Kek keju percubaan pertama dari akk, pagi2 buat tayangan kek keju, apa salahnya siap2 segala kerja rumah tambahlah sikit kolestrol kat badankan.
Kek keju ni rasanya amat sedap , tidak terlampau manis. Masa buat kek ni ada sedikit atau banyak dikit kut pada kek akk ni. Kalo perhati betul2 nampak 2 lapis, kat atas tu gebusss dan lapisan bawah tu padat sikit. Akk rasa, kesilapan masa kaup balik tu kena aduanan sekata, tapi akk balik2 gitu n tak perasan pulak, nak kaup balik lelama takut tak terjadi lak. tapi rasa kek ni menten sedap sangat.
Akk buat kek ni masa hari jadi Eqa, buat makan2,ada gak tamu tanya akk beli ke, mcm yg beli sedap sangat...heheheh mekasih ya, bagi akk walaupun sedikit kekurangan namun akk puas hati juga dengan rasanya. Minta izin ya HASUE akk nak tepek resipinya kat sini untuk rujukan masa hadapan }~
Light Cheese Cake
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

harum bau ciskek ni masa dok bakar tu
ingat nak buat lagi, ada sikit lagi cream cheese tu