Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 28, 2022

PULUT SERI KAYA

 Assalam dan selamat pagi. Setiap kali puasa pasti sekali buat kuih seri kaya ni. Bila buat kuih guna loyang boleh la di bahagi sikit pd jiran tetangga.





PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Satu sudu besar gula rosaliza tambah


Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Wednesday, April 27, 2022

BISKUT COKLAT CHIP SEDAP


Assalam semua. Mlm ni buat biskut coklat chip ni, mama dah penat siang hari merayap, lps tu ada menolong msk bubur lambuk sikit td.

Mujur la Adik Puteri ni pesen cepat belajar dan sangat rajin menolong mama, harap sampai besar la adik rajin buat biskut ni.

Kali ini, mama hanya sukat2 semua bahan2, dia yg adukkan dan sudukan adunan serta bakar. Elok pula kejadian dan rasa pun sedap. Resipi pun simple2 je.

Mlm3 x tau nk tulis apa dh. Mata pun nk terpejam dah ni.



BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS 🍪

Resepi : Rozmaliza Omar ( grup MAHN )

Di cuba : Syaza Liza 

Bahan² A


250 gm butter 

1 1/4 cawan sugar perang

1 sdk esen vanila

1 biji telur


1. Semua bahan² A ini hanya perlu dikacau sebati/rata saja.


Bahan² B


2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

6 sdb minyak masak/ minyak jagung 

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


2. Bila bahan² A dah sebati/rata masukkan pula bahan² B dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


3. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.


4. Keluarkan adunan dan sudukan atas loyang pembakar. Adunannya memang lembik sikit.


5. Jarakkan adunan semasa membakar sebab biskut akan mengembang.


6. Bakar selama 20 minit suhu 150ç api atas bawah. Selamat mencuba gerenti puas hati 🍪

Friday, April 15, 2022

STEW AYAM

 Assalammualikum, salam ramadhan yg ke 13. Terlebih rajin hari ni, n3 ke dua hari ni. Kisahkan tgh delete gambar kat galery, bila msk dan snap pic, lps tu x buat n3 rasa mcm.satu kerugian pula. Baik masukkan resipi dan simpan sini, senang nk buat bila2 google je blog sdiri.

Terima kasih linapg atas perkongsian resipi. Resipi ada juga du link YT malina lina



Resepi Stew Ayam
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
https://www.youtube.com/watch?v=MwOQObCHcrc
YT baru jer buat....tapi snap gambar...so tepek la kat posting ni untuk rujukan

Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam - LiNa Pg potong kecil2
  • 2 biji kentang holland - Potong kiub
  • 1/2 batang karot (potong baji) 
  • 2 ulas bwg putih - LiNa Pg ketuk dan cincang 
  • 1/2 labu bwg besar - cincang 
  • 1 bunga lawang 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia (mayang halus) 
  • 1 sudu lada hitam tumbuk ( rosaliza tambah ni)
  • 2 helai Daun bay  
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi 
  • 1 sudu besar kicap pekat manis 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 tangkai cili kering (suka pedas letak lebih) 
  • 1 kiub ayam.
  • Minyak 
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa 
Boleh tengok di youtube juga

    Cara-Cara 

    1. Panaskan 1 senduk myk masak.Masukkan ayam goreng sekejap hingga pucat.Angkat dan ketepikan
    2. Guna minyak yang sama (jika kurang tambah siket lagi)Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, Cili kering dan daun bay.Tumis hingga terbit bau dan sedikit garing.Jangan lama sangat nanti pahit.
    3. Kemudian masukkan masukkan tepung jagung, Kacau laju2 dan buat browning process juga.Boleh masukkan bahan lain (karot,kicap, sos tiram dan kentang)
    4. Masukkan ayam (yg telah dibuat browning tadi).Kacau sebati. Masukkan air dan kiub ayam.
    5. Masak hingga ayam empuk.Sesuaikan rasa tambah garam dan gula/perasa jika perlu.Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat
    6. Dah siap.Tutup api.Stew ni sedap dimakan bersama roti, nasi putih atau nasi berperisa.LiNa Pg makan bersama Nasi Daging

    MASAK LEMAK PUTIH LOKAN

     Assalamulaikum, sebenarnya dh berzaman buat masak lemak putih lokan ni, lupa pula nk buat N3. Ada kisah di sebalik Lokan ni sebenarnya, sbb tu nk juga simpan resipi ni kat sini.

    Lokan ni sebenarnya kiriman dari Besan, ank menantu blk kampung, besan kirim lokan dan keropok, ikn bilis. Saya pula x pernah masak lokan. 

    Sudahnya berwasap la dgn besan tanya resipi masak lemak putih. Rupa2nya sama mcm masak lemak putih original kelantan, kena letak isi ikan. 

    Bahan2 lain semua ada kecuali togeh dan kacang kena beli. Maka bermula la masak lemak putih. Masak mcm ni sesuai utk semua jenis sayur2 utk kita msk lemak. Cuma sekarang ni biasa org letak ikn bilis sebagai rencah,. Dlm resipi ni guna isi ikan ala2 kuah laksa

    TQ Kak Zan my besan atas kiriman.









    MASAK LEMAK PUTIH LOKAN

    Di Cuba: embunrosaliza

    BAHAN2

    3Kg Lokan di celur sekejap

    1 kotak santan

    5 ulas bawang merah*

    1 ulas bawang putih*

    3 ekor ikan direbus dan perisikan.*

    1 sudu teh lada hitam*

    Sedikit lengkuas* ( x ada pun x apa )

    Garam secukup rasa

    Sedikit budu

    Secukup rasa.

    Sedikit tougeh

    Sedikit kacang panjang

    CARA2

    1. Didihkan sedikit air lebih kurang secawan, kemudian celurkan sedikit2 lokan hingga nampak terbuka sikit, utk senang kita ambil isi.

    2. Ulang hingga habis.

    3. Sejukkan sekejap, kemudian, ambil isi sahaja dan lebihan air rebusan lokan td kita guna utk kuah.

    4. Tumbuk atau blender bahan bertanda *

    5. Masukkan air lebihan rebusan lokan td bersama bahan tumbuk dan juga santan

    6. Masak hingga mendidih, masukkan lokan, perasa, garam dan sedikit budu.

    7. Masukkan togeh dan terus tutup api.

    8. Sesuaikan rasa

    9. Dah siap

    Sedap rasa mcm kuah laksam sikit.


    Tuesday, April 12, 2022

    AYAM KOREA SIMPLE

     Assalamualikum dan selamat pagi. Berbuka beberapa hari yg lepas, mama buat ayam korea atas permintaan ank2. Resipi yg simple tp rasanya sedap.



    Jomm semak resipi, ayam korea ala2 rosaliza.

    Olahan : embunrosaliza aka syazaliza

    AYAM KOREA SIMPLE

    BAHAN2

    Sebelah ekor Ayam di potong ikut suka,  saya potong kecil2 je

    Tepung goreng Bistari

    Minyak masak

    Serbuk Cili 1 sudu besar rata

    Kicap lemak manis

    Sos tiram

    Sos Cili Thai

    Bijan 1 sudu besar

    5 ulas bawang putih di cincang halus

    Serbuk secukup rasa.

    Secubit Garam

    CARA2

    1. Cuci bersih Ayam, kemudian perapkan dgn tepung goreng bistari, gaulnya hingga tepung bersalut dgn ayam, kalau tepung tak melekat kat ayam, tambah sikit air, perap sekejap, 15 minit pun cukup.

    2. Guna minyak yg byk utk menggoreng Ayam. Panaskan minyak goreng hingga kuning2 sikit, angkat dan toskan.

    3. Ulangi proses mengoreng ayam2 td sekali lagi hingga warna keemasan cantik.

    4. Dengan menggunakan minyak yg sama, ambil beberapa sudu myk gorengan td, tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan sesudu  besar bijan.

    4. Masukkan serbuk cili, tumis sekejap, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap, gula serbuk secukup rasa dan sedikit garam. Guna api yg perlahan, nanti hangit pula.

    5. Masukkan ayam, dan gaul sebati hingga sos2 melekat cantik

    6. Tutup api, Siap.

    Monday, April 11, 2022

    KUIH KASUI SEDAP

     Assalamualikum buat semua, mlm2 buta dah menghampiri pukul 12am dh pun sekarang ni, tapi sangat teruja nk simpan resipi kat sini.

    Kasui ni buat ptg td utk berbuka dan bahagi kan kepada jiran2. Kalau utk famili kami mkn pasti x habis seloyang, boleh la bg jiran merasa.

    Alhamdulillah, rasa seronok sangat bila kasui ni menjadi dgn jayanya dgn rasa yg sangat sedap di tekak saya.

    Terima kasih kandakuss IlahJY untuk resipi ni. Hari ni kebetulan naik kat memori fb, terus SS resipi, dan terus masak air gula.



    Rasa yg sangat sedap manis sedang2 dan lembut serta beraroma. TQ Kandakuss Ilah

    KASUI GEDIK
    Sumber Resipi FB : Kak IlahJy
    Olahan dan di cuba : Rosaliza

    BAHAN2
    13/4 Tepung Gandum
    13/4 Tepung Ubi
    Secubit Garam
    5 Cawan Air 
    1/2 Cawan Gula Pasir
    11/2  Cawan Gula Merah
    Air Kapur
    Daun Pandan
    Kelapa Parut dan sedikit garam( di kukus sekejap )

    CARA2
    1. Masak Gula dan Gula merah bersama secawan air dan daun pandan, sejukkan
    2. Tapis air gula, ayak tepung ubi dan tepung gandum.
    3. Blender air gula bersama tepung dan baki 4 cawan air td.
    4. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Masukkan loyang yg di sapu sedikit minyak.
    5. Tuangkan adunan ke dlm loyang, kalau rajin tapis lagi sekali. Saya dah ayak tepung jadi x perlu tapis lgi.
    6. Kukus hingga masak lebih kurang 25 - 30 minit. Lap2kan air atas permukaan dgn tisu dapur, kemudian terus kukus di atas api hingga permukaan kering ( kukus tanpa penutup ) faham ke idak😅
    7. Sejukkan terlebih dahulu, baru lah di potong menggunakan pisau plastik.
    8. Gaulkan dengan kelapa parut yg telah dikukus bersama garam.

    Selamat mencuba, gerenti jadi.
    # nota kaki :-  
    13/4 tu bermakna hampir 2 cawan, 3/4 lebih sikit dr 1/2.
     Jangan pula di kurangkan bawah setengah cawan

    Semua resipi2 dr kandakusss IlahJY ni semua menjadi dgn jayanya.


    Monday, April 4, 2022

    KUIH CUCUR JAWA KUIH TOPI

    Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke dua buat semua. Sebenarnya x plan pun nk buat cucur jawa ni, kisahnya semlm nk buat kuih biji nangka, tp tergunting plastik tepung beras, terus curah ke dlm besen, dh terrr tu baru perasan plastik tulisan merah. Fikir punya fikir resipi apa yg senang nk buat, maka google la resipi Linapg, bila perap 4 jam, masukkan dlm peti, hari ni nk goreng baru kluarkan sejam awal adunan ni. Alhamdulillah elok je kejadiannya.





     KUIH CUCUR JAWA MUDAH DAN SEDAP

    By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
    Bahan Bahan
    1 cawan tepung beras
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan air
    1/2 cawan gula pasir
    1/2 cawan gula merah/gula perang
    sedikit garam
    Minyak

    Cara Cara
    1. Satukan air, gula dan garam ke dalam bekas.Kacau hingga gula dan garam larut.Tapiskan.
    2. Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk yang besar.Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil adun/kacau hingga sebati dan nampak licin.
    3. Apabila nampak buih2 kecil di permukaan, adunan telah menjadi.Tapiskan adunan dan perap selama 3-4jam dalam bekas tertutup.
    4. Setelah 4jam diperap, kelihatan buih2 timbul di permukaan.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.Kena uji konsistensi.Kalau nampak pekat tambah sedikit air sebelum mula menggoreng.Refer ke video
    5. Panaskan minyak, senduk adunan dan goreng sambil simbah2 minyak ke atas kuih.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.Selamat mencuba
    6. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...