Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 9, 2026

Coklat Chip Sedap

Assalamualikum dan Selamat berpuasa Hari ke 19 buat semua. Biasa hari ke 10 puasa dh mula buat biskut raya. Tahun ni lambat sikit baru mula buat. Alhamdulillah dari x buat langsung buat juga la sikit² utk kudap² pgi raya. Buat 2 adunan terus.



 

BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Resipi Asal : Rozmaliza

Di cuba : Syaza Liza 

Bahan² A


250 gm butter 

1 1/4 cawan sugar perang

1 sdk esen vanila

1 biji telur

1. Semua bahan² A ini hanya perlu dikacau sebati/rata saja.

Bahan² B

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

1sudu kecil Garam ( rosaliza tambah )

6 sdb minyak masak/ minyak jagung 

1 Cawan kekacang kuaci ( rosaliza tambah )

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


2. Bila bahan² A dah sebati/rata masukkan pula bahan² B dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


3. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.


4. Keluarkan adunan dan sudukan atas loyang pembakar. Adunannya memang lembik sikit.


5. Jarakkan adunan semasa membakar sebab biskut akan mengembang.


6. Bakar selama 20 minit suhu 150ç api atas bawah. Selamat mencuba gerenti puas hati 🍪

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...