Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 31, 2022

KEK PISANG SIMPLE RESIPI KAK BESAH

 Assalamualikum dan selamat petang buat semua sahabat2 alam maya, 2 hari lgi kita akan menyambut bulan ramadhan ( 3.4.2022 ) semoga tahun ni kita dpt mengimarakkan lgi bulan puasa, dan dpt beraya di kg halaman.

Pertama kali cuba buat kek pisang resipi kak Besah ni, sangat mudah senang dan sedap, bahan2 pun simple sangat, kek cantik dan nampak urat2 hitam







KEK PISANG KAK BESAH
Di cuba : rosaliza aka syazaliza
Cnp : blok cekgu ciksu

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
3 cawan tepung gandum (300g)
2 cawan pisang lecek/lenyek
1 1/4 cawan minyak masak (230g)
1 cawan gula pasir (200g)
4 biji telur
1 1/2 sudu besar(11/2 penutup botol soda tu) bicarbonate soda
secubit garam

Cara-cara
lenyek pisang masak dgn gelas plastik.(jgn di blend,nanti x nampak jalur2/urat2 pd kek = x cantik)
campurkan bicarbonate soda & lenyek lagi hingga pisang berbuih.(jika soda berketul,ayak dgn penapis teh trus kdlm pisang)
blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur .pastu masukkan minyak & blend dlm 5 saat.lepastu campurkan bahan yg diblend td dgn pisang,gaul dgn senduk akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati.jgn di blend.guna senduk saja.
masukkan kedalam acuan yg telah disapu minyak @ majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. bakar lh dlm suhu 180'c selama lebihkurang 40 mnt.
yg dlm gambar ni,saya potong semasa masih suam,so x nmpak coraknya.jika dibiar betul2 sejuk @ beberapa jam,kek akn bertambah gelap dgn jalur2 pisang yg ketara....

Saya terus bakar je lepas siap adunan selama 20 minit guna acuan cup cake

Tuesday, March 22, 2022

Kek Lapis Coklat Cip dan Oreo

 Assalamualaikum dan selamat malam buat semua, fuhh mcm lama dh x jenguk blog kesayangan ni.

Lama dh duk angan2kan nk buat kek lapis kukus hawflek ni. Hawflek dh lama bli, tetapi bila tiba masa segala adunan dah buat, cari2 x jumpa pula.

Nasib baik ada coklat cip lebihan zaman bila ntah, boleh la guna pakai. Utk lapisan atas guna biskut oreo





KEK KUKUS MASAM MANIS

Resepi :Kak Fida MYResepi
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza

 Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
  •  5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) 
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) 
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) 
  • 1 sk rata baking powder* 
  • 1 sb ovalette 
  • 150 ml susu cair 
  • 1/2 sk garam 
  • 100 ml minyak jagung/masak 
  • 1 sk esen vanilla 
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen) 


Cara-cara
1  Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

3.  Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

 4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

 5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

 6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


 Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...

adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.

Saya buat mcm kek lapis warna warni biasa je, cuma lapis dgn coklat cip je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...