Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 15, 2012

LAKSA SARAWAK

Selamat petang dah nak masuk ke senja dh ni. Petang ni gerimis di luar sana. Hurmmmm mengeluh panjang pulak, bukan apa kat rumah ni kadang2 laju sangat line internet, tapi hari ni punyalah kuye2 sampai naik fedup nak mengN3. Kalo sebelum ni selalu dengar HASUE je yg marah2 geram  kat BERUK tak berekor dia, tapi nampaknya beruk Hasue dah maju. Emmm byk pilihan lagi kalo nak yg laju.  ...Kelembapan internet juga menyebabkan kurangnya N3 dan BW, la ni banyak on n off FB je, laju pulak kalo dengan FB tu.


Ok menu istimewa dari orang istimewa yang memberi perencah istimewa haji manan ni. Anak2 suka dengan laksa sarawak ini, terutama Eqa, dia boleh ulang2 dua tiga kali makan, sedap. Dapat lagi akk n famili merasa lagi laksa sarawak ni. Macam Hasue kata laksa ni cukup senang untuk memasaknya, tapi bahan2 asas mesti adalah, terutama PERENCAH LAKSA tu, kalo tak, memang tak jadilah. Boleh tengok SINI laksa sarawak akk


Kalo panjang umur dan sampai ke negeri Sarawak, menu yang mesti akk nak cuba laksa sarawak ni. Kalo yang beli mesti set lengkap dengan cendawan hitam tu... nyummm sedapnya.




RESIPI LAKSA SARAWAK


By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
 
Bahan2 laksa(tidak terhad):

  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap) - embun goreng juga
  • Tauhu goreng - tak letak
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika) 
  • Cendawan hitam(celur) - x ada
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya - embun  tambah 1 kiub ayam
Cara menyediakan kuah laksa:

  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.

terima kasih buat DIA yang mengirim pes laksa sarawak ini, semoga rezekinya berlipat ganda lagi. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Terima kasih teman


p/s laksa ni sempat di rasai oleh Ayunalisa n famili , kalo tak silap akk 31.3.2012 akk buatnya

16 comments:

Salam Rosaliza...
hmm baru blk dari dapur Amie ada jgk laksa.. tapi laksa kelantan tuptup dtg sini ada laksa sarawak plak..rezeki2 hehehe jamu mata lah kite :P
 
salam kak rosa.. tun dh lama pulak x makan laksa sarawak nih. pes laksa ada je duk dlm peti tu, jgn berkulat sudah. hehe.. setakat ni, yg beli kt kedai mesti dpt yg x sedap kak.. sgt kecik ati bila byr mahal2, tp rasa ntah apa2. buat sendiri lg sedap.
 
Assalamualaikum Rosa,
ha ha hahh.... sampai sini dah menunggu laksa sarawak rupanya! Ini Amie bawakan laksa kelantan dalam mangkuk tingkat, nasi isi balik dengan laksa sarawak ye Rosa... bestnya... orang sana buat laksa sarawak, orang sini buat laksa kelantan...bertukar mangkuk tingkat kita di tengah Laut China Selatan ye Rosa...
 
ohhhh...laksa sarawak ni guna bihun ya kak????..saya tak pernah makan laksa sarawak........
 
Assalam kak,laksa sarawak sy pernh sekali msk,pes da lagi 2pek yg hj manan tuh,tapi malas toi nk wat,huhu..Nnti nak g sarawak nak juga rasa laksa srwk yg betoi2 ori,hrp2 sedaplah,jgn cam tun kata bayar mahal,tapi xsdp kan..Amani pe khbr kak..Syifa dah nk dpt adik nih..
 
salam kak rosa, nnt kite pi jalan2 kat srwk la pulak..soh sue belanja laksa srwk hehehe..
sedap tu..
 
assalam rosa..akak pun pernah guna pes haji mana tu..masa anymz bagi..memang sedap
 
kak jom tuko ngan mee rebus ,heheh saya ada perencah tak berkesempatan nak buat lagi
 
sedapnya! nani pernah makan sekali je..nak kene pesan dgn org s'wak la pes laksa ni..
 
assalam.. dok tggu n3 ni..yg dh slmt msk dlm peyut kmi sume..thanx ya kak rosa... besh.. n nnt kna try wt gk la.. wt kt kg lh..rmai ckt leh try tu...
 
Pernah try makan sekali jer, masa gi sarawak tahun lepas..sedp jugak..
 
Semalam dah masuk tengok laksa kak..tp x dapat berkomen2 sebab tenet lemau..baru akak puji dia dah lemau balik.hahaha..
marilah kak lina..skali dtg ngan kak liza gi srwk..
kat mukah ni ada satu restoran je yg betul2 sedap laksa srwk nyer.. tapi sekali aritu laksa(bihun) dier tu mcm x cukup lembut lak..isk..baik kite buat sama2 kat umah jelah..hihi
 
Nida baru sekali makan laksa ni.. rasanya memang sedap.. tp rasanya kalau Kak Liza masak mesti lagi superb sedap..:)
 
Lama tak singgah kat sini,tetiba ternampak laksa sarawak yang mengancam...adeii sedapnya kuahnya tu kan..
 
Salam kenal.. My favourite laksa sarawak ni... sedapp tu... lama tak makan laksa sarawak..
 
ala. kalau dapat tumpang semangkuk ni best gak ni.. ada gak paste laksa ni tapi belum berkesempatan nak buat lagi. hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...