Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 26, 2019

Gulai Telur Kelantan

Assalamualikum dan selamat petang buat semua pengunjung blog embun... masih ada ke tidak lagi yg sudi kunjung hehe.

Menu gulai telur ayam atau itik ini punyai sedikit kelainan bila guna rempah ketumbar kedlm gulai.. rasa mcm ala2 gulai darat ayam cuma tidak di tambah kerisik sahaja.

GULAI TELOR AYAM/ITIK
Sumber : rosaliza
BAHAN2
5biji telor Ayam / itik
1 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup*
Sedikit lengkuas*
Sedikit cili giling
Sehiris halia*
1 sudu teh serbuk ketumbar/ rempah
1 keping asam
3 cawan santan 
Garam dan secukup rasa
Sedikit nise

Cara2 membuatnya
1. Blend bahan bertanda *
2. Di dalam periuk masukkan bahan2 blend dan semua bahan2 di atas KECUALI TELOR.
3. Masak santan hingga mendidih,  mesti di kacau selalu utk mengelakan santan berketul
4. Apa bila kuah mendidih masukkan telor satu persatu.
5. Kecilkan api, biarkan telor mengeras ( jgn terlebih kacau nnt telor hancur dan x cantik )
6. Tutup api.. siap.


Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...