Assalamualikum buat semua. Hari terlebih rajin sikit.. sikit je tau.. pg2 lagi buat RVC.. tp kek sahaja.. deko2 belum.
Lps tu tgk ada oren byk lagi..dan mlm ni ada meeting krt dan jiran wanita.. boleh la bawa port luck masa meeting nnt.
Lagi moist bila mkn keesokan harinya kalau x habis. Bagi saya suka mkn panas2...
Kemanisan pun sedang2 kalau ikut sukatan yg di beri.. resepi asal 2 cwn gula.
BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )o
1 bji buah limau - akk letak 2 sb pes oren ( limau x letak x ada )
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - akk letak 11/4 cawan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Guna gula biasa saje dan blender halus bersama oren myk dan telor
Friday, April 19, 2019
Thursday, April 11, 2019
Sagu Gula Melaka
Fuhhh fuhhh fuhhh berhasil juga pg2 tiup angin rajin hari ni...dpt la menyejukkan ank tekak.. alhamdulillah semangat nk sambut bulan ramadhan masih berkobar2 lagi.
Sedap sepanjang masa puding sagu ni cepat di masak sedap di makan.
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.
Cnp dr Teratak Mutiara Kasih
Sedap sepanjang masa puding sagu ni cepat di masak sedap di makan.
RESEPI: PUDING SAGU GULA MELAKA
Kongsi bersama : rosalizahttp://embunrosaliza.blogspot.my
Sagu:
- 1cawan biji sagu (warna putih)
- 1 liter air
- 1 helai daun pandan simpul
- Pewarna kegemaran
- Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
- Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
- Masak hingga sagu nertukar jernih.tutp api dan biarkan seketika
- Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
- Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
- Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
Untuk Manisan
- 1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan simpul
- Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.
Cnp dr Teratak Mutiara Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)