Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label snek. Show all posts
Showing posts with label snek. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

KUIH TIRAM @ LIDAH KUCING

Hari raya tak sampai seminggu lagi menjelang tiba, kat radio pun lagu raya je yg berkumandang, menjadi semangat untk mengukis dan menjahit. Akk semua dh settle bab menjahit, tinggak mengukis je utk bawa blk kampung sejenis lagi . Untuk rumah sendiri buat lebih sikit blk kampung hanya 3 balang je setiap rumah, lagi pula dah bawa sorang sikit cukup la, banyak2 pun kami juga yg mknnya. Kalo kat sini banyak pun tak apa anak2 bawa jamuan ke sekolah, dan tamu kecil mesti ramai berkunjung buat koleksi duit raya.

Bagi yg tak ada oven boleh la buat biskut atau kuih2 gorengan seperti kuih tiram, kuih siput, kuih gunting , kuih bawang serta popia,dan mini karipap. Banyak juga lah kuih2 jenis goreng ni, kalo masa akk sekolah rendah dulu selalu buat siput dan kuih bawang je maklum la oven tak ada tu. Kuih tiram ni tak tau pulak nak buatnya heheh.

Pertama kali buat kuih tiram, yg kelakarnya memula buat dan goreng tu mcm pelik je, dan naik fedup bila goreng tu tak cantik, rupa2nya salah teknik hehehhe. Org buat lain akk pegi gelek kuk lain jadi la bentuk kuih bawang bergelang2 heheh lucu pula, rupanya gelek kut atas tak payah nak baring2 kan dia hehe. Klao nak tgk step by step boleh la ke rumah HASUE, yg berpantang sekarang ni, tahniah atas kelahiran bby boy pada 28.7.13 tahniah seklali lagi buat sue n famili .

KUIH TIRAM
Resipi : MY Resipi K shamen
Kaji selidik : Rumah Hasue
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN - BAHAN
  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, July 26, 2012

WEDGES

 Assalamualaikum dan selamat petang, dah kul 4.14pm baru dapat mengN3 hehehe.Crispy potato wedges resipi nOOrsha, memang menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, wedges ni akk buat masa cuti sekolah hari tu lagi, lama betul mengambil masa untuk tayangan. Mekasih ya Sha berkongsi resipi ringkas ini. Akk panjangkan ke dapur EmbunRosaliza pula resipi ini :~

Crispy Potato Wedges

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Selamat berpuasa buat semua......

Wednesday, August 10, 2011

CRISPY POTATO WEDGES

Assalam buat semua, hari ni dah masuk hari ke 10 kita berpuasa, sekejap je masa berlalu. Lepas ni sapa2 yang rajin tu dah boleh mula dengan biskut raya pulak. Bagi akk la, mungkin sikit je buat, pas tu yang senang2 je jadi pilihan. 

Berbalik pada menu kita hari ini crispy potato wedges, sebenarnya dah lama sangat anak2 minta suruh buat, mamanya asyik ckp nnt mama buat lah ya,  bukannya susah mana pun nak buat wedges ni, ubi kentang pun selalu ada je kat peti ais, cuma malas nak membuatnya, kalo buat sikit dah tentu tak cukup. 

Bila time posa, suka sangat akk kalo dapat memenuhi permintaan anak2, rasa cukup puas hati. Bulan puasa ni keistemewaan pada anak2 segala apa yang dihajati pasti akan akk turuti, dari segi makanan la, mengarut2 tak ikut juga heheh.

Resipi wedges ni akk copy n paste dari Myresipi @ nOOrsha, minta izin ya Sha, akk C n P untuk rujukkan masa depan akk

CRISPY POTATO WADGES
nOOrsha @ Myresipi

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji -  akk buat 6 biji xl
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

kentang ni kaler kuning sikit, kulitnya agak keraas, mungkin kentang tua kut, tapi isinya sedap manis. Sedap cicah sos cili n mayonis

Memang sedap, dan cepat dimasak, cepat dimakan.  Selamat menjalani ibadah puasa buat semua

Sunday, December 6, 2009

Crispy Potato Wedges

Salam di pagi minggu buat teman2 di alam maya ini. Breakfast kami pagi ini crispy potato wedges bersama dengan mayo n sos cili, di samping juga kue teow goreng. Anak suka sangat dengan wedges ni, sekejap je habis, tq buat nOOrsha kerana resepi ini, nOOrsha akak minta izin ya nak c n p resepi ni, biasalah utk rujukan masa hadapan
untuk resepinya