Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Wednesday, September 18, 2013

NASI IMPIT KUAH KACANG KELANTAN DAN SAMBAL KELAPA

Assalam buat semua, walaupun hari raya dah berlalu, N3 ini tetap ku letak jua, suatu petang  di bulan syawal , ptg2 hari masak kuah kacang klate, rindu sangat nak mkn. Masa raya hari tu tak puas makan nasi impit kuah klate ni. Blk KL ada juga kuah kacang tapi pesen lain, dah tekak suka ngan versi klate  mesti buat yg klate punya lah, yg negeri lain akk tak pernah buat, macam2 jenis ada kuah kacang ni, akk lagi suka yg mcm ni, yg negeri lain pun mkn tapi rasanya banyak ke pedas, yg klate ni pedas n manis serta lemak2 sikit cukup sedap. Anak2 pun suka kalo mkn mesti berkuah penuh.

Kuah kacang ni akk buat masa bulan syawal lagi. Ini kali lah akk buat untuk sarapan, maklum lah open house tak habis lagi masa tu, jadi utk sarapan akk masak kat rumah lah.



NASI IMPIT KUAH KACANG KELANTAN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan


  • 6 bungkus nasi impit segera -  di rebus
  • 500 gram kacang tanah - di goreng tanpa minyak dan di blender kering
  • 3 labu bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 15 tangkai cili kering - di potong dan di rebus seketika*
  • 3 keping nisan
  • 6 sudu besar gula
  • 5 batang serai di ketuk
  • garam secukup rasa
  • 1 liter santan
  • 1/.2 cawan minyak masak



Cara2
  1. Goreng kacang tanpa minyak sehingga rapuh, sejukkan seketika. Buang kulitnya, kemudian blender kering kacang tadi.
  2. Blenderbahan bertanda ( * )  bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi dan masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak
  4. Masukkan santan, dan kacang, kacau seketika.
  5. Kemudian masukkan nisan, gula, garam, dan asam keping.
  6. Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, rasa dulu , kemudian tutup api

SAMBAL KELAPA


Bahan2

  • 1 Cawan kelapa parut - di goreng tanpa minyak hingga kekuningan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih * 
  • sedikit halia*
  • 1 batang serai di hiris halus *
  • 1 ekor ikan kembung - di rebus dan di ambil isinya, kemudian di tumbuk halus
  • Garam
  • Gula / Nisan *
  • Sedikit perasa jika suka
CARA2

  1. Tumbuk bahan bertanda (* ) hingga hancur
  2. Kelapa di goreng tanpa minyak hingga kekuningan, dgn api yg perlahan
  3. Kemudian masukkan bahan2 yg di tumbuk tadi ke dlm kuali dan di goreng hingga kering air bawang.
  4. Masukkan isi ikan , garam, dan nisan, dan perasa gaul sebati
  5. Sesuaikan rasa, siap.
P/s kalo suka sambal kelapa  yg basah2 bahan2 tumbuk tadi terus di gaul dlm kelapa yg telah di goreng  ,  

Sambal kelapa ni sedap di makan bersama kuah kacang, kalo dulu2 ada juga org buat sambal mcm ni tanpa kuah kacang, sedap juga

Lamanya nak publish n3 ni, dah siap upload gambar tetiba kosong pulak, setelah beberapa kali cuba baru keluar semua n3 ni

6 comments:

pagi2 terliur nok make sambal nyor wehh..nak sikitt..:)
 
terliur habis...
 
Memang terliur habis...tak tahan tengok kuah kacang itew...
 
anak saya no2 mmg suka sangat nasi impit kuah kacang nii..boleh mkn berulang2 lagi..
 
saya suka makan nasi impit ngan sambal nyor..fuhhhhhhh mmng sedap..!!!!
 
nasi impit kuah kacang selalu sangat makan, kalau yg sambal nyoq tu memang rare..
ry aritu tak sempat merasa huhu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...