Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 23, 2014

YONG TAU FU

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua sahabat alam maya dan alam nyata. Lama sudah tiada N3 makan2 kat bloh kesayanganku ini. Terima kasih di ucapkan pada yang sudi menjenguk blog ini, mencari resipi, walaupun tiada N3 baru di hidangkan namun masih ada juga yg sudi berkunjung, walaupun tak sehebat blog popular yg lain.

Yong Tau Fu ni sebenarnya dah lama buat , tak tahu berapa kali dah buat. Dulu teragak2 juga, nak buat rasa mcm rumit. Sebenarnya tidak lah serumit mana pun nak menyediakan kuah yong tau fu ini. Terima kasih pada Tun Telani yg meyebarkan virus ini pada akk.

Anak2 pun suka makan, dulu selalu je beli kat pasar malam, mahal ya ampun, sebab anak2 bukannya suka mkn yg jenis berasaskan tauhu pun.

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang ) 



  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng - rosaliza x letak
  • gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun tak
    letak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak - rosaliza guna kiub ayam
  • 1 sk sos tiram - tun tambah 
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara 
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
  • Cara rosaliza - goreng cili kering kemudian blender dan masak bersama bahan2 lain. Sebelum masukkan tepung jagung tapis dulu cili, kemudia baru masukkan tepung jagung
untuk sup, rosaliza ketuk bawang putih dan halia, letak 1 kiub ayam, masak hingga air mendidih, kemudian celur bahan2nya.

p/s pening kepala nak edit gambar, tak pandai guna picasa, selalu guna photoscape je. Tak apa lah janji ada N3 dan gambar sendiri masak sendiri

Wednesday, September 17, 2014

KEMBALI BERSIARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 alam maya. N3 terakhir bulan 2.  Setelah 7 bulan tak bersiaran kini ku kembali lagi di alam maya. Mohon maaf banyak2 kerana tidak dapat mengunjungi rakan maya sekelian , rindu sangat2 nak BW, tapi apa kan daya pc teramat lembab.

Kini ku kembali lagi, selama ni tgk dgn hp je mencari resipi dan on9. Insyallah akan aktif seperti dulu paling tidak ada juga n3 dlm sebulan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...