Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 13, 2021

TALAM TOKYO MUDAH

 Assalamualikum dan selamat berpuasa buat semua umat islam. Hari ini merupakan Puasa hari pertama kita di Malaysia. Pagi3 hari lg dah siap satu menu pencuci mulut yg sangat senang iaitu Puding roti. 

Memandangkan hari ini kami berkumpul tp x cukup sorang dak Eqa,  masak kuih lebih sikit boleh juga di sedekahkan pd jiran2 sikit2 sorang

Talam yg ini dah lama lama buat tp x masuk kat N3. Jadi hari ini baru nk simpan reseipi. Sekejap lagi kita buat kaler hijau pula. Tq Linapg atas perkongsian resipi.
Ai cnp dr teratak mutiara kasih. Kalau nk tgk YT pun ada di sertakan

RESEPI KUIH TALAM TOKYO MUDAH DAN SEDAP

By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Lapisan bawah
1 cawan sagu mutiara 
1 cawan kelapa parut 
1 ikat suun (25g) 
2 cawan santan 
Sedikit garam

lapisan atas 
2 cawan santan 
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung kastad 
3/4 cawan gula 
4 biji telur 
1 cawan air 
sedikit garam 
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara
  1. Rendam sagu dalam air selama 20min.(nota rosaliza: lain kali x perlu rendam, sbb lapisan bawah jdu terlembek, cukup alirkan bawah air paip je )Kemudian toskan.Asingkan sedikit sagu dan letakkan pewarna.Ini option jer.
  2. Rendam dalam air selama 20min.Kemudian toskan dan gunting2 supaya pendek.
  3. Satukan santan dan garam dalam bekas.Kacau sebentar supaya garam larut.
  4. Dalam mangkuk yang besar, satukan sagu, suhun, kelapa parut dan curahkan santan cair.Kacau supaya rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan plastik.Kukus selama 20-25min (hingga masak)
  6. Sementara tunggu sagu masak, jom buat bahagian atas.
  7. Satukan semua bahan ke dalam blender, kemudian kisar.Boleh juga kalau nak kacau guna tangan.
  8. kemudian tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.Ketepikan sebentar.
  9. Apabila sagu telah masak, tekan padat sagu dan cakar2 permukaan supaya lapisan atas dapat melekat dengan kemas.
  10. Kemudian tuang lapisan kastad tadi ke atas sagu.Tutup dengan aluminium untuk elakkan air menitik.
  11. Kukus semula selama 45min (atau hingga masak)
  12. Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.
  13. Selamat Mencuba.Untuk video tutorila, sila klik paparan di bawah.

1 comments:

Assalamualaikum kanda...
Wah talam tokyo dah jadi peberet ni...banyak kali dah buat hehe..Sedap dan unik siket rasanya lain dari serimuka.Seronok bila berkumpul ramai-ramai masa berbuka.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...