Kek kastard pandan ni akk buat makan2 masa besday Amani lagi 6.10.12. Sedap makan sejuk2
KEK KASTARD PANDAN
KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
- 1 biji kek span pandan / kek span keladi
- bahan (A)
- gula kastor -180gram
- air daun pandan - 500ML
- serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
- bahan (B)
- santan pekat - 400ML
- tepong hoen kwee hijau - 85gram
- pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
- secubit garam
- UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering
Cara-cara
- kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
- untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
- satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
- kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
- sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
- letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
- letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
- hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
- keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..
KEK SPAN PANDAN - SWEET 4EVER MY RESIPI
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
- tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau [x]
Cara-cara
- satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
- tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- 150 - 180darjah celcius
- bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
- kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
Kali ini ok lak muka dia mulus sikit dan ada sikit lesung batu heehe. Kalo nak tgk kek yg dulu mcm muka bulan boleh klik SINI
Sedap kek ni makan sejuk2, nyaman je kastard tu.
Terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran, 2 minggu lagi
21 comments:
petang2 ni kalau pekena kek ni.. plus air susu suam.. best ni.. alahaiii.. tergugat mak labu ni..
singgah ptg isnin...
leh copy tak resepi tu..?
nak mintak izin dulu ni...
Assalam tirana..boleh je di persilakan ya
Oooo..akak pun buat kek kastad jugak ye tp perisa pandan. Naz pun ada resepi dari sweet4ever ni tp tak pernah cuba lagi.. Nanti nak try jugak lah..
Post a Comment