Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 6, 2018

Kerabu Nangka Senang

Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Bersiaran kembali selepas berehat panjang. Berehat sokmo blog ni. Menu panas2 lagi ni buat utk lunch hari ni. Dah lama teringin nk buat dan mkn kerabu nangka. Elok2 pula ada nangka kat pokok sedang membesar tp x sampai tangan utk membalut. Dgn itu hayat pun x panjang ada hitam2. Sebelum membusuk atau memburuk kita ambil la celur2 dulu lps tu simpan peti air. Hari tu dh masak lemak cili padi, boleh tahan juga rasanya.

Memandangkan ikan yg sesuai utk buat kerabu x ada dlm esbox, maka saya ganti guna ikan sardin dlm tin 3 ketul kecil. Ingatkan hanyir ke apa, rupanya sedap juga mcm ikan segar biasa juga

Jomm semak resepi kut ada yg teringin nk mkn kerabu nangka. Semua kalo kerabu kelantan style ni guna isi ikan ya





Kerabu Nangka
Resipi : embunrosaliza.blogspot.my

Bahan2
Nangka muda di rebus empuk
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Lada hitam serbuk
3 ekor ikan sardin dlm tin*
1 cawan kelapa parut di goreng tanpa myk
1 cawan santan
Garam
Gula
Secukup rasa
Air limau kasturi

Cara2
Blender kering atau tumbuk bahan bertanda (*)
Kelapa digoreng hingga kuning, kemudian masukkan bahan yg di blend atau tumbuk  tadi.
Gaul2 biar mesra dan agak kering air bawang.
Masukkan garam gula dan secukup rasa.
Panaskan santan td, kemudian gaul mesra nangka, santan dan kelapa td.
Sesuaikan rasa
Boleh di tambah perahan air limau kasturi
Siappp




2 comments:

Sedapnya kerabu nangka..
Ai la ni sejak jd remaja purba ni nako² ni marah siket..makan seulas pun angin..Kalu hok muda ni xtau la kot² ok
 
Ai ok je mkn nangka ke buah nangka pun ok la setakat ni. Terliur nk mkn kerabu la ni buat kerabu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...