Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Monday, September 19, 2022

PEDE ATAU SAMBAL BUDU

 Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua yg singgah di Blog Embun. Peder, pertama kali dengar masa blk dari Ziarah Kubur Pahlawan Mat Kilau. Singgah di Cafe Mat Kilau, bersembang dgn org kg situ. Dia kata kg Pulau Tawar x panggil budu tp panggil peder. Peder ni sangat popular kalau ada kenduri2, mesti sekawah buat. Cik Embun biasa la bertanya mcm2, sbb nampak menarik dan sedap.

Pertama sekali tanya dia buat mcm mana dan bahan2 utama je. Dia ckp la pucuk ubi kayu, pucuk kaduk, terung manggor, daun kaduk, daun kunyit. Lps tu kunyit santan. Kat kepala dah terbayang bahan mcm untuk buat masak tempoyak daun kayu.

Blk rumah terasa nk mencuba resipi ni, google cari PEDER x jumpa pula, lps tu bila cuba Sambal Peder baru ada jumpa. Makanan tradisi org pagang di sekitar Jerantut.

Yang saya masak ni x boleh nak mengaku masakan ori pahang, saya buat ikut bahan2 yg ada  dan lagi satu saya x pernah rasa mcm mana rasa sebenar peder ni. Yg saya masak ni sedap juga, ada rasa pedas2 manja.

PEDE ATAU SAMBAL BUDU 

Resipi dan Olahan : embunrosaliza

BAHAN2

Pucuk Ubi#

Jantung pisang#

Daun kaduk di hiris nipis

Daun kunyit hiris

Terung Manggor di celur

Serai di ketuk

Sedikit bawang merah*

Sebatang Serai *

Kunyit Hidup*

Ikan bilis*

Cili padi*

Santan kotak

Asam keping 1

Garam

Secukup Rasa

Sedikit Nisan

CARA2

1. Celur bahan bertanda# kemudian di hiris nipis. Masukkan kedalam periuk

2. Hiris daun kaduk dan daun kunyit

3. Blender bahan bertanda*

4. Satu kan semua bahan dan perasa kedlm periuk. Masak hingga agak pekat.

5. Sesuaikan rasa








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...