Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, August 1, 2013

KUIH TIRAM @ LIDAH KUCING

Hari raya tak sampai seminggu lagi menjelang tiba, kat radio pun lagu raya je yg berkumandang, menjadi semangat untk mengukis dan menjahit. Akk semua dh settle bab menjahit, tinggak mengukis je utk bawa blk kampung sejenis lagi . Untuk rumah sendiri buat lebih sikit blk kampung hanya 3 balang je setiap rumah, lagi pula dah bawa sorang sikit cukup la, banyak2 pun kami juga yg mknnya. Kalo kat sini banyak pun tak apa anak2 bawa jamuan ke sekolah, dan tamu kecil mesti ramai berkunjung buat koleksi duit raya.

Bagi yg tak ada oven boleh la buat biskut atau kuih2 gorengan seperti kuih tiram, kuih siput, kuih gunting , kuih bawang serta popia,dan mini karipap. Banyak juga lah kuih2 jenis goreng ni, kalo masa akk sekolah rendah dulu selalu buat siput dan kuih bawang je maklum la oven tak ada tu. Kuih tiram ni tak tau pulak nak buatnya heheh.

Pertama kali buat kuih tiram, yg kelakarnya memula buat dan goreng tu mcm pelik je, dan naik fedup bila goreng tu tak cantik, rupa2nya salah teknik hehehhe. Org buat lain akk pegi gelek kuk lain jadi la bentuk kuih bawang bergelang2 heheh lucu pula, rupanya gelek kut atas tak payah nak baring2 kan dia hehe. Klao nak tgk step by step boleh la ke rumah HASUE, yg berpantang sekarang ni, tahniah atas kelahiran bby boy pada 28.7.13 tahniah seklali lagi buat sue n famili .


KUIH TIRAM
Resipi : MY Resipi K shamen
Kaji selidik : Rumah Hasue
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN - BAHAN
  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

10 comments:

Salam...
Kuih tiram ni feberet waktu zaman remaja...ahaksss....oh ya tepung guna tepung biasa atau tpg pulut?
 
sedap...heheh
 
Assalam liza..akak suka kuih ni..selalu beli
 
bertambah lagi sejenis kuihnya ye Rosa... ni mak mentua rajin buat, saya tukang goreng he heheh.
 
Kuih old skool ni, tp tetap mendapat sambutan.Tak jemu makan.
Buat banyak tak?Boleh ler rasa sket hihi
 
Mak e-na selalu buat masa kecik2 dulu kuih tiram ni, dgn nama lain kami panggil kuih kapal terbang...
 
suka jugak kuih ni..tapi kami panggil kuih lidah boya
 
Salam kak rosa :) sedapnyer.. tun biasa beli je kuih goreng2 ala2 kerepek nih..
flight 6hb kak, terus ke ganu semalam.. pastu esoknya ke johor sbb thn ni raya johor.
 
sedap...dulu2 mak selalu buat..tapi skrang kalau nak makan, beli jer...
 
selamat hari raya buat liza sekeluarga :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...