Friday, March 6, 2026
Thursday, March 5, 2026
Puding Roti Karamel
Assalamualikum selamat berpuasa hari ke 15 buat semua. Puding roti karamel ni dh berapa kali ulang siar dh utk puasa 2026 ini. Senang je membuatnya.. Seronok tgk hasilnya. Kali ni tambah serbuk krimer 2 sudu besar. Hasilnya mulus
PUDING ROTI KARAMEL
RESEPI : ROSALIZA @ Syaza Liza
Bahan2
1. 4 keping roti gardenia
2. 3/4 Cawan Arcopa Susu Pekat Manis
3. 2 Cawan Arcopal Air Suam
4. 1 Sudu Teh Esen Vanilla
5. 3 Biji Telor Gred AA
6. 3 Sudu Besar Gula, jadikan gula hangus
7. 2 Sudu Serbuk Krimer ( x ada pun x apa skip je )
CARA2
1. Buat gula hangus terlebih dahulu. Caranya, buka api paling kecil, tabur2kan 3 sudu gula, biar sampai perang cantik, jangan sampai hangus pula. Kacau manja2 dgn sudu. Bila siap angkat dan ketepikan.
2. Panaskan periuk kukus. Letak air ya
3. Carik2kan roti masukkan kedlm blender, masukkan Susu pekat manis, air Suam dan esen vanilla. Blender sehingga hancur.
4. Masukkan 3 biji telor dan blend sekejap.
5. Masukkan bahan2 blender td ke dlm loyang yg berisi karamel td.
6. Bila air mendidih kukus la puding sehingga 30 minit.
7. Apabila masak, lap2kan permukaan puding dgn tisu.
8. Sejukkan sekejap, kemudian simpan dlm peti ais.
9. Apa bila hendak terbalikkan puding pastikan di sisip tepi2 puding dgn pisau plastik atau apa2 yg sesuai.
10. Terbalikkan kedlm pinggan atau bekas yg sesuai
Wednesday, March 4, 2026
Biskut Kelapa
Resepi : Raja Azura @ Majalah Rasa
Dicuba : EmbunRosaliza
Bahan-bahan A:
- 2 cawan kelapa kering (disangai hingga perang dan naik bau, kemudian sejukkan)
Bahan-bahan B:
- 250 gram mentega atau marjerin
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji kuning telur
- Sedikit pewarna makanan (ikut selera, pilihan)
Bahan-bahan kering:
- 2 ½ cawan tepung ubi
- 1 ½ cawan tepung gandum
Bahan-bahan C (Hiasan):
- Putih telur
- Sedikit pewarna kuning
- Sedikit esen vanila
- Kelapa kering yang dicampur sedikit pewarna merah
Cara-cara penyediaan:
- Dalam bekas, masukkan semua bahan B. Gaul sehingga sebati dan berkrim. Tidak perlu pukul terlalu lama atau hingga terlalu kembang.
- Masukkan bahan kering (tepung ubi dan tepung gandum). Gaul secara kaup balik sehingga sebati.
- Kemudian masukkan bahan A (kelapa kering yang telah disangai) sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh yang sekata.
- Jika mahu, boleh tambahkan sedikit pewarna makanan ke dalam doh. Namun, tanpa pewarna pun biskut tetap sedap dan cantik secara semula jadi.
- Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing dan susun atas loyang yang telah dialas kertas pembakar.
- Hiaskan bahagian atas biskut menggunakan bahan C.
- Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung pada suhu oven masing-masing.
Tuesday, March 3, 2026
Sira Nekbat
Selamat berpuasa hari ke 13 buat semua. Hari minggu lepas sempat beli nekbat ni di pantai dalam. Biasa la mesti nk mkn mknn kelantan bila puasa. Kalau kat kg belum tentu beli lg ni. Ni boleh di katakan makan rare kelatan dan Ganu juga. Negeri lain x tau ada ke x kuih ni
Beli Nekbat kering ni 10 biji rm5. Harga boleh tahan la. Kalau kat kg murah lg ni.
Jomm kita sira nekbat cara saya
Bahan²
Nekbat 10 biji
2 cawan air
5 sudu besar gula pasir
3 helai daun pandan
5 biji bunga cengkih
Cara²
Masukan air ke dlm periuk, masukkan gula bunga cengkih dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.
Masukkan nekbat dan biarkan air gula meresap ke dlm nekbat. Lebih kurang 5 minit.
Tutup api. Sejukkan . Makan sejuk² sedap.
Nekbat kering sebelum di Sira
Monday, March 2, 2026
Puding Roti Marble Agar² Tali
Assalamualaikum buat semua. Dah lama sangat Sendu blog Embun. Tuan rumah sekejap rajin sekejap x berapa rajin.
Kali ni gigih juga update kerana guna agar² tali. Semlm cari kat kedai x ada agar² serbuk.
Selalu kalau puding roti marbleresepi Hana guna agar² serbuk. Kali terpaksa cari yg guna agar² tali.
Mula² tgk resipi yg guna 10gram agar² tali. Sayang pula sbb beli 20gm. Lepas tu puding ni pun nk byk juga utk bawa ke majlis berbuka di surau ptg ni.
Ngam² juga la guna susu cair setin x membazir dh susu terus habis guna.
Terima kasih kepada empunya resepi ni. Masa google tu terus copy dan paste. Cari semula x jumpa dh resipi ni. Nasib baik dah simpan rapi disini.
Selamat Berpuasa Hari ke 12 buat semua. 2.3.2026
- BAHAN²NYA
- 6 keping roti
- 1 tin susu cair
- ¾ tin susu pekat
- 2 biji telur
- 6 cawan air ( cawan Metrik )
- 20g agar-agar tali ( rendam 2 jam )
- 2 sudu besar mentega
- 3 sudu besar gula ( 2 sudu )
- ½ sudu besar esen vanilla
- Pewarna ( serbuk coklat + vico di bancuh dgn sedikit air suam)
- Sedikit Garam rosaliza tambah
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong 6 keping roti secara kecil-kecilan supaya mudah dikisar.
2. Selepas itu, kisar roti yang telah dipotong bersama susu cair, susu pekat dan telur. ( rosaliza blnder semua sekali termasuk gula dan esen vanilla )
3. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk. Letak agar-agar tali dan masak sehingga agar-agar larut.
4. Masukkan gula, esen vanilla dan tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sebati.
5. Seterusnya, tuang dan agihkan kepada tiga bahagian atau mangkuk. Masukkan pewarna yang berlainan.
6. Tuang ke dalam tray, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!
Terima Kasih Tuan Punya Resepi semoga Allah sentiasa Permudahkan semua Urusan
Monday, November 17, 2025
Wang Kelian View Point
14- 15 November 2025.
Assalamualikum setelah sekian lama bersawang blog embun ni. Pgi ni terajin sikit. Td duk usha² resepi apam nasi. Lps tu rajin pula tekan². Maka boleh la buat n3 baru. Nk m3ngarang dh ketandusan idea dh. Simpan gambar kat sini buat kenanangan.
Kami ke Padang Besar dgn menaiki Ets. Sampai sana sewa Van utk 13 org lebih kurang rm300.00.
Untuk ke viewpoint ni lbih kurang 30minit dr padang besar.
Tiket masuk dewasa rm 3.00 anak sekolah dr 18 tahun ke bawah rm1.00.
Lepas tu kami naik buggy rm3.00 seorg. Utk ke view point dlm 500 meter kut. Mls nk jalan kami naik buggy 😀😀😀.
Best kat sini. Cuaca nyaman. Awan karpet dh nipis dh dekat pukul 8.00. Kena awal sikit dlm pukul 7 kut ada. Memang best tgk view
Thursday, July 24, 2025
Bingka Durian
BINGKA DURIAN
- 3biji telur
- 1 cawan santan pekat
- 2 1/4 cawan air
- 2 cwn tepung gandum( rosaliza tambah ½ cawan lg )
- 3/4 cwn gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- 1 1/2 cawan isi durian
- pewarna kuning
sedikit bijan ( x letak )
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
- Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
- Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
- Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
Saturday, March 23, 2024
KASUI SEDAP GEDIK²
Assalamualikum dan selamat berpuasa Hari ke 12 buat semua. Kasui ni buat 21.3.24 utk mkn² buka puasa di Surau kediaman kami. Selalu guna resipi kandakus Illahjy. TQ Kandakuss
KASUI GEDIK
Thursday, March 21, 2024
Sardine Gulung Atau Sardine Roll
Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke 10 buat semua umat Islam. Sardin Roll ni buat frozen senang utk masa sahur dan berbuka..kdg² ank² x suka kuih org tua, jadi penyelamat sardin Roll, karipap dan popia Cabonara.
Mood x berapa nk ok, kisahnya x dpt nk komen di blog yg kita singgah. Bila nk komen dia suruh kita Sign in googgle pula.
Berbalik pada resipi pula
SARDIN ROLL ATAU SARDIN GULUNG
Resipi Olahan : embunrosaliza.blogspot.my
BAHAN² INTI
1 TIN BESAR SARDIN, AMBIL IKAN SAHAJA
1 LABU BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT CILI PADI POTONG HALUS
PERASA SECUKUPNYA
MINYAK UTK GORENG
SEDIKIT GARAM
MINYAK UTK MENUMIS
BAHAN² KULIT ( SAMA MCM BUAT KARIPAP )
500 GRAM TEPUNG GANDUM
5 SUDU BESAR MINYAK MASAK
3 SUSU BESAR MAJERIN
SEDIKIT GARAM
SECAWAN AIR SEJUK AIS
CARA²
SEDIAKAN INTI TERLEBIH DAHULU
POTONG DADU BAWANG² KEMUDIAN TUMIS SEHINGGA WANGI, MASUKKAN CILI DAN SARDIN, LENYEK²KAN. KEMUDIAN PERASAKAN, JANGAN TERLALU MASIN. SEJUKKAN SEKEJAP.
UTK KULIT
PANASKAN MINYAK MASAK, SAMBIL TU SEDIAKAN BESEN LETAKKAN TEPUNG GANDUM, MAGERIN DAN GARAM. RAMAS²KAN HINGGA MENJADI MCM SERBUK ROTI.
APABILA MINYAK SUDAH PANAS MASUKKAN MINYAK KE DLM ADUNAN TD DAN GAUL MENGGUNAKAN SUDIP ATAU SUDU, KEMUDIAN RAMAS²KAN TEPUNG TD.
SELEPAS ITU MASUKKAN AIR SEJUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA MENJADI DOH.
REHAT SEKEJAP DOH DLM 15 MINIT
KEMUDIAN BULAT² KAN ADUNAN KECIL.
CANAI ADUNAN KEMUDIAN LETAKKAN INTI, GULUNG SEHINGGA KEMAS IKUT KESELESAAN MASING² NK BUAT BENTUK MCM MANA😁😁.
KEMUDIAN GORENG, SIAP.
JIKA UTK SIMPAN FROZEN GORENG SEKEJAP KEMUDIAN SEJUK KAN TERLEBIH DAHULU, BARU SIMPAN.
Kalau rajin potong hujung² dia jadi la mcm niBulat²kan adunan sebelum canai
Bila di Canai mcm ni rupa dia
Byk juga dpt
Yg ni di goreng sekejap utk di frozenkan











































