Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2018

Nasi Dagang gulai ikan tongkol / ikan Ayo

Assalamualikum dan selamat pagi.. pd 28.12.18.. kami jiran2 kediaman ada buat sedikit majlis perpisahan jiran merangkap jiran sebelah rumah ku.. dia terpaksa berpindah selepas 6 bulan kematian suaminya.. kuaters mesti di kosongkan....

Nasi Dagang
Bahan2
1kg beras nasi dagang
2 cawan santan pekat *
5 ulas bawang merah di mayang *
3 ulas bawang putih mayang*
Seinci halia mayang *
1 sudu besar halba *
2 sudu gula*
1 sudu besar garam*
( panaskan bahan bertanda *  di atas dapur .. tp jangan sampai mendidih )
2 cawan santan cair.

Cara2
1. Beras di basuh bersih sehingga airnya jernih. Kemudian redam semlman.
2. Kukus beras sehingga berwap lebih kurang 20 ke 30 minit.
3. Angkat beras yg telah di kukus masukkan kedlm besen yg agak besar.. kemudian curahkan santan cair dan gaul hingga sebati.
4. Kukus lagi sekali selama 20 minit. Kemudian angkat dan di masukkan kedalam besen.. gaul / arung nasi tadi menggunakan santan pekat yg telah di panaskan terlebih dahulu.
5. Sebatikan santan hingga betul2 meresap ke dlm nasi.
6. Kukus lagi selama 20 minit
7. Siap utk di mkn...






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...