Esokk cuti dua minggu ,mesti ramai yang mengambil kesempatan balik kampung ataupun cuti2 Malaysia. Sudah pastinya banyak undangan perkahwinan cuti2 sebegini. Walaupun dimana saje anda berada semoga sentiasa di lindungi allah sentiasa.
Okkk, Oraittt berbalik pada menu N3 hari ini, sebenarnya buat masa besday addawiyah hari tu lagi 13.5.12, anak2 cukup suka dengan menu pulut, mama n abahnya pun sama naik juga mmg peminat tegar pulut. Lagi pulut senang je nak membuatnya. Kalo nak cepat n tambah semangat lagi, rendam dulu pulut pas tu sediakan intinya dulu, nak tak nak, malas atau rajin kena juga buat, kalo tak membazir je pulut yg terendam tu:~
PULUT INTI
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan- bahan
Inti kelapa secukupnya
350ml santan pekat *
3 sudu besar gula*
1 sudu teh garam*
Bahan2 bertanda * di masak sketika, sekadar menghancurkankan gula n garam.
Cara - cara
Didalam pengukus, didihkan air kemudian kukus pulut selama 20 minit. Selepas itu angkat dan digaulkan dengan santan tadi, kemudian kukus semula selama 15 minit atau sehingga masak.
buat sekilo pun pasti habis, anak2 suka mkn ulang2.
Petang ni lepas solat jumaat 2 anakku Amirul Irfan n Ariff Isqandar akan ke Taiping selama 3H2M kerana mengikuti lawatan sekolah untuk pasukkan Hoki. Semoga selamat sampai ke destinasi dan di lindungi Allah sentiasa, selamat pergi dan kembali