Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 1, 2014

MASAK LEMAK SIPUT @ GULAI SIPUT DAN PETUA MEMBERSIHKAN SIPUT


Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua rakan di alam maya dan rakan di alam nyata. Dah pun masuk bulan Disember , bulan terakhir di tahun 2014 ini. Sekejap je masa berlalu.

N3 ni dh lama di karang, tapi sibuk memanjang je, tambahan pula cuti2 sekolah mcm ni, banyak mulut yg nak makan, anak2 semua ada kat rumah, kerja rumah pun bertambah. Ok berkisahkan siput sedut pulak ya, memang dah lama betul tak masak siput sedut, rasa mcm dah lebih dari setahun. Makan tu ada lah, bila ke kedai nasi campur pasti yg di cari dulu gulai siput, ntah kenapa suka sangat makan siput ni, terikut2 pada anak2 semua, yg tak makan isi makan kuah sahaj. Amani oun pandai makan siput ni, bukan setakat kuah , isi pun dia makan juga, lucu pulak tgk, mkanan org tua dia pun minat juga heheh.

Selalu masa puasa senang nak makan siput ni, kalo balaik kampung menu yg wajib makan  siput sedut gulai, selalunya bonda pun beli kat pasar ramadhan je, tak pernah masak sendiri pun. Dekat kelantan banyak jenis dan rasa, ada yg suka letak daun kesum, daun kaduk, dan daun kunyit. Apa2 pun semua saya suka saya suka.

Semalam 28.10.14 pergi ke pasar selayang, nampak lah siput ni, selalu pun nampak juga cuma malas nak potong montot dia, malam tadi rajin lah juga capai satu plastik siput , timbang lebih kurang 1 kg, harga makin hari makin naik, rasa mula2 kenal siput ni dulu dlm RM 5 se kg, sekarang harga RM 8.99 per kg itu pun bercampur lumpur. Tapi tak apalah kalo beli yg dah siap masak rm 4 semangkuk comel.

Lepas je anak2 pg sekoah teruskan projek potong montot siput, kalo lambat2 takut terbengkalai je. Alhamdulillah kul 8.30 pagi dah siap masak dah. Saya hanya menggunakan cili merah, takut anak2 pedas. Sebabnya kalo pedas2 bila tersedak kuah masa sedut tu memang perit la tekak, bukan setakat anak2 je boleh tersedak masa sedut tu, mamanya sekali pun boleh tersedak juga hehehe.  Best pulak mengarang pagi2 ni


MASAK LEMAK SIPUT SEDUT @ GULAI SIPUT

Resepi: embunrosaliza.blogspot.com

Bahan - Bahan

  • 1 kg siput sedut hidup - bersihkan dan potong ekor @ montotnya
  • 4 cawan sederhana pekat @ 2 cwn santan pekat + 2 cawan air
  • 3 labu bawang besar saiz kecil *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah besar * @ cili kering @ cili api
  • 5 hiris lengkuas *
  • 5 hiris kunyit hidup *
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 helai daun kunyit - 
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Pati ayam
  • Sedikit gula

Cara - Cara

  1. Blender bahan bertanda * 
  2. Masukkan santan dan semua bahan2 di atas kedalam periuk KECUALI Siput.
  3. Masak dengan api yg sederhana sehingga santan mendidih dan sentiasa kacau.
  4. Setelah santan mendidih baru masukkan siput,
  5. Kacau lagi sehingga mendidih sekali lagi
  6. Sesuaikan rasa, siap.
PETUA MEMBERSIHKAN SIPUT @ KERANG

1. Petua ini saya amalkan dari zaman kecil2 lagi, petua dari arwah nenek. Untuk membersihkan lumpur di badan siput senang sahaja, sama juga dengan kerang. 
Ambil  Daun Pisang sahaja, kemudian ramas2 dengan siput tadi. Ulang sehingga siput betul2 bersih dengan menggunakan daun pisang yg sama. Kemudian baru lah potong montot siput.

Apabila siap potong montot siput cuci berulang lagi agar serpihan siput tak ada, dan siput lagi bersih , kuah pun tak berpasir dgn kulit siput hancur.

2. Dengan menggunakan hampas kelapa, petua ni yg paling popular bila di google. Saya tak guna cara ini, tapi mengikut petua ni, siput hendaklah di gaul bersama hampas kelapa dan biar semalaman, kemudia baru di cuci.


Nota kaki :~ Mengikut kata MILku sayang sekiranya kuah belum mendidih kita dah masukkan siput, makanya siput susah nak keluarkan dari cengkerangnya. Dan saya pun tak pernah cuba masukkan sebelum kuah mendidih. Pastikan kuah mendidih dahulu baru di masukkan siput

Sekiranya kita makan rasa mcm siput berlendir2 maknanya siput tu dah mati sebelum kita potong montot dia lagi.

7 comments:

akak suka makan siput ni liza..tapi tak pernah masak sendiri tak pandai nak potong..dan bersihkan
 
Salam kenal..
Masa kecik2 slalu mkn..sbb mak ayh mmg suke mkn ni..hehe..
Bagus petua tu..bolelah buat rujukan nnt klu teringin nk masak..
 
Saya sangat suka makan masak lemak siput ni....masa kat kampong duduk ngan mak ayah...
 
Awat tak perasan gulai siput ni..tetiba 7jam dah posting hihi..
Sedap ni crut crut...makan jer tau..buat malas sbb malas nk potong muncung hihi
 
Assalamualaikum Rosa,
balik kg baru2 ni saya sempat masak siput... memang naik harga betul, beli 1 kg di pasar Sungai Buluh RM10 tapi dah bersih & cantik, balik umah tinggal potong montotnya jer he hehhe....
 
@Acik Erna

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur
 
Oh..kena potong montotnya ye..padan la sy sedut tak keluar isinya.. Lg pun masuk dr awal2 lg sblm kuah mendidih.. Tq.. Baru tahu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...