Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Sunday, June 5, 2016

Resepi Yong Tau Fu Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman alam maya, lama sudah berhabuk bersawang blog kesayngan embunrosaliza ini. Hari ni baru kuat semangat untuk mengupdate resepi2 kat sini. Entry pertama utk tahun 2016

Esok 6.6.2016 umat islam akan menyambut bulan ramadan yg mulia, terlebih dahulu saya nk mengucapkan selamat berpuasa dan mohon maaf andai ada salah dan silap.

Jom semak resepi yong taufu senang dan sedap ini



masalah teknikal x boleh upload gambar terkini


YONG TAU FU

Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang ) 



  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng - rosaliza x letak
  • gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun tak
    letak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak - rosaliza guna kiub ayam
  • 1 sk sos tiram - tun tambah 
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara 

  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
  • Cara rosaliza - goreng cili kering kemudian blender dan masak bersama bahan2 lain. Sebelum masukkan tepung jagung tapis dulu cili, kemudia baru masukkan tepung jagung
untuk sup, rosaliza ketuk bawang putih dan halia, letak 1 kiub ayam, masak hingga air mendidih, kemudian celur bahan2nya.

3 comments:

Assalam kak rosa,
Bulan posa menu ni sangat larisssss...budak2 kat pv ni pun suka makan...tp kalau yg ni mama depa pi tunjuk jer kih3
 
Yong tau fu, memang makanan kegemaran kalau ke pasar malam. Boleh cuba buat sendiri ni, tengok macam mudah je 😊 terima kasih share resipi!
 
Yong tau fu, memang makanan kegemaran kalau ke pasar malam. Boleh cuba buat sendiri ni, tengok macam mudah je 😊 terima kasih share resipi!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...