Assalamualikum dan selamat berpuasa Hari ke 12 buat semua. Kasui ni buat 21.3.24 utk mkn² buka puasa di Surau kediaman kami. Selalu guna resipi kandakus Illahjy. TQ Kandakuss
KASUI GEDIK
Sumber Resipi FB : Kak IlahJy
Olahan dan di cuba : Rosaliza
BAHAN2
13/4 Tepung Gandum
13/4 Tepung Ubi
Secubit Garam
5 Cawan Air
1/2 Cawan Gula Pasir
11/2 Cawan Gula Merah ( kali ni guna 2 cwn gula merah, x letak gula putih )
Air Kapur
Daun Pandan
Kelapa Parut dan sedikit garam( di kukus sekejap )
CARA2
1. Masak Gula dan Gula merah bersama secawan air dan daun pandan, sejukkan
2. Tapis air gula, ayak tepung ubi dan tepung gandum.
3. Blender air gula bersama tepung dan baki 4 cawan air td.
4. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Masukkan loyang yg di sapu sedikit minyak.
5. Tuangkan adunan ke dlm loyang, kalau rajin tapis lagi sekali. Saya dah ayak tepung jadi x perlu tapis lgi.
6. Kukus hingga masak lebih kurang 25 - 30 minit. Lap2kan air atas permukaan dgn tisu dapur, kemudian terus kukus di atas api hingga permukaan kering ( kukus tanpa penutup ) faham ke idak😅
7. Sejukkan terlebih dahulu, baru lah di potong menggunakan pisau plastik.
8. Gaulkan dengan kelapa parut yg telah dikukus bersama garam.
Selamat mencuba, gerenti jadi.
# nota kaki :-
13/4 tu bermakna hampir 2 cawan, 3/4 lebih sikit dr 1/2.
Jangan pula di kurangkan bawah setengah cawan
Biasa la bab potong2 tu gula la pembaris pun mesti senget benget juga😁😁😄
3 comments:
Post a Comment