Salam buat semua....akk baru je siap buatkan tat nona. Resepi ni akk ambil dari teman sebilik akk di masa bujang2 dulu...memang setiap tahun biskut ini akk buat..walaupun susah nak gunting tapi biskut ni wajib akk buat tiap2 tahun. Buat room mate akk yang entah dimana berada sekarang akk harap dia sihat2 lah selalu, last akk jumpa dia tahun 1998 masa tu dia tinggal di Menara Sri Pulai Keramat..iaitu perumahan Navy...lepas tu dia pindah ke Lumut..akk pun hilang jejak dia, Buat Kak Ani atau Noraini Ibrahim yang berasal dari Felda Sungai Kelah, sungkai...Idda harap bahagia selalu di samping famili tersayang..resepi ni akan ku abadikan untuk rujukan masa hadapan...dan terima kasih...segala kenagan manis tetap terpahat di sanubari ini.
Panjang intro kali. Akk serta kan resepinya dekat sini...buat Adry tahun ni kalo nak makan tat nona ni kena suruh mahsuri buatkan ya......sian tak dapat balik kampung tahun ini. Dan buat Lina boleh lah merasa..sibbaik dah abis pantang......
Bukan untuk dijual heheh..bekas tahun lepas je..saje tak buang harga heheheh
Beginilah rupa tat nona..kalo gunting dengan cermat lagi cantik..tapi akk cincai2 je gunting..tak larat juga..akk buat 3 adunan....
TAT NONA
1 cawan tepung kastard
1 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
Esen vanilla
1 biji telur
11/2 @ 2 cawan tepung gandum
Kuning telur sebagai hiasan
Jem nenas secukupnya
Cara - cara
1. Ayak tepung kastard bersama tepung gandum.
2. Pukul butter bersama gula hingga gebu, kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung...uli hingga menjadi doh...sekiranya doh lembik tambahlan tepung gandum.
4. Ambil sedikit doh..isikan jem nenas kemudian bentukkan bujur sedikit...lepas tu gunting mengitu kretiviti masing2.....
5. Sapukan kuning telur..dan bakar sehingga masak
Selamat berpuasa buat semua.....dah penat ni...petang ni tak tau nak masak apa lagi....
Saturday, September 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Dh siap buat tart nona ye. Byk tu stok utk raya thn ni. Blh la htr mai sini sebotol..hehe..
Nti nk bg resepi ni kat mahsuri.
Post a Comment