Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, October 22, 2013

MUFFIN PANDAN

Assalamualaikum buat semua,edisi muffin belum habis lagi, ptg2 kita buat tayangan amal muffin lagi,  muffin ketiga bautan akk, memang jatuh Chenta ngan muffin, sedap juga, Buat kul 5pm utk minum ptg, 5.30 dah boleh makan, sekejap je buatnya, tak susuh nak guna mixer bagai, main ngan senduk kayu je, hasilnya sangat memuaskan hati. Anak2 pun semua suka muffin, ala2 buat cekodok gitu semudah ABC je


MUFFIN PANDAN 
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan: 
200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) rosaliza guna santan serbuk + air
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya
Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.


Sedap sangat harum bau pandan tu

3 comments:

Wah..mapin lagi...pandan pulok doh...mesti harum semerbak satu umah ni time dok bako..tak sabar2 nk makan.Dapat panas/suam2 memang best
 
salam perkenalan... wah..sedap pulak tgk muffin pandan..dah lama tak buat.. anak2 suka kan makan kek kecik2 ni.. :-)

http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/
 
Wah..wh..sgt enak ni muffin pndan..sya pnh buat aritu..bleh dia tak merekah kat atas..nk cba resipi ni plak :D
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...