Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 30, 2021

Bingka Pisang

 Salam ramadhan yg ke 18 buat semua. Ada pisang yg masak ranum dlm 7 biji, kalau ikutkan kena byk pisang dlm 10 biji mcm tu. Nasib baik elok je kejadiannya. Niat hati nk bg2 pd jiran2.

Resipi Bingka Pisang

Olahan : rosaliza http://embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2

7 biji Pisang

2 cawan santan

1 cawan gula

Sedikit Garam

2 cawan tepung gandum

1 biji telor

2 sudu besar magerin ( saya letak myk msk)

2 sudu besar susu pekat manis

Cara2

1. Lenyek pisang kasar2

2. Blender gula, susu, garam, tepung myk telur dan santan.

3. Masukkan kedlm pisang dan kaup balik hingga sekata

4. Bakar pasa suhu 150°c 60 minit.

5. Guna loyang 10 inci bingka sedNg elok tebalnya

Wednesday, April 28, 2021

Kek Pisang Marble Coklat

 Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari je 16. Sekejap je masa berlalu, dh pun 16 hari kita berpuasa.

Walaupun PKPB masih di teruskan lagi hingga 17.5.2021, hidup mesti diteruskan

Bab balik kg tolak tepi dulu, bukan x rindu kg halaman, teramat merindui, walaupun tahun ni dh 2 kali rentas negeri bersebab.

Kedua ayahbonda sudah tiada namun tanah kelahiran tetap di hati, mak mertua pun masih ada lg. Namun jalan terbaik redha dan pasrah utk beraya di KL.

Hari ni lps je sahur terus buat kek pisang marble ni, kalau tangguh2 memang x jadi la kek pisang.



Jomm semak resipi simple2 ni

Kek Pisang Marble Coklat

Olahan : http//:embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikabonat

1 sudu teh garam

2 sudu besar susu tepung ( x ada pun ok)

1 sudu teh esen pisang @ esen vanilla

4 biji pisang ( 1 cawan pisang )

3 biji telor

1 cawan gula

1 cawan minyak masak

2 sudu serbuk coklat

CARA2

1. Blender gula, pisang, minyak, esen pisang dan telor.

2. Ayak tepung gandum, soda, baking powder, dan garam, di dlm besen .

3. Tuangkan adunan blender ke dlm besar kemudian kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

5. 1 bahagian diletakkan 2 sudu serbuk koko ( boleh juga adunan kosong tanpa coklat)

6. Mula2 letak adunan kosong 3 sudu besar, kemudian, letakkan adunan coklat di atas adunan kosong td. Buat selang seli sehingga habis.

7. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau hingga masak ( bekas ini saya dpt 3 bekas bakar 30 minit). Sekiranya menggunakan loyang selepas 30 cucuk dulu dgn lidi, jika kering maknanya kek sudah masak.

8. Sejukkan kek. Siap

Thursday, April 22, 2021

Agar2 Santan Gula melaka

 Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke 10 buat semua. Hari ni siapkan pencuci mulut utk buka puasa.

Agar2 gula melaka awal2 pgi lgi dh siapkan. Bila google byk yg guna agar2 serbuk. Kita ada agar2 tali je 22gram.

Kalau kecil2 dulu arwah bonda selalu buatkan agar santan ni bila raya. Mlm raya mesti buat agar2 ni.





Agar2 Santan

Olahan : http://embunrosaliza.blogspot.my

Bahan2

22gram Agar2 tali

1 kotak santan kecil

1500ml Air

1 Cawan gula merah

2  Sudu Gula

Secubit Garam

Cara2

1. Gunting pendek2 agar2, Rendam agar2 seketika,

2. Didihkan air, kemudian masukkan agar2, biar sehingga agar2 hancur.

3. Masak Gula Merah dan gula dgn secawan air dan daun pandan hingga  gula hancur kemudian tapiskan.

4. Apabila agar2 hancur masukkan air gula merah yg telah di tapis.

5. Apabila mendidih, masukkan santan, kacau hingga mendidih kemudian tutup api.

6. Basahkan loyang dgn air, kemudian tapis agar2 ke dlm acuan.

7. Sejukkan kemudian baru potong.

Selamat berbuka buat semua.


Wednesday, April 21, 2021

Kuih Bakar Sedap ala2 Akok

 Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke 9 buat semua. Kuih ni buat petang semlm. Kepala x ada idea nk masak kuih apa. Nk buat akok rasa kemasalan membakar satu2. Maka jadi lah kuih bakar ni guna loyang 6 inci, dpt la secoit.




KUIH BAKAR ALA2 AKOK

ALOHAN DR AKOK BONDA

LOYANG 6 INCI

BUATAN : embunrosaliza.blogspot.my

BAHAN

1 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Gula Merah

1 Cawan Santan Pekat ( santan kotak )

1 Cawan Air

1 Cawan Telor ( 3 biji gred AA )

Sedikit Garam

3 Helai Daun Pandan

CARA2

1. Blender semua bahan2 di atas sehingga halus.

2. Sapu Loyang dengan sedikit myk

3. Panas kan Oven

4. Tapis Adunan ke dalam Loyang

5. Bakar selama 30 minit atau hingga masak. Bau harum semerbak.

6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum potong

Selamat berpuasa buat semua

Monday, April 19, 2021

Nekbat Homemade

 


Assalamualaikum selamat berpuasa hari ke 7 hari ni. Hari ni berexperimen buat nekbat. Nekbat ni sebenarnya byk pantang larang dia. X boleh nk.durhaka bagai, nnt jadi la keras kejung dia punya nekbat mcm batu, air langsung x meresap.

Oleh itu kalau nk buat kena betul2 ikut cara, lps tlor pukul gebu tu kena masuk sikit2 tepung dan kaup balik je, jgn nk mixer2 bagai, nnt adunan turun tu yg buat jadi keras dan kejung. 

Ini pun atas pengalaman sendiri juga. Jadi ikut la seperti kat resipi



NEKBAT
Resipi Nekbat : Liza Intai Dapur
Di cuba : embunrosaliza.blogspot.my

Syazaliza


Nekbat (19 biji ) -acuan bahulu cermai
Acuan kuih cara dpt 20biji.

2 biji telur AA
80gm tpg beras - sangai  dan sejukkan =Hampir 1cwn arcopal
2 helai daun pandan - utk sapu acuan
Pewarna oren / kuning - optional

Cara2
1. Telur dipukul hingga btl2 kmbang ( sampai warna putih )
2. Masuk tpg beras sdkit2 dan pukul sebati ( guna low speed atau whisk je ) - rosaliza guna spatula kaub balikkan tepung.
3. Panaskn oven 200C- rosaliza guna dapur je
4. Sapu minyak pd acuan dgn menggunakn daun pandan dan panaskn acuan skjp
5. Sudukn adunan ke dlm acuan dan bakar selama 10 minit atau sehingga kuih masak.

Untuk Sira
9 Sudu besar Gula - 1 cawan Gula
2 Cawan air - 3 cawan air
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih


CARA2 


1.Didihkan air bersama gula daun pandan dan bunga cengkih sehingga gula larut
2. Masukkan Nekbat biar air gula meresap
3. Jika suka berkuah letak lebih air.

Insyaallah menjadi dgn jayanya.

Tuesday, April 13, 2021

TALAM TOKYO MUDAH

 Assalamualikum dan selamat berpuasa buat semua umat islam. Hari ini merupakan Puasa hari pertama kita di Malaysia. Pagi3 hari lg dah siap satu menu pencuci mulut yg sangat senang iaitu Puding roti. 

Memandangkan hari ini kami berkumpul tp x cukup sorang dak Eqa,  masak kuih lebih sikit boleh juga di sedekahkan pd jiran2 sikit2 sorang

Talam yg ini dah lama lama buat tp x masuk kat N3. Jadi hari ini baru nk simpan reseipi. Sekejap lagi kita buat kaler hijau pula. Tq Linapg atas perkongsian resipi.
Ai cnp dr teratak mutiara kasih. Kalau nk tgk YT pun ada di sertakan

RESEPI KUIH TALAM TOKYO MUDAH DAN SEDAP

By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Lapisan bawah
1 cawan sagu mutiara 
1 cawan kelapa parut 
1 ikat suun (25g) 
2 cawan santan 
Sedikit garam

lapisan atas 
2 cawan santan 
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung kastad 
3/4 cawan gula 
4 biji telur 
1 cawan air 
sedikit garam 
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara
  1. Rendam sagu dalam air selama 20min.(nota rosaliza: lain kali x perlu rendam, sbb lapisan bawah jdu terlembek, cukup alirkan bawah air paip je )Kemudian toskan.Asingkan sedikit sagu dan letakkan pewarna.Ini option jer.
  2. Rendam dalam air selama 20min.Kemudian toskan dan gunting2 supaya pendek.
  3. Satukan santan dan garam dalam bekas.Kacau sebentar supaya garam larut.
  4. Dalam mangkuk yang besar, satukan sagu, suhun, kelapa parut dan curahkan santan cair.Kacau supaya rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan plastik.Kukus selama 20-25min (hingga masak)
  6. Sementara tunggu sagu masak, jom buat bahagian atas.
  7. Satukan semua bahan ke dalam blender, kemudian kisar.Boleh juga kalau nak kacau guna tangan.
  8. kemudian tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.Ketepikan sebentar.
  9. Apabila sagu telah masak, tekan padat sagu dan cakar2 permukaan supaya lapisan atas dapat melekat dengan kemas.
  10. Kemudian tuang lapisan kastad tadi ke atas sagu.Tutup dengan aluminium untuk elakkan air menitik.
  11. Kukus semula selama 45min (atau hingga masak)
  12. Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.
  13. Selamat Mencuba.Untuk video tutorila, sila klik paparan di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...