Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 29, 2021

Ayam Korea


 Assalamulaikum dan selamat mlm. Mlm ni ank2 nk ayam goreng Korea. Selalu duk guna resipi CikNom ni, tp x tepek respi.

Kali ini rajin snap gambar. Ayam ini guna serbuk cili Rahman . Pedas berapi rasanya, masa numis tu menusuk hidung heheh. 


Oleh: Che' Nom

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak:30 minit
  • Jumlah Hidangan:5-6 orang


Ayam Korea Resipi CikNom

Kongsi bersama : embunrosaliza. Blogspot.my

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • sedikit serbuk black pepper
    • garam secukup rasa
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2/3 cawan tepung jagung
    • minyak yg banyak untuk deep fry ayam
  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • sedikit air
    • 3-4 sudu besar sos gochujang
    • 1 sudu besar gula perang
    • 1 sudu besar madu
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan
  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
    • sedikit air
    • 1 sudu besar gula perang
    • 2-3 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar madu
    • sedikit garam
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan
  • Cara-cara

    1. Cara-cara untuk ayam goreng:
      1. Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
      2. Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
      3. Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
      4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
      5. Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.
  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
  • Tips:

    • Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
    • Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).

    Wednesday, October 27, 2021

    SEPETANG DI FRASER HILL

     Assalamualikum ,sepetang di fraser hill, jalan2 yg tidak di rancang  walaupun sekejap tp menyeronokkan.

    Pukul 2.12pm baru gerak ke bukit fraser, isi myk dulu semua, kami teruskan perjalanan tanpa henti dh lepas tu, pukul 4.31pm baru sampai di Fraser Hill. Perjalanan lebih kurang 2 jam 10 minit dr rumah setelah di tolak masa isi mykπŸ˜…πŸ˜…. Jarak lebih kurang 100km. Jalan berliku2 x tau berapa puluh ke ratus liku. 

    Pukul 6.45pm kami gerak turun, agak lambat sikit turun, suasana mlm2 x usah cerita la memang gelap gulita. Tp ada juga selisih dgn kereta, tp x byk. Pukul 8 kami sampai kat Kuala Kubu, solat di stesen myk dan teruskan perjalanan blk KL. Pukul 9.15 sampai KL, sempat lgi tonton kekasih hati mr bodyguardπŸ˜…πŸ˜…. Molek2 pula cerita mlm tu mula pukul 9.30. Ada apa ucapan sebelum tu x pasti pula

    Bergambar dulu masa mula2 sampai. Lepas tu makan2, dan terus pg solat Asar di Masjid. Baru la bergambar semula. Kali ini byk dh gerai2 jualan jajan di tepi2 jalan sekitar padang golf, kalau dulu punya susah nk cari jajan2 ni.

    Last kami naik bukit fraser tahun 2019 selepas raya, kiranya sambutan famili day kat atas sana.









    Monday, October 25, 2021

    KUAH LOKCING ala2 SOS THAI

     Assalamualaikum dan selamat petang buat semua sahabat alam maya.

    Petang terajin la pula buat sos utk cicah lokcing ni. Kisahnya masa blk kg hari tu ada bli lokcing kat Bukit Bunga. Rm 15 utk 100 cucuk lokcing sekali kuah.  Tgk x dpt sambutan dr ank2, dia org sekali bakar je, tanya kenapa x mkn, katanya Sos cicah tu x sedap. Mama pun gigih la buat Sos cicah.

    Hari ni isnin, kiranya hampir seminggu dh la beli, sebab bli ni hari selasa 19.10.21, hari ni dh 25.10.21.

    Buat Sos sekejap je. Lokcing pun sekejap jr nk habis dh tu, tgk siap mkn pakai sudu lg. Buat sedikit olahan sesedap rasa maka jadi Sos cicah

    Baru masak terus snap pic, masih beruap panas. Kalau x snp takut terlupa, sayang pula resipi
    Bakar atas dapur gas, mana hilang api dapur, kena flash tipon hilang api
    Bakar mcm ni je
    Testing sikit rasa elok sedap πŸ˜…πŸ˜…
    Ini Kuah yg percuma tu bila kita beli lokcing, tp ank2 kata x sedap x rasa apa
    Ini lah lokcing pada yg x kenal. Atau di kenali juga satay Ikan
    Ini kuah yg dh sejuk sikit. Tinggal sikit dh
    Seronok rasa bila ank2 kata sedap kuah mama


    KUAH ATAU SOS LOKCING HOMEMADE

    OLAHAN : embunrosaliza.blogspot.com aka syazaliza

     Bahan2

    4 Biji Cili Merah Besar*

    7 Biji Cili Padi*

    6 Ulas Bawang Putih*

    1 Cawan Gula

    1/2 Cawan Cuka mkn

    1 Sudu Teh Garam

    31/2 Cawan Air

    2 Sudu Besar Sos Ikan

    Sedikit Perasa ( AjiNoMoto)

    1 Sudu Besar Tepung Ubi

    CARA2

    1. Blender bahan bertanda *

    2. Masukkan semua bahan2 kedlm periuk KECUALI Tepung Ubi.

    3. Masak hingga mendidih renihkan sekejap.

    4. Masukkan bancuhan tepung ubi.

    5. Kacau sebati .

    6. Sesuaikan rasa. Siap.

    Mama belum mkn lagi, tp komen2 kata sedap, rasa mcm nk hirup je kuah tuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….


    Tuesday, October 12, 2021

    Kek Belimbing Buluh

     Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua.

    Pagi ni tiba2 angin rajin bila terpandang roselle segar dr kebun. Hajat hati nk testing buat kek, tiba2 cuba google resipi Kek Belimbing Buluh Rosaliza x keluar pula resipi. Rupa2nya simpan kat FB je. Gigih cari dan screen Shot je resipi nk simpan sini.



    Dah lupa mana nk besarkan gambar ni. Resipi ni ada kluar kat fb page masak2

    Sunday, October 3, 2021

    LOMPAT TIKAM / LOPAT TIKAM

     

    Assalamualikum, hari rajin sedunia, siap lopat tikam. Semlm beli kuih ni rm3.00 mkn mcm x puas hati je. Tgk bahan2 semua ada  rajin pula godek2. Siap terus boleh mkn, xdan sejuk molej lg yg hijau tu terus potong, kut angin rajin terbang laju ke lain pulaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…










    Resipi : rosaliza@syazaliza

    BAHAN2NYA
    1 cawan tepung beras( guna mug sederhana  byk sikit dpt.
    3 cawan air
    sedikit pewarna hijau
    1 sudu besar air kapur
    Sedikit Garam
    CARA2
    Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
    ♥♥♥
    1 cawan pulut
    sedikit pewarna merah
    sedikit garam
    1 cawan santan cair ( anggaran )
    Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepatutnya lebih sedikit dari pulut
    #######

    3 - 31/2 cawan santan, guna santan kotak
    1/2 cawan tepung beras
    sedikit garam
    Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
    @@@@@@@@@@
    3 keping nisan / gula melaka
    1 cawan air
    daun pandan
    Masak sehingga agak pekat sedikit
    "
    "
    "

    SIAP

    X sabar nk mkn terus potong masih panas. 

    LAMB CHOP /PERAPAN KAMBING BAKAR

     Assalamualikum dan selamat pagi, hari ni semangat update blog, sayang resipi ni, sebab menjadi molek

    Selalu duk guna pakai resipi Linapg ni je, cuma tambah kurangkan apa yg ada kat umah je sikit.

    Semlm buat perapan kambing ni, cadangnya utk mkn2 besday girl rabu ni 6.10.2021.

    Jom semak resipi perapan Lamb Chop ni. Black papper sos yg nk guna belum buat lagi. Nnt pagi rabu baru buat.




    RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
    Sentiasa di cuba : embunrosaliza.blogspot.my

    Bahan - Bahan:
    • 4 keping daging kambing - rosaliza guna 10 keping kambing, bahan2 lain saya tambah secukup rasa ikut  pada kuantiti yg kita guna.
    • 1/2 kiub ayam
    • 2 sudu besar sos tiram 
    • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
    • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
    • 1cm halia(tumbuk kasar)
    • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
    • Sedikit olive oil

    Cara-cara

    1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
    2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
    3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
    4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
    5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
    6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
    7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
    8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

    Saturday, October 2, 2021

    Gulai Ayam aka Kari Ayam sempoi Rempah Kari Rahman's

     Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. Syukur alhamdulillah, baru2 ni saya menang Komen di YouTube Malina Linapg di YT Lina masak Mee Kari, alhamdulillah, Pihak Rahman's Spice sudi memilih saya sebagai pemenang. Terima kasih Admin Rahman's Spice.

    Byk juga yg saya dpt walaupun komen saya, saya nk cuba rempah Kari Ayam/ daging. Rezeki Alhamdulillah. 

    Rahman's Spice ni ada mcm2 produk seperti Rempah Kari Ayam/Daging, serbuk kunyit, serbuk cili, kari ikan.

    Terima je Parcel tgh hari, esok pagi2, saya terus buat Gulai ayam, gulai ni sebenarnya x byk beza pun dgn kari. Saya suka panggil gulai, itu la dr kecil duk panggil. Lagi satu dlm gulai x  letak daun kari, tomato atau pun kentang. Ayam semata2 je.










    AYAM GULAI REMPAH KARI RAHMAN'S

    Resipi : embunrosaliza.blogspot.my aka SyazaLizaa

     Bahan2

    Ayam ( potong 16)

    2 labu bawang besar*

    3 ulas bawang putih*

    Sedikit halia ( 1cm)*

    1 keping asam keping

    Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih ( x ada pun x apa )

    Garam

    Secukup rasa

    Sedikit nisan

    Santan pekat 2 cawan.

    Minyak utk menumis

    4 Sudu Besar Rempah Kari Ayam Rahman.

    CARA2

    1. Ayam di bersihkan dan toskan.

    2. Blender bahan bertanda * kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan rempah 3 sekawan.

    3. Sediakan secawan air. Apabila bawang telah wangi, masukkan rempah kari, kacau sebati, kemudian terus masukkan secawan air, biar hingga mendidih dan agak pekat.

    4. Apabila agak pekat, masukkan ayam gaul2kan sebati sehingga ayam berwarna pucat dan air ayam agak kering.

    5. Masukkan air lgi biarkan ayam seketika dlm 10 minit, jika kurang air boleh tambah lgi.

    6. Masukkan garam, asam keping, nise dan secukup rasa. Tutup periuk supaya ayam cepat masak. 

    7. Kemudian boleh lah masukkan santan, jika nampak kuah sedikit boleh la tambah air lgi, sentiasa kacau2 kuah.

    8. Sesuaikan rasa dan boleh la tutup api.

    Rasa kuah gulai ini sangat sedap dan cantik walupun x guna serbuk cili





    Tuang kuah gulai dlm kue teow pun sedap juga, rasa mcm zaman sekolah dulu, mkn dgn mee goreng.
    Terima kasih Rahman's Spice. Kalau ada yg nk oder susah nk jumpa boleh la cari kat Shopee ya
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...