Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 2, 2019

Cuti cuti Hatyai

Assalamualikum dan salam sejahtera.. kali ini saya nk kongsi pengalaman atau cerita utk kali ke dua ke hatyai. Kali pertama pergi dgn pakej rm480.

28.11. 2019, Untuk kali kedua kami ber7 ke sana dgn menaiki ets dr Kl sentral ke padang besar. Ets pukul 10.50 (28.11.19) mlm dan sampai di padang besar pukul 4.50am29.11.19 ) . Alhamdulillah rezeki kami dpt tumpang bilik vvip staff ktm dpt la rehat dan solat subuh. Kumpulan kami di Ketuai Saniah.. terima kasih ya bawa kami jalan2.

Pukul 7am kami bersarapan di kantin Ktm. Selesai sarapan kami ke platform 1 utk urusan  beli tiket tren ke Hatyai. Kalau masa pakej hari tu kami naik van ke Hatyai dan blk naik tren.

Sekian lama menunggu akhirnya kaunter tiket pun buka utk jualan pukul 9am.. lenguh juga la ketua kami tu menunggu. Sorang lagi  Lynn buat urusan utk isi form putih ke luar negara.. wajib tau nama hotel semasa penginapan di Hatyai. Borang ini kalau isi sediri percuma je tp kami memilih utk di isi oleh petugas dgn bayaran rm2 utk seorang.. jd x payah fikir ada silap ke apa.

Selesai semua urusan  beratur pula utk urusan imigren Malaysia selepas itu yg Thailand pula. Tren hatyai sudah siap sedia di platform. Siap semua urusan kami pun naik tren berpandukan no di tiket. Kalau yg pergi dulu ada 3 coach sahaja maka ada yg berdiri walaupun ada no. Tp kali ini nampaknya semua ada tempat duduk dan tren pun panjang. Dr jam 9 mula2 urusan dan naik tren.. pukul 12.10pm waktu malaysia  baru lah tren bergerak.. masa lebih kurang 45 minit utk sampai ke stesen keretapi hatyai.. kali ini punya laju dia pecut.. ponn ponn ponn.

Akhirnya sampai di Stesen Hatyai.. turun je dah ramai pemandu tut2 sedia menanti x perlu risau utk ke hotel. Bayaran tut2 20bht utk seorang. Kami bawa diri je sebab kwn kami aka Chep yg urusan semua. Akhirnya sampai di hotel dalam pukul 1.10pm waktu malaysia. Nasib kami baik terus dpt check in hotel. Kami ambil hotel bajet sahaja hotel singapore, tp hotel ini x ada byk kemudahan, lain kali xmo dh tinggal sini.. heater msk air pun x ada. Dah nama pun hotel bajet, utk tdo ok la juga, tp nk buat air panas x boleh la kat sini.. bahagian bawah pun x sediakan air panas mcm Coway ke apa.

29. 09. 2019  Selesai rehat2 dan solat bermula la expidisi kami.  Seperti yg di rancang Chep kami, tempat pertama ke Floating Market, perjalanan agak jauh kami  byar 30bht utk seorang, 300 bht utk satu tut2. Di Floating Market bermacam2 makanan yg ada harga pun mcm2 dr 20bht . Kami kesini ptg hari jumaat, awal2 sampai ok la x berkalut dgn org ramai. Selesai mkn2 tgk org dh bersesak nk jln pun dh payah.. kami ronda2 bahagian atas pula iaitu ada tempat mkb dan beli belah.
Blk dr sini kami terus ke Asean Market, bayaran pun sama 300bht utj 1 tut2. Jln2, mkn2 kat sini.

Selesai utk membeli belah dan mkn2 kami byran tut2 20bht seorg, kami singgah pula kat pasar mlm depan Plaza Hotel sambil2 cuci mata dan mkn aiskrem kelapa. Kali ini cuba yg 40bht byk sagu kat dlm.. rasanya kurang sikit sbb isi kat dlm byk sagu.

Selesai di pasar malam kami blk hotel jalan kaki sahaja lebih kurang 10 minit juga utk sampai hotel.. rehat2 mandi manda solat dan 😴😴😴😴.

30.11.. seawal pukul 8pgi waktu thai kami sudah keluar edisi menjelajah hari kedua pula.. tempat pertama kami utk sarapan Di Zaina Dimsum, mcm2 ada dr nasi kerabu, pulut ikan masin kuih muih juga roti canai. Kat sini sangat rekmen teh ais sangat sedap kaw2.

Selesai di sini kami ke Pasar Kim Yong untuk membeli kekacang dan jalan2, dekat sini best harga yg sangat murah . Kekacang punn murah2 rasa mcm seronok membeli kat sini.... selesai di sini kami melangkah ke Pasar Plaza.. kat depan Pasar Plaza ni ada 1 uncle niaga beg2 kulit, asal org Johor niaga kat sini. Dapat la bli barang2 dgn harga murah di kedai dia. Lps tu baru masuk dlm pasar, uncle tu ckp nnt blk dia cari kan tut2 yg harga 100 bht. Mula la kami teroka kat dlm pasar memang harga  kat sini sangat2 murah selipar atau beg..tp kena pandai tawar menawar.

Selesai di sini kami blk rehat dan solat di hotel.. pukul 3.30pm waktu thai keluar lg melangkah ke cari mkn, dan jumpa satu kedai Kelantan restoren mknn pun sedap3 dan yg best ada wifi hehhehe.. seronok la kami walaupun mknn agak lambat sampai di sebabkan kdai ini ada terima tempahan awal utk 40 org mkn... kami tunggu dgn penuh sabar di sini sambil2 cek wasap dan upload gambarπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Makanan yg sampai pun sangat puas hati sedap. Tomyam penuh dgn isi. Siap mkn3 teruskan lagi melangkah ke pasar mlm lagi sekali utk ngabis kan duit Bth yg berbaki sikit lg 😎.

Pukul 9 lbih kami balik hotel kemas2kan utk check out esok..

Chep kami dh tempah Van utk ke padang besar jadi x ada masalah utk transpot nnt.. di sebabkan ada lg masa.. kami kluar minum2 yg di taja oleh  Chep.. tq Chep duit ada lg 80bth 🀣🀣🀣.

1.12.2019 Pukul 9 waktu Thai bersamaan pukul 10am Mesia kami check out, van dan siap sedia tunggu. Asalnya kata byr rm20.. duit bth pun kami x sedia πŸ˜…. Nasib baik la Lynn dan chep, Eqa kumpul2 duit cukup 1400 bht utk satu Van, bila di hitung di kira cukup utk byran 1 van. Kami di kenakan byaran 200bht utk seorng lebih kurang rm28 seorang pada Van.....katanya yg tambang rm20 tu tiada insuran.

Perjalanan dr Hotel Hatyai ke Imigresen Padang besar agak lama lebih kurang sejam dgn jarak 50km. Kat sini kami byr rm2 kepada pemandu van x pasti upah apa.  Alhamdulillah semua urusan berjalan dgn lancar dan di permudahkan Allah.

Sesampai di Setesen padang besar simpan barang2 di bilik vip stesen ( tq Lyn berurusan dgn stesen master utk pinjam bilik ). Kami kluar utk mkn2 dan bli belah kat padang besar.

Pukul 3.30 kami blk ke stesen mandi2 siap2 solat. Pukul 4.50pm ets naik ets, pukul 10.25 ets selamat tiba di KL sentral.

Tukar 3000 bht sahaja x termasuk tambang blk. 3000 bht bersamaan dgn rm 415.50
Eqa tukar 1000 bht sama dgn rm 140.00

Untuk tambang saya dh kehabisan duit bhat terpaksa guna duit RM. Berdua dgn Eqa Rm 60.00


Menunggu tiket tren  dr hatyai. Pukul 9am baru kauter tiket buka. Tq Saniah Dalim beratur
Tiket tren ke Hatyai 50 bht
Di atas tren Hatyai
Stesen Hatyai
Train Hatyai
Floating market

Eskrim kelapa 40bht




Teh Ais kaw2 sedap sangat
Berselirat wayar2
Eskrim kelapa lemak berkrimm 50bht
Bye2 Padang besar Thai dh masuk malay
Naik Van dr hatyai yg di booking awal2 lagi
200 bht seorg lebih kurang rm28.00 dan bayaran atau tips utk driver van rm 2
Jadi lebih kurang rm30.00 seorg.

Pas Ets



Pasar malam depan plaza hotel
Zaina dimsum
Asean market kasut sukan sangat murah 150 bht dh dpt sepasang.



Jalan2 mkn2. Rezeki kami naik je tut2 hujan. Masuk je kdai mkn hujan. Masa jalan2 cuaca elok.


Menikmati eskrim kelapa 50bht sambil2 tunggu hujan reda
Siap sedia tunggu ets di padang besar 4.50pm sampai kl sentral 10.30.

Seronok berjalan, lain kali nk pergi lagi ke hatyai.. insyaallah JJCM yg menyeronokkan. Terima Kasih Saniah Dalim yg melayan kerenah kami sepanjang di Hatyai dan sepanjang travel kita. Terima kasih daun keladi lain kali pg lagi.

Di Hatyai kami byk jjcm dan membeli  belah sikit mana3 yg murah.

Mcm Pes Tom Yam papero kami beli di padang besar.

2 comments:

Saya pun ke Hatyai juga, 29-30/11 lepas. Tapi tak jumpa ye heheeeee.....
 
X ada rezeki nk jumpa kan Amie, kalau tau boleh juga ngedet
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...