Selamat petang semua, butir nangka ni akk buat ptgs semlm, atas permintaan Eqa, ke 6- 6 anak akk suka mkn butir nangka ni. Butir nangka ni tak ada kena mengena dengan biji nangka ya, ianya sejenis kuih popular di kelantan. Rasanya lemak2 manis, lebih kurang dengan sagupal kuahnya.
BUTIR NANGKA
tepung pulut
air + 1 sudu besar air kapur + warna hijau
~ masukkan air sedikit2 kedalam tepung pulut dan uli hingga menjadi doh ( sama untuk buat buah melaka ). Masak air dalam periuk, apa bila air mendidih ,gentel kan bulat dan sedikit membujur masukkan terus kedalam air mendidih, apabila timbul terus diangkat dan masukkan kedalam air ( isi air sejuk ( air paip je )dalam bekas, tujuan agar biji nangka tidak melekat antara satu sama lain )
KUAH
4 cawan santan
1/2 cawan gula- atau secukup rasa
1 sudu besar halba
3 helai daun pandan
garam secukup rasa
~ Didihkan semua bahan2 diatas hingga mendidih, kemudian tapiskan butir nangka tadi dan terus masukkan kedalam kuah yang telah mendidih tadi...kacau seketika dan boleh lah diangkat.
Selamat minum petang buat semua
Tuesday, May 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
kalau bulan puasa..ada satu gerai yang jula butir nangka ni.dia buat berwarna warni..sedap..
Post a Comment