Assalamualaikum buat semua dan selamat pagi selasa. Pagi ni tayangan amal sup tomyam ala kedai tomyam yg dah berjaman akk buat. Sebenarnya ekor lembu ni segar gari lembu, kisahnya, masa jamuan raya KRT tempat akk ni dapat sekor lembu, tapi ekor diaorang tak nak masak la pula, maka, my abe pun bawa balik . Akk ni sebenarnya tak pernah masak sup ekor, maka cari lah kat laman web yg paling akk suka iaitu Myresipi, dan bekenan pulak dengan resipi ini. Memng sedap, tak caya cuba lah, tak semestinya ekor, tulang rusuk pun ok masak mcm ni.
SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM
Resipi : Yatichedet@Myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5 ORANG )
1 kg ekor
5 btg serai di ketuk
2 labu bawang besar belah emapt
6 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili api hijau dan merah diketuk
3 inci halia diketuk
seikat kecil daun ketumbar
3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)
1 biji tomato saiz besar
5 helai daun limau purut
nampla (sos ikan) jika suka
Cara-cara
1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut
2. Sediakan bahan-bahan sebelum menumis.
3. Tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
4. Masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang
5. Didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
6. Sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2
Sedap makan panas2. Hurmm kalo kedai tomyam 2 ketul pun dah RM8.00.
Tuesday, October 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Hmm..betoi masak ke beli kat Restoren Thai ka Bangsar tuh kih3..sejibik cam kedai punya hahaha
nak cuba la rosa..mesti sedap ni..tapi nak buat sup tulang je
sejuk2 ni mmg elok makan sup.. lagi2 sup ekor, untuk panaskan dalaman.. kan.. kat umah saya pun ada sup.. :) hehehehe
sy x pernah lg kak mkn sup ekor..heee
akak dulu pun tak reti & tak biasa mkn sup ekor.. tp sejak cuba mkn skali kat kedai.. ehh.. sedaplah pulak.. tp wajib ekornya betul2 empuk baru best.. kalau masih keras atau liat nak mkn pun tak syok.. hee..
kat kedai mahal..
buat sendri berbaloi baloi...
Post a Comment