Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 19, 2022

PEDE ATAU SAMBAL BUDU

 Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua yg singgah di Blog Embun. Peder, pertama kali dengar masa blk dari Ziarah Kubur Pahlawan Mat Kilau. Singgah di Cafe Mat Kilau, bersembang dgn org kg situ. Dia kata kg Pulau Tawar x panggil budu tp panggil peder. Peder ni sangat popular kalau ada kenduri2, mesti sekawah buat. Cik Embun biasa la bertanya mcm2, sbb nampak menarik dan sedap.

Pertama sekali tanya dia buat mcm mana dan bahan2 utama je. Dia ckp la pucuk ubi kayu, pucuk kaduk, terung manggor, daun kaduk, daun kunyit. Lps tu kunyit santan. Kat kepala dah terbayang bahan mcm untuk buat masak tempoyak daun kayu.

Blk rumah terasa nk mencuba resipi ni, google cari PEDER x jumpa pula, lps tu bila cuba Sambal Peder baru ada jumpa. Makanan tradisi org pagang di sekitar Jerantut.

Yang saya masak ni x boleh nak mengaku masakan ori pahang, saya buat ikut bahan2 yg ada  dan lagi satu saya x pernah rasa mcm mana rasa sebenar peder ni. Yg saya masak ni sedap juga, ada rasa pedas2 manja.

PEDE ATAU SAMBAL BUDU 

Resipi dan Olahan : embunrosaliza

BAHAN2

Pucuk Ubi#

Jantung pisang#

Daun kaduk di hiris nipis

Daun kunyit hiris

Terung Manggor di celur

Serai di ketuk

Sedikit bawang merah*

Sebatang Serai *

Kunyit Hidup*

Ikan bilis*

Cili padi*

Santan kotak

Asam keping 1

Garam

Secukup Rasa

Sedikit Nisan

CARA2

1. Celur bahan bertanda# kemudian di hiris nipis. Masukkan kedalam periuk

2. Hiris daun kaduk dan daun kunyit

3. Blender bahan bertanda*

4. Satu kan semua bahan dan perasa kedlm periuk. Masak hingga agak pekat.

5. Sesuaikan rasa








Sunday, September 4, 2022

ASYURA KELANTAN

 Assalamualikum buat semua. 28.8.2022 hari ahad, kami di kejiranan di sini sepakat membuat Asyura versi kelantan. Hari tu ada juga buat yg utara tp x simpan resipi, simpan dlm hati, lps ni gerenti lupa, takut pula terderhaka asyura belah utara.

Kacau asyura kali ini anjuran Krt dan surau tempat kami. Semua kerja di buat secara gotong royong. Persiapan potong2 dan goreng2 kami buat ptg sabtu, kalau buat pgu ahad semua takut kelam kabut pula. Pagi ahad tu rebus ubi dan kacang sahaja. Resipi ada di N3 tahun 2019, kali ini gambar sahaja, nk resipi sila google la ya, mls pula nk cnp😅😅😅.

Awal2 pagi kami dh siapkan semua, jerang air dlm kawah. Lebih kurang pukul 8 pagi mula, siap lebih kurang pukul 3.50pm siap untuk di agih2kan.

Terima kasih tidak terhingga buat semua yg membantu gotong royong dr A sampai Z, siap cuci kawah dan bersihkan semula kawasan dapur surau, habis sebotol klorok buat basuh lantai, seronok. Siap semua kemas2 baru semua blk.

Seronok sangat kerjasama dari semua ajk dan penduduk di kejiranan kami, terima kasih sekali lagi.

Seandainya ada jiran2 saya yg terbaca blog ini, ucapan terima kasih buat awak😍😍. Sepakat membawa Berkat. Bulat Air kerana Pembentong, Bulat Kata kerana Muafakat. Terima kasih. Simpan Pic di sini buat kenang2an. Kenangan manis 2022. Tahun depan dah ada yg minta buat lagi, Insyaallah panjang umur dan kerjasama mcm ni boleh buat lgi.



Bagus semua yg kacau, langsung x berkerak
Alhamdulillah, byk dapat
Ada yg rajin mendadar telor, cantik.
Tuang2 dlm bekas
Laki dan puan semua sama naik






Sarapan pagi, terima kasih pada yg menyumbangkan sarapan 
Jiran muda pun turun padang, kalau x silap lps ank2 ini blk dr program di Masjid

Tuan pengerusi

Berehat sekejap sambil menikmati ayaq nyoq. Ramai, dapat juga menghadiahkan sorang satu tuala good morning, ada 48pc, sapa2 yg datang je ke dapur surau insyallah dpat la sehelai, jadi la kan


Gotong royong utk mkn tgh hari
Beras baru di jerang gambar bubur mula2 sekali ni.




Gambar masa potong2 lupa nk snap pula

Nota#
resipi sebagai rujukan di bawah ni dr grup wasap, tp telah di ubah suai sedikit sebanyak oleh saya. Terima kasih byk2 buat empunya resipi yg sangat hebat

Bubur suro
5 kilo beras
2 kilo kacang hijau
2 kilo kacang merah
3-4 kilo keledek
4 paket jagung
3-4 biji labu kuning
1 kilo rempah suro(klu xsuka rasa rempah sgt bleh kurangkn 200g)
5 kilo gula
3 kilo nisan kerek
1kilo kerisik
Garam
5 kilo santan pekat
5 kilo daging(bnyk lgi sedap)rebus masuk garam.. Tumbuk n carik2 isi

Mayang n goreng n kisar
5 kilo bawang merah kecik
3 labu bwg putih
2 ketul lengkuas
2 ketul halia
30 btg serai

Sangai.. Kisar kering
1gelas ketumbar biji
1/2 gelas jintan manis
1/2 gelas lada hitam

1.Rebus beras
2.masuk semua jenis kcg
3.bhan2 lain ubi labu jagung daging
4.bhn2 lain tu agak2 lh ye
Rempah las..

Dlm 5 jam dh masak sb kita guna gas lain dgn cara dulu2 pakai kayu.. Mbik masa lama

#saya halalkn bgi yg sudi.
TQ Empunya resipi. Simpan sini original resipi. Resipi yg diubah suai kat asyura satu lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...