Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 9, 2022

GULAI DAGING UMBUT BATANG PISANG ATAU RIAS

 Assalamualikum, tiba2 pagi ni rasa bersemangat nk masak lauk ni, hari tu masa kenduri ank jiran ada mkn gulai dgg campur umbut pisang, tp umbutnya x byk sangat dlm dgg, x dan menikmati sangat. Kalau kat kelantan saya suka gulai daging atau kambing campur buah Ara, sedap memang pilih buah ara dr daging. Sini mana nk dpt buah ara tepi sungai yg org buat ulam atau msk2 tu. Buah ara byk sini tepi jln, tp x ada nampak pun org ambil buat ulam, takut pula.


Elok je umbut pisang tu putih mulus lg


Masa ni belum letak santan lgi.

Lepas rendam air garam, putih suci je umbuk pisang ni
Hampir siap dh ni


Pagi ni terus potong sepokok ank pisang yg hari tu daunnya di ambil untuk buat tapai, jiran sini yg oder. Jadi halus je la pokoknya. Nak tebang yg besar rasa x berapa rajin pula. Dapat la sikit umbut pisang. Kejap lagi baru masak. 

Ini lebihan, mcm nampak keras buang lgi batang2 atau pelepah batang pisang tu

Sikit ni je dpt, jadi la gu kan dgn daging.

Olahan dan di cuba : rosaliza

Gulai Daging Dengan Umbut Batang Pisang atau Rias Pisang 

Bahan-bahan:


500 gram Daging, dgg import rebus dulu

Sebatang umbut atau rias Pisang

200ml santan kotak, saya guna tak sampai sekotak.

*Serbuk Kari Daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes), saya guna kari timbang kelantan.

*2 labu bawang besar

*3 ulas bawang putih

*1/2 inci halia

*Seinci lengkuas

*2 sudu besar kerisik

Blender bahan2 bertanda (*)

Garam dan sedikit secukup rasa

Minyak untuk menumis

1 keping asam keping yg paling kecil

Sedikit Nise.


Bahan Tumis di Mayang Halus **

3 ulas Bawang Putih ** mayang halus

5 ulas Bawang Merah **mayang halus

1 inci Halia **mayang halus

Kulit Kayu Manis

Bunga Lawang



Cara-cara membuatnya:

1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan membersihkan tali-tali getah yang ada.

2. Bersihkan getah2 bertali di umbut pisang, dan rendam dlm air yg di letakkan sedikit garam, utk mengelakkan umbut pisang jadi lebam.

3.  Sediakan bahan-bahan tumis. 

Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang halus. Panaskan kawah/periuk. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia,  kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga wangi.

4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan bahan kisar yg bertanda (*) Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak. 


5. Seterusnya masuk kan daging, kalau daging segar lgi sedap.Masak sehingga daging empuk / lembut dgn sedikit air atau santan cair.

6. Apabila daging empuk, baru masuk kan batang pisang, garam secukup rasa dan sekeping asam keping


7. Akhir sekali baru la masuk kan santan pekat.Biarkan ia mendidih dan umbut pisang lembut.


Selamat Mencuba….

Friday, June 3, 2022

PASAR SATOK

 Assalamualikum buat semua dan selamat petang, simpan sini kenangan semasa pertama kali kunjungan ke Sarawak. Kali ini untuk pasar Satok je. Dr hotel ke sini dlm 5km sahaja. Mula tu ingat kan mcm pasar tani, yg org buka khemah mcm tu, rupanya pasar, mcm pasar2 kat semenanjung, tp kat sini besar pasar. Ada mcm2 sayuran kg, dgn harga yg murah sangat nk di bandingkan dgn kita kat sini.

Ikan terubuk rupanya ada 2 jenis, iaitu lokal atau Ori, yg ni mahal sikit ikan dan rasa lgi sedap. 

Yg satu lgi murah sikit ada yg 2 ekor rm10.

Orang Sarawak semuanya peramah, bila kita tanya tu nampak iklas je jawapannya. Kalau kita kat KL ni bila org tanya rasa nk lari sebatu baru boleh jwp.

Tgk adik ni siang ikn terubuk utk buat ikan masin, seronok tgk, buat kerja laju, lps tu kat isi perut tu dia guna span yg bersih utk kluarkan darah2 ikn, lps tu letak bawah air paip yg mengalir. Nampak pun suci bersih cara buatnya
Dlm2 berat2 terbeli juga sikit. Dan dpt lgi sekotak terubuk masin
Ini la org yg belikan terubuk tu, ingatkan beli utk bawa blk Miri, rupanya dia bli sebagai hadiah pula. Baik sungguh hanya Allah saje yg dpt membalas segala kebaikannya.
Ini la terubuk Ori atau Lokal, harga mahal sikit

Byk jual nenas kat sini, nasib baik dh nk blk hari ni, x sempat beli dan merasa nenas, kalau ada duk semlm lg, harus mcm2 bli dan mkn
Sayur kg mcm1 ada seikat rm2 je. Walaupun x beli tp seronok sangat tgk hasil tani. Mcm2 ada
Segar bugar, asam paya aka buah kelubi ada di mana2
Pasar ni beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja. Hari biasa x ada pasar

Rambang mata tgk pasar atau Tamu kat sini
Pokok bunga pun ada jual


Tekan je camera hp x kira fokus ke apa😂😂

Kesimpulan, insyaallah pasti dtg lagi kesini suatu hari nanti.

Dan akan mencari pasar Sariken, kali ni x sempat sampai pasar ni

Wednesday, June 1, 2022

Ketupat Pulut Serunding Daging Kelantan

 Assalamualikum, N3 panas2 ptg ni, siap bungkus ketupat dan masih merebus lgi, terus buat N3. Kalau tangguh2 memang ke laut dalam la.

Simpan sini resipi kali ini, lebih kurang cara MIL buat ketupat palas, tp dia punya x ada sukatan,

Biasa kalau saya buat ketupat saya letakkan sekali gula dlm santan, lps tu panaskan sehingg gula hancur. Ada di N3 sebelum ni, kalau x silap.

Kali ni cara lebih kurang MIL, nampak mcm jadi.

Dapat 42 biji, sambil2 tu sbb mkn pulut arun tu, kes mls nk bungkus byk2.

Daun palas ni beli kat chow kit, 2 ikat rm10. Ada 6 batang pelepah dlm tu

Baru siap bungkus dan potong tangkai
Pulut ni lenyek2 nk bg rasa kenyal2 lek it
Serunding daging


Guna sarung tangan plastik lgi senang nk bungkus, pulut x lekat kat tangan, bungkusan terakhir dh tu.
Ketupat sebelum potong tangkai
Lebihan tangkai buat alas dasar periuk
Siap sedia utk di rebus
Beruap tgh rebus dan belum siap lagi


KETUPAT PALAS SERUNDING DAGING

RESIPI: rosaliza @syaza Liza

BAHAN

DAUN PALAS SECUKUPNYA, YG TELAH DI BUKA DAUNNYA( BUKA AWAL2 DAUN SENANG KERJA )

1KG BERAS PULUT, RENDAM SEMLMAN

3 CAWAN SANTAN PEKAT DARI 2 BIJI KELAPA .

SEGENGAM GARAM KASAR KELANTAN

2 CAWAN GULA

SERUNDING DAGING SECUKUPNYA

CARA2

1. DIDIHKAN AIR DALAM PERIUK KUKUS HINGGA MENDIDIH

2. KUKUS PULUT HINGGA MASAK DAN JERNIH, LEBIH KURANG 30 MINIT.

3. MASAK SANTAN BERSAMA GARAM HINGGA MENDIDIH DAN SEDIKIT PEKAT, SEJUKKAN SEKETIKA.

4. APABILA PULUT MASAK, GAULKAN SANTAN HINGGA SEBATI DAN MESRA DGN PULUT, GAUL LAMA HINGGA SUAM SIKIT.

5.KEMUDIAN MASUKKAN GULA SECAWAN DAHULU, GAUL2 SEBATI, KEMUDIAN MASUKKAN SECAWAN LAGI, GAUL ATAU KELANTAN PANGGIL ARUN PULUT TU SEHINGGA SUAM.

6. BIAR SEKETIKA, HINGGA PULUT SEJUK ATAU SUAM2 KUKU.

7. LENYEK2KAN PULUT TADI DGN SUDIP ATAU GUNA SARUNG TANGAN PLASTIK LENYEK2 KAN PULUT SUPAYA MENJADI LIAT ( lek It Klate panggil )

8. SEDIA UNTUK MEMBUNGKUS. KALI INI SAYA MENGGUNAKAN SARUNG TANGAN PLASTIK SENANG SIKIT, PULUT X MELEKAT KAT TANGAN.

9. MULA2 MASUKKAN SEPARUH PULUT KE DLM KELONGSONG, LEPAS TU LETAK SERUNDING, DAN LETAK LAGI SEDIKIT PULUT, BUNGKUS IKUT KREATIVI MASING2, CARA UTARA KE JOHOR KE, KLANTAN KE.

10. ALAS DASAR PERIUK DGN LEBIHAN TANGKAI DAUN . REBUS KETUPAT HINGGA MASAK, MASUKKAN KETUPAT KE DLM PERIUK KEMUDIAN ISI AIR TAPIS SENHINGGA HAMPIR PENUH KETUPAT, MASAK HINGGA AIR KERING. CARA ORG DULU2 UNTUK KETUPAT TAHAN LAMA. TP SAYA X REBUS LAMA PUN, SAYA TUANGKAN AIR KELUAR, LEPAS TU SBUNG REBUS HINGGA AIR KERING.

11. SEJUK, SIAP UTK MKN2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...