stok )
  • Terung potong kecik2
  • Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
  • Santan (jgn pekat sgt) ( sekotak santan kecil)
Cara2nya
1. Blend bawang merah putih halia, lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. 
2. Rempah kari,rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan
 kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.
(gulai ayam ni tak tumis rempah kasar)

Bahan C (Ayam Goreng)

  • Ayam dipotong kecik2
  • Garam
  • 2" kunyit hidup di tumbuk lumat
  • 1 sudu (k) serbuk kunyit
  • 1 sudu (k) serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • Sedikit kacang panjang (potong 2inci)LiNa Pg tambah
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)LiNa Pg tambah
  • Cili merah (hiris serong)LiNa Pg tambah
  • 1 labu bawang holland hiris (LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • Rosaliza goreng Ayam sama dgn bahan2 perap sahaja.

Cara2nya

  1. Ayam basuh bersih2 dan ditoskan. Kemudian dipotong kecik2. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
  2. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan lebihan minyak (tinggal sedikit sahaja)Tumis bawang holland hingga sedikit layu, masukkan sayuran tumis sekejap jer.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Masukkan cili merah gaul rata.Tutup api


Bahan D (Sambal Belacan)

  • 4 biji cili kering - direbus ( rosaliza guna cili merah)
  • Cili padi ikut pedas 
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar  dibakar ( rosaliza x bubuh)
  • 1 labu bawang putih dibakar ( rosaliza x bubuh )
  • Gula, garam, ajinomoto
  • Air asam jawa
  • Rosaliza tambah 3 biji limau kasturi buang biji dan blend dgn kulit.

Cara2nya:-

  1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya..
SeDap dan bau pun sangat memgancam, Cik abe Aji ckp lg sedap dr mkn kat kedai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...