Tuesday, October 16, 2012

SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM

Assalamualaikum buat semua dan selamat pagi selasa. Pagi ni tayangan amal sup tomyam ala kedai tomyam yg dah berjaman akk buat. Sebenarnya ekor lembu ni segar gari lembu, kisahnya, masa jamuan raya KRT tempat akk ni dapat sekor lembu, tapi ekor diaorang tak nak masak la pula, maka, my abe pun bawa balik . Akk ni sebenarnya tak pernah masak sup ekor, maka cari lah kat laman web yg paling akk suka iaitu Myresipi, dan bekenan pulak dengan resipi ini. Memng sedap, tak caya cuba lah, tak semestinya ekor, tulang rusuk pun ok masak mcm ni.


SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM
Resipi : Yatichedet@Myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 ORANG ) 

 1 kg ekor 
5 btg serai di ketuk 
2 labu bawang besar belah emapt 
6 ulas bawang putih diketuk 
10 biji cili api hijau dan merah diketuk 
3 inci halia diketuk seikat kecil daun ketumbar 
3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam) 
1 biji tomato saiz besar 
5 helai daun limau purut 
nampla (sos ikan) jika suka 

Cara-cara 
 1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut 
2. Sediakan bahan-bahan sebelum menumis. 
3. Tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
4. Masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang 
5. Didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji 
6. Sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2

Sedap makan panas2. Hurmm kalo kedai tomyam 2 ketul pun dah RM8.00.


11 comments:

Suo ekor memang sedap Rosa, tapi susah nak dapat!
 
Terliur haih tengok sup ekoq..lama tak makan..kemarin wat sup tulang..ekoq susah sket la nk dapat..
Hmm..betoi masak ke beli kat Restoren Thai ka Bangsar tuh kih3..sejibik cam kedai punya hahaha
 
assalam rosa..akak pernah nak cuba buat sup eor..pi pasar tani..katanya ekor habis..biasanya restoren dah tempah awal2.
nak cuba la rosa..mesti sedap ni..tapi nak buat sup tulang je
 
ini sup limited edition ni. bukan senang nak jumpa ekor lembu kalau tak buat korban,
 
Assalamualaikum...
sejuk2 ni mmg elok makan sup.. lagi2 sup ekor, untuk panaskan dalaman.. kan.. kat umah saya pun ada sup.. :) hehehehe
 
kak..ieja x pernah msk sup ekor..klu teringin makan kat kedai je..nak rebus lama tu yg leceh..:)
 
sedapnya sup ekor....!!! suka makan tapi tak pernah buat sndiri....
 
Ehhh...mcm best je menu akak nih..rasanya mcm ada ekor duk dlm freezer tu..mcm lupa lak selama nih.haha..sibbaik akak buat tygn amal..maka minggu depan laa kot berkira2 nak masaknya..minggu ni mcm xde masa dah nk bersup ekor..heee...boleh pakai ke alasan ni ekk..ah boleh la.. nampak sedap sup akak tu..
sy x pernah lg kak mkn sup ekor..heee
 
sedapnyerrr sup ekor! lagi2 yg ala2 kedai tomyam ada masam2 sket tu mmg terbaiklah!
akak dulu pun tak reti & tak biasa mkn sup ekor.. tp sejak cuba mkn skali kat kedai.. ehh.. sedaplah pulak.. tp wajib ekornya betul2 empuk baru best.. kalau masih keras atau liat nak mkn pun tak syok.. hee..
 
salam rosa, wah! memang terangkat tu! msk sndiri berbaloi2 kn rosa, kalo beli, ekor dibubuh seketu dua pstu dicampur daging biasa. nk bg muai..hrga smpe 15hinggit..huhu..
 
waahh sup ekor sedapnya...
kat kedai mahal..
buat sendri berbaloi baloi...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...