Friday, February 7, 2014

KEK RUSSIAN BLACK AND WHITE

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, malas betul nak menaip N3 sejak akhir2 ni, banyak lagi gambar2 yg telah di tranfer , ada resepi baru n lamaa. Punya la malas, Akhir2 ini mood masak2 pun kurang sejak 2 org anak dok asrama, dan yg sulung pula kerja sementara menunggu SPMnya. Yang ada kat rumah tak berapa suka mkn.

Okey lah cerita pasal kek russian black n white ni, akk buat masa besday Aqil 20.1.2014 lagi, best semua anak2 suka kek ni yg ada rasa cheese dan tak muak, senang pulak membuatnya


RESEPI RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE

Rujukan : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)
Sumber : LiNa Pg
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
Ayak bahan yang bertanda *.
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
Sejukkan.

NOTA : Rosaliza guna resepi kek coklat Linapg. Lain kali nak guna resepi asal kek ni

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)  rosaliza guna non dairy yg tu ada stock kat umah
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos (LiNa Pg xletak)
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE rosaliza guna separuh dari resipi ni
500g creamcheese  rosaliza guna  250grm
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)LiNa Pg xletak-anak xsuka coffee rosaliza x letak juga

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
REFER KE BLOG HANA UNTUK KAEDAH MELAPIS)
Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.


Sedap n nyaman kek ni . Akk buat 20.1.14 tahan himgga 30.1.14, sebab kek ni akk simpan sepotong utk Eqa masa dia cuti raya cina hari tu, elok je. Simpan dlm esbox la buka letak atas meja mcm tu aje










11 comments:

macam best je. nak cuba lah nanti.
http://nurulzayani.blogspot.com/
 
peminat kek dtg jenguk..fuyooo!!..terliur dah SB..
 
salam..

teringin juga nak try buat kek ni..nampak sedap tu..
 
salam sis....
kalau nak order leh hantar tak..? maaf tanya kat sini
 
nyum2..layan mata je la kt sini..nasib baik smpat la merasa sepotong yg kak na buat hari tu..kena try akak punya la pulak..hehe
 
baru sempat datang kak..asyik duk berebut ngan anak je..kalau sempat nk buat,,bahan dah ada,,tp mood je blm datanng huhu
 
Rindu pulak nak mamam kek russian black n white...kalau la bole pos...kan elok....hehehe
 
Mewah dengan rasa coklat...masih teringat2 lagi kesedapn kek RBW ni
 
Lamanya tak buat kek, mcm nk kena buat je...
Mesti sedap ni..
 
Slm kenal...

Sedapnya...boleh la try nanti..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
 
Assalamualaikum & salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee.

Nice recipe. Boleh try ni..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...