Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 30, 2009

MACAM - MACAM ADA

Salam buat semua, semoga sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki, lebih2 lagi nak masuk tahun baru 2010 ini, berbagai keperluan sekolah anak2 perlu di sediakan, yuran sekolah mesti di bayar..buku kerja kena beli...apatah lagi pakaian sekolah semua hendak di ganti, anak2 zaman sekarang masuk tahun baru..mesti ganti baru...hinggalah ke pensel box pun berganti.....parah jugak lah....maklum la anak ada 6 orang dan semuanya dah bersekolah. Hari ini N3 terakhir untuk tahun 2009 ini. Sekejap lagi aku n famili hendak pulang ke kampung. Tahun depan baru balik....lama tu...setahun balik kampung hhahahha. 010110 aku dah balik KL . Biasa lah aku kalo nak tinggal lama2 ni....aku sediakan sedikit makanan untuk tetamu rumah ku. Terima kasih ya buat semua tetamu kesayangan ku semua. :~

Nasi goreng sarapan pagi ini

masak lemak keladi berudang

Bingka (buat minum petang ya )

Jemput2 Milo( Tak cukup bingka makan jemput2 ya)



Malam masa dok santai2 sambil tgk TV tu makan lah kerang ya...cicah lah ngan apa2 pun...
Air amik sendiri lah ya...byk kat dapur tu..kalo buat nescafe takut basi pulak...

SELAMAT TINGGAL 2009.....DAN SELAMAT DATANG 2010.....SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MEMBERKATI KITA SEMUA...SAYANG SEMUA.....ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Tuesday, December 29, 2009

SUP AYAM BERSUSU

Salam semua...hahahh..tengok dengan tajuk tu nampak macam pelik je kan....sebenarnya gimik je lebih tu... hari itu masa pergi rumah kak ham dia hidangkan sup ayam gini...heheheh, sebenarnya N3 dia hari tuuu daaaaaa,aku tak jumpa pun kak ham, tu. aku ikut kak ham letak satu sudu teh susu sahaja...tak manis pun, sedap juga lah boleh dimakan. Menu ni dah lama buat lupa nak masuk kat n3 ..jom layan gambarnya....:~


kaler nampak kelabu sikit je sbb tambah susu

Monday, December 28, 2009

MENTARANG

Salam dan selamat pagi buat semua....susulan dari kisah jalan2 kat pantai remis kuala selangor semalam, aku nak tunjukkan rupa mentarang ni hehehhe. Mula2 dengar nama tu seronok sangat...pas tu bila beli tgk kulit dia cam tajam2 sikit dah kurang sikit selera nak makan tu hehehe. Hanya satu kedai je yang ada mentarang ni...kedai lain semua habis. Aku tak tahu lah pulak, agaknya mendapat sambutan hangat dari pembeli kut. Isi dia terlalu besar dan lembik sikit bagi aku la....maklum la aku bukan biasa sangat pun dengan siput2 laut macam ni, yang aku tahu kerang, lala, remis, kepah je. Semalam sampai je kat rumah aku terus rebus mentarang ni..makcik tu kata org rebus. Tapiiiiii mendukacita la pulak tekak aku ni pyah benar nak telan benda ni...terasa tertutup terus selera hendah makan, aku jamah sedikit sahaja....memang sah tekak aku tak boleh terima.  Buat  Nida Di Bumi Albany NZ, ini lah rupanya mentarang tuuuuuu : ~


mentarang mentah...hanya ada RM2.00 je.


Nasib baik rm 2.00 je, kalo 1 kg????


ini lah rupa isinya yang penuh


metaram rebus bersama serai....bukan pilihan ku lagi............

Sunday, December 27, 2009

JALAN2 DI PANTAI REMIS KUALA SELANGOR

Salam buat semua, petang tadi selepas tidak dapat ke mid valley, aku n my famili pergi jalan2 ke Kuala Selangor..semata2 hendak makan mentarang..sejenis hidupan laut. Semalam masa  pergi ke Melaka n tgk tepi pantai ramai orang jual kupang...cadangnya nak beli masa balik  nanti, rupanya aku balik melalui Air Keroh, tidak lagi melalui Alor Gajah. Nak dijadi kan cerita..tiba2 je tekak ni terasa nak merasa n kenal  dengan mentarang ni. My abe memang baik sungguh..walaupun penat semlm belum habis lagi, dia sanggup bawa aku n anak2 dia yang banyak kerenah tu pergi ke Kuala Selangor semata2 nak makan mentarang bakar. Tapi kat kedai yang aku makan tu hanya ada kerang, ikan, udang bakar sahaja. mentarang tak ada pulak. Pantai remis ini sungguh cantik pemandangannya.....tapi berselut..memang banyak jenis hidupan laut yang di jual di sini, macam2 nama ada. masa nak balik tu anak2 aku dah tanya bila lagi nak ke sana..hehehe.... Jom layan gambar yang kita jalan2 tadi.....:~


saat mata hari terbenam...cantik sangat pemandangan disini.



Mula2 sampai anak2 sibuk ngan layang2, tapi dekat sini murah sangat, abah diorg la layan, aku tukang tengok je



cantikkan....betapa agungnya ciptaan Ilahi



puteri2 kesayangan ku

HAPPY BIRTHDAY ALONG

Salam buat semua... hari ini merupakan hari jadi anak sulungku yang ke 13, tetapi tuan empunya diri masih di kampung lagi..maka tiada lah majlis sambutan hari jadi ,sebenarnya bukan majlis pun sekadar panggil kawan2 dan anak2 jiran ku  makan2 je. Nak bercerita lah sikit...alkisahnya.....dulu2 aku bekerja dengan makcik ku di sebuah anak syarikat terbitan drama n filem tuuuu medanmas namanya, kepunyaan anita rafar......ala kakak diana rafar tu....kerja ngan artis gitu...itu pun tahun 1996 heheheh..saje nak cari glamer ni. Aku bahagian akaun je bukan artis heheheh. masa kandungan ku 36 minggu aku telah berhenti kerja..............Sebulan jugak lah baru lah baby ku ini keluar....dengan selamatnya.tanpa sebarang komplikasi dengan beratnya3.02 kg,.alhamdulillah.Dan bertarikh 27.12 1996 pada hari jumaat, yang suka sangat menangis masa bayi dan menjadi cucu sulung dan anak saudara yang pertama dalam famili ku.  Sekarang dah besar anak mama ni...HAPPY BIRTHDAY BUAT ANAKKU MUHD ARIFF ISQANDAR, mama doakan yang terbaik buat along . Belajar rajin2 dan jadi anak yang soleh......amin



 Ini je lah gambar terbarunya masa pergi tugu negara hari tu


happy birthday anakku..semoga panjang umur..muahhhhh mama n abah sayang along sokmo

Saturday, December 26, 2009

TAT TELUR

 Salam buat semua, hari ini pepagi lagi aku letak n3 kerana sekejap lagi aku n family akan ke melaka bandaraya bersejarah...kak zila66 tunggu saya tau. Sebenarnya ada majlis hantar menantu, janji dengan pihak perempuan jumpa dekat tol sungai besi kul 8am ni. Rombongan perempuan dari kelate...sedara suami ku. Aku buat tan ini semalam lagi...mengguna acuan yang di hadiahkan oleh adikku linapg ( sekarang ni tak berapa nak sihat tuuuuu....nape yak ). Ini lah hasilnya, pastry dia best ranggup gitu......Jom makan tat di pagi hari yang mulia, resepi aku ambil dari myresepi kepunyyan hanis . Hanis minta izin c n p resepi ya.:~


Ada dua piring..jemput makan ya......

 

Jumpa petang nanti.........eh lupa pulak resepinya

TAT TELUR

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Friday, December 25, 2009

KERABU TOMATO IKAN BILIS

Salam n selamat petang semua..n3 petang ini adalah kerabu tomato ikan bilis HANA yang dok kat jepun nuuuuuu, jauhnya merantau dak hana ni. Aku berkenalan dengan kerabu ini di myr yang banyak sangat dengan resepi . Memandangkan tomato banyak sangat kat peti ais ini dan rasanya dah lama tak buat kerabu ni..malam tadi sempat la buat kerabu yang amat sedap ini, akak tambah kacang goreng tumbuk sikit, sedapppp hana. Memandangkan kerabu tomato ini kesukaan akak maka dengan ini akak memohon keizinan dari hana untuk mengopi  resepi hana ini untuk rujukan masa hadapan akak ya...tq Hana  :~


Tq hana atas sumbangan resepi yang menyihatkan ini.
KERABU TOMATO IKAN BILIS

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube... 

MACARONI TOMYAM

Salam buat semua kawan2 ku sekelian..apa khabar hari ini.Aku harap semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. Pagi2 begini tentu sibuk masak sarapan pagi kan. Pagi ini sarapan ku dan anak2 adalah macaroni tomyam, Nak cerita sikit ni......sebenarnya macaroni ini kesukaan anak sulungku dan si angah. Anak2ku yang lain kurang mengemari macaroni ini...nampak gayanya sampai kepetang la macaroni ini. Sebenarnya Si Along n angah bercuti di kampung dah lebih seminggu..rindu sangat dekat mereka berdua tu. Memandangkan 27.12 ini merupakan hari jadi anak sulung ku yang ke 13....mama nak ucapkan selamat hari jadi buat along ya...tahun ini nampak gayanya along tak dapatlah mengundang kawan2 along kemajlis hari jadi mu itu nak. Mungkin tahun depan pulak . Mama rindu sangat pada kalian berdua. Tunggu 31.12 ini mama menjemput mu. Menjadi kebiasaanku membuat majlis makan2 untuk setiap anak2ku..walaupun simple. Macaroni ini khas buat mu anak ku Ariff Isqandar n Amirul Irfan. :~



Ini pulak untuk kawan - kawan sekelian ya :~


Hari ini terlebih rajin sikit buat munge2 gitu




Selamat bercuti buat semua.......

Thursday, December 24, 2009

ROTI PURI

Salam semua....dah bf ke belum...Hari ini bf aku roti puri cicah dengan sambal bilis nasi lemak semalam...Nasib baik hana datang bawakan nasi lemak kenyang la aku sampai tengahari ni..mekasih ya hana. Sapa2 yang nak mencuba roti puri ni, kejap ya layan gambar dulu pas nia aku letak resepi ni :~




Resepi ini aku ambil dari myresepi, penciptanya yatiezaini.
Minta izin ya yatiezaini akak nak c n p resepinya kat sini untuk rujukan masa hadapan...terima kasih ya

ROTI PURI

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

KENAPA JADI BEGINI?????..TINTACYBER

Salam semua ada sapa2 boleh tolong tak..kenapa bila aku masuk blog tintacbyer pic dan gambarnya kecil sangat sehingga tak nampak utk membacanya, aku rasa komputer  aku je kut yang bermasalah, yang peliknya umah tinta sahaje kecil...tgk gmbar2 ni ya

Ini kat atas blog tinta tempat follower tu


yang ini dekat petak chat tu..kecil bangat


ini pulak umah aku...memang berbeza



kenapa jadi begini......

Wednesday, December 23, 2009

LAKSA SARAWAK JADI SPAGHETTI SEAFOOD

Salam semua, hari ini sibuk sikit dengan anak buah abeku, pagi tadi masak nasi lemak je, dan tengahari kari ayam je. Ini menu lunch aku semalam. Semalam aku cuti2 masak lunch jadi aku pun suruh la abe ku tapau laksa sarawak sebagai lunch aku, memandangkan aku belum pernah makan laksa srwk ini, itu yang nak mencuba, rupa2nya gerai tu dah tak jual laksa lagi beralih arah pada makanan barat pulak. Jadi untuk tidak menghampakan aku, my abe belikan spaghetti seafood ini untuk santapan aku.  Dah tekak melayu, makan spaghetti ini rasa macam tidak kenyang je.. layan gambar ini ya....bukan aku yang masak tau, tapau dari kedai je.

Tuesday, December 22, 2009

KOLE - KOLE KACANG ( KOLEH KACANG )

Salam semua..dah sarapan ke belum.Hari ini nak buat tayangan amal kuih kesukaan ku ini, asyik dok beli je, kali ini cuba buat sendiri..memang jadi dan sedap cuma manis sikit bagi aku...lain kali kena kurangkan gula merah tu.
Jom makan koleh kacang ini. Resepi dari Cik`Iza yang terkenal kat myr tu. Cik`iza minta izin c n p resepi ya, senang untuk buat rujukan masa depan ya..tq



 

KOLE-KOLE KACANG

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... 

Monday, December 21, 2009

SIPUT SEDUT ( SAWAH PADI )

Selamat malam kawan2ku sekelian, dah makan malam ke.belum atau berdiet hari ini. Aku dah selamat makan dah malam, awal sikit makannya, takut tak sempat hadam. Ini salah satu menu makan malam ku...emmm sedapnya buat kuah pekat2 sikit. Aku biasa beli siput yang panjang tu. Tapi kali ini mencuba pulak siput yang dok dlm sawah padi..Ada sesiapa pernah tengok tak. Terima kasih buat saudara mara suamiku yang telah bersusah payah kutip siput2 ini, aku pergi ambil sahaja, dah lah hari tu hujan punyalah lebat. Lepas musim menuai dah jadi kebiasaan penduduk kampung ini akan mencari siput2 ini. Jom layan ................


Sunday, December 20, 2009

BUAH KECUPU.......ATAU CUPU

Salam semua, bertemu kita kembali di alam maya ini, kali ini aku nak kongsikan buah yang aku jumpa masa aku balik kampung. Buah ini sukar untuk diperolehi..kecuali kampung2 yang lama sahaja baru ada buah ini. Di kampung halamanku pun tiada pokok ini. Semalam sebelum balik KL aku pergi majlis perkahwinan saudara suamiku di Pasir Mas, Bila terpandang buah yang ranum ini , tiba2 je idea datang lebih2 lagi tiada n3 yang menarik nak aku tayangkan hari ini ,apa lagi suami ku pun ambil galah tolongggg jolokkan buah ini untuk aku kongsikan gambar  dengan kawan2 sekelian. Ada sesiapa yang kenal dengan buah ini. Aku panggil buah kecupu tapi tidak tahu nama sebenar buah ini.Ada sipa2 yang pernah tengok tak. Rasanya masam2 manis, kalo buah yang muda setengah orang buat sambal, tapi aku tak pernah makan lagi. Bentuk buah ini seakan2 pisang kaki, tapi isinya berulas.Kalo anak jati KL ni gerenti tak kenal buah ini. Jom layan gambar yang sempat aku ambil ini.

Buah yang masak ranum ini rasa masam2 manis2 manja gitu..best gak, sekali sekala layan buah ini


bentuk buah yang menarik.Agaknya aku je yang makan buah ni.Bdk2 kampung dah tak makan buah ni kut....

 kena kopek kulit dulu baru boleh makan.
 
 isinya berulas
 

Thursday, December 17, 2009

ROTI CICAH KARI DAGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 dialam mayaku serta dialam nyata ini. Hari ini aku akan balik kmpung halamanku nuuuuu di kelate sana. Aku balik pun sekejap sahaja Ptg sabtu dah balik KL. Malam ini ada buat majlis tahlil  di rumah MIL ku. Dalam 2 hari aku tinggal tu aku nak hidangkan roti cicah kari daging buat semua. Jaga diri semua and take care..miss u♥♥.  Jom makan2 dulu sebelum bertolak :~

Kari Daging



Roti Gardenia je, roti benggali tak ada laa



Pas makan tu kita minum duluuu nescafe, kalo tak cukup......

 

Kita minum air mineral ni pulak, air free masa naik ketapi  dia kasi free.

 
Bye semua.....moga jumpa nanti pagi ahad 20.12.09 ...insyallah kalo panjang umur.Doakan lah agar perjalanan kami selamat pergi dan kembali ya .

Wednesday, December 16, 2009

MASAK LEMAK CILI PADI PERUT BERSAMA REBUNG

Salam dikala senja melabuh tirai , dan kita megharapkan agar semuanya baik2 dan sihat walafiat selalu. Ini aku nak kongsikan satu menu yang tak akan dimasak oleh ku sendiri. Mungkin ada yang suka menu gini, bagi aku pulak aku langsung tak boleh makan bab perut tu, tapi kalo kuah n rebung tu boleh pulak aku makan, nape tah aku tak boleh makan perut macam ni. Menu ini aku dapat masa pergi tahlil arwah abe ipar ku di cheras ari isnin lepas. Emmmmm ada tak orang lain yang tak makan perut lembu ni mcm aku , tapi kuah dia memang sedap kaw2 cili padinya terasa. jom layannnn: ~

.

KUIH CARA

Salam semua, hari  sibuk sangat rasanya dengan tugasan harian ni......rasa kerja banyak sangat nak buat, Meh la makan kuih cara ni ♥♥jemput la ya banyak lagi ni..elok2 tau panas tu kang kena air gula melecur lak nnt, jemput ya  macam2  pesen ada tu, nak  yang garing atau yang sedang2 aje,  jom makan ~


 

resepinya

Bahan2

*2 cawan tepung gandum
*2 cawan air
*sedikit myk masak
*secubit garam
*1 penutup botol pewarna hijau
gula secukupnya ( untuk inti )
*1 biji telor
2 sudu myk masak

Cara2

blend kesemua bahan2  bertanda diatas kecuali gula.  Kemudian panas kan acuan, sapukan sedikit minyak masak kedlm acuan. Masukan adunan kedlm acuan hingga penuh ya,sekali masuk sahaja ke 6 acuan tersebut , selepas itu   masukkan sedikit gula, tutup adunan dgn penutup periuk.Apabila aduanan nampak kering ,  guna sudu utk mangangkat kuih tersebut, ulangi sehingga abis aduan, acuan tidak perlu disapu minyak lagi. Selamat mencuba...

Tuesday, December 15, 2009

DONUT.....LAGI





 tengok donut2ku tak sempat di saljikan kejap je habis...mmg seronok tgk anak2 n anak buah ku makan.



Selamat petang buat semua, dah minum petang ke semua, hari ini aku merajinkan diri membuat donut ......lagi ( lebih titik ke sue ).Donut ni memang aku buat selalu, resepinya dari tak lain dan tak bukan cik puan HASUE. Hari ni rumah ku meriah sangat, ada anak buah ku 5 org campur anakku 6 orng jadi le 11 org umur dari 15 tahun ke 3 tahun...Aku buat donut ni, siap goreng dh abis pun, sempat la aku rasa seketul ,mmmm sedapnya. Tak sempat pun aku mensaljikan donut tu dh abisss pun. Buat Suhasnida macam mana jadi ke tak kek pisang tuuu atau jadi bingka...tadi dok sibuk chat ngan dia. Meh la suhasnida amik bau je lah donut dh abisss , x leh nak ngendeng dh.

Sue nnt akak nak C n P resepi kat sini ya ...untuk rujukan masa hadapan......( myr tak le masuk tadi )

Bahan-bahan

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
 Terima kasih banyak - banyak ya Hasue

CARROT SOUP



Ada 2 mangkuk ni amik la sapa2 yang nak rasa..memag sedap dan berkhasiat







Ini gara - gara HANA  membuat sup karet la..berjangkit kat haku pulak, pagi ni  jenjalan umah noorsha, tgk ada gak sup karet ni. Lebih2 lagi bahan2 semua dh ada....apa lagi aku pun cuba la buat sup ni. Memang sedap sungguh sup karet mu ini dik hana. akak makan dengan roti gardenia je sedap bangat. Tq ya hana bagi idea yang sangat bagus dan berkhasiat untuk di cuba. Hana akak minta izin ya c n p resepi ni kat sini untuk rujukan akak dimasa hadapan heheh. tq ya hana

Bahan-bahan
  • 2 batang carrot - potong2
  • 1/2 biji bawang holland@bawang besar - hiris2
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu butter
  • serbuk lada sulah
  • air secukupnyer
  • fresh cream - optional
  • garam
Cara-cara
  • Rebus carrot bersama2 air, kiub pati ayam dan juga bawang besar hingga carrot empuk.
  • Bila dah empuk, blend semua skali dan masukkan smula ke dalam periuk dan masak smula. Guna api kecil sahaja.
  • Masukkan serbuk lada sulah, butter dan juga garam sedikit. Tambahkan air jika sup terlalu pekat. Didihkan.
  • Hidangkan panas2 dengan roti garlic, roti focaccia atau apa sajer roti. Juga enak di makan begitu saja.

BEE HON GORENG

Salam semua, sudah minum pagi ke belum semua, sarapan dengan apa pagi ni, ini bee hon ku utk sarapan pagi ni, biasalah bee hon yang paling simple je..sayur pun sikit dan letak udang besar sikit, lagi pun anak2 ku tak berapa sukangan udang ni.



Kamera ku semakin lama semakin kelabu asap gambarnya, atau aku yang tak reti nak guna..lagi pun kamera harga ratusan je itu pun 5 tahun lepas hehehehe. Kita makan dulu ya

Monday, December 14, 2009

KEK COKLAT

Salam buat semua, hari ni tayang kek coklat yang biasa aku buat tu...tapi kali ini mana tah silapnya kek ku nampak mcm kusam je...tak bermaya, sebenarnya aku buat kek ni masa ari jadi adik bongsuku 10.12., tapi tak sempat bertopping segala aku balik kampung pula, walauapa pun rupa kek itu namun tetap abis juga. Lagi satu masa nak buat kek ni ke enam2 anak ku yang tolong....itu agaknya terlebih tangan pulak.



Resepi yang sama dengan kek coklat ku yang lepas okey.

Sunday, December 13, 2009

KUIH SERI MUKA

Salam buat semua, semoga sihat dan ceria sokmo disamping tugas harian dan kelurga masing2. Tak pegi jalan2 ke ari minggu ni, jom kita sarapan.... masak apa pagi ni kawan2 ku sekelian.


Kuih seri muka ku ini nampak comot sikit, maklumlah tak berapa sejuk lagi anak2 dh minta di potong, kalo nak tunggu sejuk dulu alamatnya tak dapat la aku snap pic. Ok rakan2 sekelian selamat berhujung minngu ya

untuk resepi skejap lagi ya.........
KUIH SERI MUKA
A) 2 cawan beras pulut ( direndam)
11/2 cawan santan
sedikit garam

B) 2 cawan santan
1 sudu besar air kapur
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu penuh tepung jagung
1 cawan gandum
sedikit garam
1 penutup botol perwarna hijau

CARA - CARA

Satukan bahan A, kukus sehingga masak, apabila pulut masak,  tekan2kan dgn menggunakan senduk nasi, tujuan utk memampatkan pulut tersebut.

Satukan kesemua bahan2 B kemudian blender. Selepas itu tuangkan adunan ini keatas pulut yang sudah ditekan2 tadi. kukus lagi sehingga masak lebih kurang 20 hingga 30 minit.

 pada penggemar  pulut boleh lah mencuba ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...