Monday, August 1, 2011

LAKSA SARAWAK - PES HAJI MANAN

Assalamualikum buat semua, dapat lagi merasa keenakkan laksa sarawak untuk tahun ini. Masa dapat suprise hari tu ada juga 2 bungkus pes laksa sarawak ni. Pertama kali akk mencuba laksa sarawak , rasanya lain sangat dengan menggunakan pes haji manan ni. Kalo yg dulu tu terasa herbanya kuat sangat. Tapi boleh diterima tekak akk lagi. Tapi kali ini, memang teramatttt sedap sangat, hinggakan anak akk si bby adda bertambah2 makan sedap sangat la mama masak meehoon ni, macam mana mama buat, panjang lebar lah nak cerita kat dia. Terima kasih Hasue penyumbang resipi laksa sarawak ni, akk suka sangat kopi n paste resipi rumah dia. Terima kasih banyak2 ya Sue. 




Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2 laksa(tidak terhad):

  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap) - akk celur kejap pastu lumur garam kunyit n goreng
  • Tauhu goreng - tak letak
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika) - tak ada
  • Cendawan hitam(celur) - x ada
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya - akk tambah 1 kiub ayam
  • akk tambah sotong
Cara menyediakan kuah laksa:

  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
ini je bahan2 sampingan yang akk ada, tapi rasa laksa memang sedap sungguh
kuah kali ini cerah sikit, masih terasa keenakannya
inilah pes haji manan tu, akk ingat nak bawa blk kampung, bagi famili akk rasa pulak.


1 bungkus pes ni akk buat boleh mkn untuk lunch dan dinner. Terima kasih buat pengirim yang baik hati tu, semoga rezekinya bertambah2......cayang dia....


Hari ini pertama ramadhan, baby Adda 6 tahun berusha mempertahankan puasanya lagi, masa 5 tahun dapat 5 hari je puasa penuh


Dan hari ini juga 1.8.2011 merupakan hari ulang tahun bonda tersayang akk, Rubiah bt Deraman, semoga Allah sentiasa memelihara kesihatannya, dan dilindungi Allah dunia dan akhirat. Sayang Ma

14 comments:

as salam kak rosa,
Ni ape cite dok tyg laksa tghari2 bln posa ni?? Nsib baik akk buh udang..tak la terliur sgt..hehe..
 
Adry @ Daun..Assalam nak nagbiskan pic belum posa ni heheh. Laksa tu akk buat hari jumaat lepas.. rugilah tak dapat la nak merasa laksa ni, sian org alegik udang heheh..tapi sedap wooo
 
Assalam Kak,selamat menyambut ramadhan almubarak buat akak sekeluarga ,sedap nampak laksa tu,saya nak buat tapi along tak suka mihun
 
Assalam rosaliza..terima kasih kongsi resepi laksa ni..tak de la akak susah2 nak cari..he he
akak ada sebungkus pes tu..nan cuba la nantin
selamat hari lahir buat ibunda rosa.semoga panjang umjur..murah rzeki dah bahagia disamping keluarga tercinta.
 
Assalamualaikum Kak Rosa,

resepi mee/mee hoon memang sesuai sangatlah buat menu berbuka...nak pula yang berkuah2 begini.

Selamat menjalani ibadah puasa buat Kak Rosa sekeluarga.
 
assalam kak liza


Nasib baik singgah memalam. kalau time siang mau terliur tengok laksa serawak tu ... ha33
 
Salam ramadhan sis...e-na lum pernah try laksa sarawak..camna gak nya rasa dia ye..Selamat ulangtahun kelahiran bonda akak..semoga sihat selalu..
 
Sedap yer kak? kalo banglong n kakak pun layan gak laksa sarawak ni..kakak selalu buh kuah byk2 pastu x abis.hehe..

kalau yg tak suka beehoon tu boleh jer ganti dgn mee kuning atau spagethi ker..ikut selera masing2 jer..sebab yg istimewa laksa sarawak ni bukan kat bihun tu.hehe..

Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda akak yg tercinta..semoga beliau sihat sepanjang hayat n dipermudahkan urusan dunia akhirat..aminn
 
assalam..sedapnya laksa s'wak,pestaim mkn laksa s'wak kat Laksa Shack Qsbay, xberapa bleh layan.Kiriman org s'wak yg baik ati ni nmpk sedap.Jgn lupa simpan wat blik kg ya..pakat2 rasa sorang sket heheh
 
Assalam Dik Rosaliza..rasanya adik kot....walaupun bilangan cahaya mata adik lebih dari Akak....namun terima kasih banyak ya sebab sudi menjenguk hasil buatan dari resepi Adik tu...Akak minta halal ya Dik ilmu tu....hanya Allah jerlah yang dapat membalasnya .....mohon izin juga Akak add link adik ya!Salam perkenalan dari Akak Watie dari penang ya!TQ so much!
 
Salam Ramadhan buat K Rosa sekeluarga..
Nampak sedappp jer laksa Sarawak tu.. nurul x pernah lagi makan.. :)
 
Assalamualaikum Kak Rosa, nampak mengancam laksa sarawak ni, tengok bhn2 sampingannya tuu mmg terliur dah ni..kalau akak jd ejen belah2 sini mesti laku sgt ni..

Salam Ramadhan buat Kak Rosaliza sekeluarga & selamat berpuasa.. :)
 
Assallamualaikum kak Rosa..
Kak Salam Ramadhan ye.. Ampun dan maaf dipinda andai ada salah dan silap naz ye.
Kak, Naz kan ada paste ni pemberian dari seseorang.. Tapi Naz simpan jer dlm peti ais sbb sayang nak guna dan cadang nak guna bila balik kg.. Boleh bagi mak dan ayah rasa..boleh ker gitu.. Tapi tgk laksa akak ni cam dah tak tertahan nak buat ..huhuhu..
 
Berita baik untuk peminat Laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia.
Saya adalah pembekal pes Laksa Sarawak Hj Manan dan kini berada di semenanjung malaysia. Sekiranya anda berminta untuk membeli pes tersebut, sila hubungi saya 019-8299460 atau email ke iskandarudin@yahoo.com. Order juga boleh dibuat secara online melalui page FB Laksa Sarawak Haji Manan.

Iskandar 019-8299460.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...