Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Monday, July 5, 2021

Kuih Bom, Kuih Bijan, Kuih Buah Putat

 Assalamualikum buat semua. Kuih Bommm ni sebenarnya buat 2 minggu lps lg, suka sangat kuih ni






Kuih Bijan aka Kuih Bom by https://ilhamdapur.blogspot.com
Di Cuba oleh: rosaliza

Resepi Asal : Maz ilham dapur

Bahan-bahan

  • 3-4 sb gula pasir *
  • 1/2 cawan air *
  • 1 1/2 cwn tepung pulut @ secukupnya
  • 2 sb tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • air secukupnya
  • inti kacang hijau - rebus dgn daun pandan hingga lembut dan air kering, masukkan gula secukupnya dan sedikit garam, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya atau boleh buat awal dan simpan dalam peti.
  • (Rosaliza guna inti kacang merah ready made)
  • bijan
  • minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Cara

1. Masak bahan bertanda * dgn api sederhana hingga gula larut (atau boleh guna air suam/panas saja untuk larutkan gula), sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam mangkuk masukkan air gula tadi, garam, 2 jenis tepung dan gaul sebati biar jadi doh, tambah air sikit jika perlu (kira boleh bentuk dan tak lembik).
3. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan atas tapak tangan biar nipis.
4. Letak inti secukupnya, cantumkan dan tutup biar kemas sambil dibentuk biar jadi bulat.
5. Golek dalam biji bijan, buat sampai habis.
6. Panaskan minyak masak secukupnya, goreng dengan api kecil sambil dibalik selalu.


Nota ilhamdapur : Boleh juga buat awal atau malam kuih ni, simpan dalam bekas tertutup dan letak dlm peti, bila nak goreng keluarkan biar di suhu bilik dulu biar kuih lembut baru goreng macam yang maz buat ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...