Chicken chop ni akk buat hari sabtu lepas, mula2 cuti sekolah lagi. Tetiba je tekak rasa nak mkn western food setelah terpandang lamb chop linapg huhu. Anak2 cukup suka kalo menu mcm ni. Akk buat 8 keping ayam yg besar, mmg makan kenyang tak ingat. Ada yg bersambung pulak mkn chicken chop tu. Akk buat 2 jenis sos. Black papper sos dan sweet n sour sos. Anak2lebih suka sos lada hitam nampak gayanya. Akk guna bahan perapan Lamb Chop Linapg
CHICKEN CHOP
Resipi : LINAPG - resipi lamb chop
Kongsi bersama dan edit : embunrosaliza
Bahan - Bahan: Perapan ayam
- 4 keping daging kambing- Rosaliza guna 8 keping ayam di buang tulang
- 1/2 kiub ayam- 1 kiub
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
- 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 1cm halia(tumbuk kasar)
- Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano -rosaliza letak lada hitam ,lada sulah
- Sedikit olive oil- tak letak
- Tepung goreng ayam adabi secukupnya
- 2 biji telur ayam - di kocok
- Minyak untuk menggoreng ayam
Cara-cara
- Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)- rosaliza guna tepung gandum untuk rendam ayam bagi meghilagkan bau ayam.
- Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)- rosaliza guna garfu untuk cucuk2 isi ayam agar meresap segala bahan perapan
- Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
- Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
- Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
- Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
- Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
- Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus- rosaliza goreng ayam seperti di bawah
- Panaskan minyak yg agak banyak
- Celup ayam kedlm telur kemudian gaulkan kedlm tepung
- Kemudian goreng hingga masak dgn api yg sederhana
P/s nota ringkas yg tidak berwarna tu cara rosaliza
MASHED POTATO
By lina pg
Bahan-Bahan:
- 3 biji kentang besar (~1kg)
- 2 sudu besar mentega
- 1/4 cawan susu segar
- Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
- Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
- Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)
- Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas
- Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.
- Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)
SOS BLACK PEPPER
By lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega
Cara-Cara:
By lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega
Cara-Cara:
- Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
- Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
- Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
- Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
- Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
- Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
17 comments:
Kmi wt yg pesen grill sbb As xmo goreng2 katanya nk jaga kesihatan...
Lamb chop n mashed porato memang kesukaan kita....terliur la pulak tengok hidangan ko ni Liza...
lapar perut tengok chicken chop tu..memang nampak sedap sangat dan menyelerakan..
Tq sharing resepi yg mudah ni.
Mggu ni jawabnya ber chicken chop la dirumah.
Tak sangka mudah je resepi.
Jemput singgah umah sy ye
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com
Post a Comment