Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts

Monday, March 9, 2026

Kuih Badak Kelantan ( Kuih Getas )

 Hari ni ketandusan idea nk buat kuih apa. Kelapa parut frozen dh keluarkan. Cadangan awal nk buat onde² tp rasa mcm mls pula nk kukus kelapa.

Tanya Google kuih apa guna kelapa. Maka dia bg la jwapan mcm2 kuih. Rasanya kuih ni paling simple sekali. Lagi pun ada peminat kuih ni kat rumah.


Elok kejadian doh tidak meletup. Kalau nk manis lebihkan gula masa menyira


KUIH BADAK KELANTAN ( KUIH GETAS)

Bahan A

Kelapa

Tepung Pulut Secukupnya

Tepung Gandum 2 Sudu Besar

Sedikit Garam

1 sudu besar Gula

3/4 Cawan Air

Bahan B

1/2 cawan Gula

1/2 cawan Air

Bahan C

Minyak Masak utk mengoreng


CARA²

Gaul sebati semua bahan² (  A )di atas sehingga adunan tidak melekat di jari mcm buat onde² tu juga.

Lepas tu bentuk bulat² dan leperkan

Buat lubang di tengah² mcm donat

Goreng hingga perang.

Utk Menyira

Panaskan Air dan gula hingga berbuih dan agak kental sikit.

Masa ni Masukkan sesudu besar Minyak gorengan kuih badak td ke dlm gula. Supaya adunan gula tidak melekat di kuali

Masukkan kuih badak yg siap di goreng td. Bila dh bersalut semua boleh la di angkat.

Sejuk sekejap boleh la di makan

Tuesday, March 3, 2026

Sira Nekbat

 


Selamat berpuasa hari ke 13 buat semua. Hari minggu lepas sempat beli nekbat ni di pantai dalam. Biasa la mesti nk mkn mknn kelantan bila puasa. Kalau kat kg belum tentu beli lg ni. Ni boleh di katakan makan rare kelatan dan Ganu juga. Negeri lain x tau ada ke x kuih ni

Beli Nekbat kering ni 10 biji rm5. Harga boleh tahan la. Kalau kat kg murah lg ni.

Jomm kita sira nekbat cara saya

Bahan²

Nekbat 10 biji

2 cawan air

5 sudu besar gula pasir

3 helai daun pandan

5 biji bunga cengkih

Cara²

Masukan air ke dlm periuk, masukkan gula bunga cengkih dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.

Masukkan nekbat dan biarkan air gula meresap ke dlm nekbat. Lebih kurang 5 minit.

Tutup api. Sejukkan . Makan sejuk² sedap.


Nekbat kering sebelum di Sira

Thursday, July 24, 2025

Bingka Durian

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua Hari ini pgi2 hari lagi Selongkar mecari resepi berasaskan durian. Selalu duk buat pulut serimuka durian. Mcm selalu dh buat.dan mls pula nk kukus. Stok durian frozen tahun lps byk. Sayang juga. Mkn mcm tu dh x ada nikmat durian dh.
Kebetulan setiap hari Khamis Surau kediaman kami ada buat Yassin dan Tahlil. Rasa mcm terajin pula
Hasil dr google terbekanan dgn resipi Yatie Memori. TQ Yatie yg terkenal dgn.Ratu Talam masa zaman kita rajin buat N3 dulu². Akk Save dulu resepi kat sini. Sedang elok otak tgh ada idea mengarang. 
Bingka ntah kemana lg. Yg penting masuk N3 dulu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


BINGKA DURIAN
Resipi : Yatie Memori
Di Cuba : Embunrosaliza

Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum( rosaliza tambah ½ cawan lg )
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan ( x letak )
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.

Monday, April 10, 2023

KUIH PULUT SERIKAYA

 Salam Ramadhan yg ke 19 buat semua. Pulut seri kaya ni buat minggu lepas lg untuk di bawa ke surau, ada majlis berbuka puasa. Ada k3lainan sikit resipi kali ini. Selalu buat pun memang letak gula sikit dlm adunan pulut tu, baru la x rasa lemak saje, terasa sikit lemak manis sedap. Kalau x bahagian pulut selalu mkn x habis๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Ini boleh la mkn sekali atas dan bawah๐Ÿ˜…



PULUT SERI KAYA

Resipi: YatieMemori
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak 

* 2 Sudu Besar Gula ( untuk lagi sedap pulut )

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) 2 helai daun Pandan
* 1/2 sk garam


Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air , daun panda,dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...