Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 4, 2013

KARI AYAM PAKISTAN

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, sejuk dingin sampai ke tulang rasanya sekarang ni, setiap hari hujan. Jemur kain pun dlm rumah je. Kepada yg mengalami banjir yg teruk harap bersabar lah ya, semoga air cepat surut dan hujan pun cepat reda, akk turut bersimpati atas kejadian ini. 

Ok berbalik pada N3 hari ni, semalam ada buka blog Linapg, kebetulan masa tu akk dah keluarkan ayam dari peti ais, bila di tenung2kan resepinya simple je cara buatan kari ayam pakistan ni. Sebelum ni tak ada pulak tgk bahan2 utk ayam pakistan ni, rupa2nya simple sangat bahan2nya. mula2 tu ingatkan ada guna rempah kari dari pakistan nuuuu. Bila baca bahan2 di blog Linapg baru perasan heheh, tq lina panjangkan resipi ni



RESEPI KARI DAGING PAKISTAN / KARI AYAM PAKISTAN
Original : Maria Hakim
Rujukan : kak Amie dan ct
Sumber : LiNa Pg
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 bahagian (LiNa Pg gn 1/2kg daging pejal)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gantikan dengan rempah beriani)-rosaliza tambah rempah sup
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan daging.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan daging empuk.

Sedap kari ayam pakistan ni, pastoi ada siaran ulangan nnt, 

7 comments:

cuaca sejuk ni..tengok makanan lapo ajer...nnpk sedap...
 
Sedap kari pakistan ni...bawang banyak buatkan kari ni manis dan sedap...cicah oti pun sodap hihi
 
salam kenal. singgah sini terus follow. jom follow dan join kite jugak. maceh...
 
Salam kak rosa.. aritu tun buat, tp 'berjaya' hanguskan satu kuali.. blom sempat nk try lg sekali :)
 
salam kak rosa..wah sampai pakistan pulak yer hehehhe...follow yer...
 
Kesian mangsa banjir... kena redha sajalah dengan musibah ini, apa pun boleh bersiap sedia dari awal sebab banjir ni tiap tahun berlaku.
Sedapkan ayam kari pakistan tu Rosa... tak muak.
 
Sedapppnya Kak.. boleh cuba resepi ni nti..:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...