Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 20, 2021

Puding Roti Karamel

 Lama betul dan mcm susah pula nk buat n3 baru, kenapa jadi lain pula tempat new post ni, nk taip guna hp pun susah banget.

Puding ni sesuai guna loyang size 6 inci sahaja


PUDING ROTI KARAMEL

RESEPI : ROSALIZA @ Syaza Liza

Bahan2

1. 4 keping roti gardenia

2. 3/4 Cawan Arcopa Susu Pekat Manis

3. 2 Cawan Arcopal Air Suam

4. 1 Sudu Teh Esen Vanilla

5. 3 Biji Telor Gred AA 

6. 3 Sudu Besar Gula, jadikan gula hangus

CARA2

1. Buat gula hangus terlebih dahulu. Caranya, buka api paling kecil, tabur2kan 3 sudu gula, biar sampai perang cantik, jangan sampai hangus pula. Kacau manja2 dgn sudu. Bila siap angkat dan ketepikan.

2. Panaskan periuk kukus. Letak air ya

3. Carik2kan roti masukkan kedlm blender, masukkan Susu pekat manis, air Suam dan esen vanilla. Blender sehingga hancur.

4. Masukkan 3 biji telor dan blend sekejap.

5. Masukkan bahan2 blender td ke dlm loyang yg berisi karamel td.

6. Bila air mendidih kukus la puding sehingga 30 minit. 

7. Apabila masak, lap2kan permukaan puding dgn tisu.

8. Sejukkan sekejap, kemudian simpan dlm peti ais.

9. Apa bila hendak terbalikkan puding pastikan di sisip tepi2 puding dgn pisau plastik atau apa2 yg sesuai.

10. Terbalikkan kedlm pinggan atau bekas yg sesuai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...