Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 14, 2022

JALAN2 PATTANI, NARATHIWAT, SONGKHLA DAN HATYAI

 Assalamulaikum dan selamat pagi buat semua. Pada 5.10.2022 - 9.10.2022 kami telah ke Selatan Thailand dgn menaiki Bas. Pukul 10.30 bergerak dari menara DBKL, pukul 5.00am (6.10.22) sampai di Kuala Nerang,. Solat dan Sarapan pagi food court setesen Bas kuala Nerang. Kami meneruskan perjalan ke Durian Burung dan Masuk Border melalui Bangkrapkop. Masa ni x ramai org, hanya rombongan kami sahaja, waktu malaysia dlm pukul 9 kalau x silap. Alhamdulillah, Allah permudahkN segala urusan di Imigresen Malaysia dan juga Thailand. Pemandu pelancong kami sudah sedia menunggu di sini.

Mcm biasa sebelum berlepas, tukar duit siap2 senang nanti kat sana. Saya tukar duit di Mid Valley, harga masa ni Rm 996.00 dapat duit Thai Bath 8100. 

Ok sambung cerita bila lepas border. Perjalanan agak jauh juga dr Bankprakob ke Pattani lebih kurang sejam lebih. Di sini banyak road block, tapi dia org lepas je kami lalu, x ada pula naik cek atas bas. Bila sampai di Pattani, kami terus menziarah Pondok2 Tahfiz di sekitar Pattani. Pukul 8pm baru cek In hotel. Park In Town hotel sangat best dan hotel muslim, sarapan pagi pun semua sedap2. Hotel luas dan bersih.

Hari kedua kami ziarah masjid2 di sekitar Pattani, antaranya Masjid Besar Pattani, Masjid Raja, Masjid Kerisik dan juga Masjid Manok di daerah Narathiwat jauh juga perjalanan ke sini, lebih kurang sejam lebih.

Sempat juga la singgah di Bendang Garam di Pattani  katanya x sah kalau x beli garam Manis kat sini. X pernah pula tgk org buat garam. Rupanya garam di keringkan bawah matahari dlm bendang. Kami juga berkesempatan ke Perigi Syeikh Daud Alfatoni. 

Semua makann di Pattani Sedap dan fresh, kecuali satu kedai yg mula2 kami mkn, mknn kurang sedap. Kedai dia ada nama kambing πŸ˜…πŸ˜…. Lain semua sedap2.

Dari Pattani kami ke Songkla, makan tengHari di Songkla tepi pNtai Samila. Kami  meneruskN perjalan ke Hatyai. Singah kat mana lgi dh lupa. Yg ingat cek in hotel Aloha solat kemudian kami keluar makan pula, kat sini maknan sangat sedap dan byk, ala2 stimbot dan bakar guna arang, byk sangat seafood ikan lala kerang udang galah. Desert pun byk dan sedap. MakNn yg dh siap msk pum bermacam2 ada. Sangat puas hati. Tgk harga kat kaunter tu 299 bath, mcm 30 duit siam tp kalau byr guna duit rm mungkin jadi rm36. Tetapi sangat2 berbaloi. Siap mkn dlm pukul 10 pm, kami singgH juga la kat Floating Market, tp kedai semua dh tutup, ada lagi yg jual baju2, x sempat nk mkn2 kat sini.

Selepas tu blk ke hotel, ada yg nk urut dan ada yg ke night market sekitar Lee Garden, tp kami pilih blk dan tdoπŸ˜…πŸ˜…. 

Esok pagi 9.10.22 pukul 9 waktu Malaysia kami dan pukul 8 waktu Thai kami dh cek Out untuk meneruskan tentatif, kami pergi Sarapan di The Makan, tp org ramai sangat kat sini, byk mknn dah habis,  mcm x best la pula. Tepi The Makan ada kedai cenderahati, bersopim la mengkome kat sini sejam lebih.

Lepas tu singgah di RosseCarry kedai Thai Silk dan tudung2, kemudian ke Nora Plaza  dan tempat Madu. Kat madu ni rasa mcm rugi masa dgr ceramah panjang lebar. Masa ni dh pukul 2 lbih dh. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Songkhla, katanya kat sini org Malaysia nikah yg x dpt izin dr IsteriπŸ˜…. Solat kat sini. Masa ni dh pukul 4.30 waktu malaysia. Sepatutnya pukul 2.30 kami dh gerak blk Malaysia. Tempat Gajah x sempat nk pg dah.

Dari Songkla kami meneruskan perjalanan ke Danok. Singgah kat Stesen Myk, sini sempat lagi Nyoping kat Seven Eleven sini. Perjalanan ke Danok lebih kurang sejam juga. Pukul 9.30 Waktu Malaysia sampai Danok, seronok membeli kat sini, nasib baik ada satu kedai buka.

Sebelum masuk kedai sempat oder Miang Pla Plo harga 170bth. Rasa sangat murah barang2 di Danok berbandinhkn dgn Padang Besar. Beras pulut 3kg baru 100 bth. Narita 350 bth. Kat sini byk beli jajan je la. Beras wangi kampit purple 170 bth. 

Pukul 10.30 kami keluar Border Danok, alhamdulillah kat sini senang je, cop paspot dan jlan terus je. Kat kastam Malaysia kena bawa turun la barang2 yg kita beli utk di scan. Alhamdulillah semua lepas. 

Pukul 11.00kami mulakan perjalanN ke KL, 11.30  singgah di rnr Gurun Solat dan makan. Pukul 12.30 kami bertolak, Alhamdulillah perjalanan lancar, sekali lgi singgah di rnr Tapah utk isi myk dan penumpang buang Air. Pukul 5.50 alhamdulillah selamat sampai KL.

Syukur Alhamdulillah, satu pengalaman yg sangat best dpt kenal tempat org. Saya pertama kali ke Pattani. Songkla 2 kali dan Hatyai 3 kali. Dapat kawan2 baru, semua sporting. Nama lawatan kami JAULAH TARBAWI





























Masjid Telok Manok di Narathiwat


Masjid songkhla, tempat org malaysia kawen 2 curi2, takut bini x izin
Kedai makan ni best
Ladang Madu, rasa sini rugi masa dgr ceramah. Tp dh termasuk dlm pakej

Sarapan pagi di the makan, tp saya nk tunjuk bas pelacong dari malaysia, sini katanya tempat parking bas.
Tempat beli belah cenderahati kaysorn
Floating market dh tutup, mlm singgah juga 
Gerai2 dh kosong. Sini hanya jumaat sabtu ahad je buka

Tempat buffet steambot sedap dan murah. 299 thai bhat makan sampai muntah
Kat sini pun sedap ni di pattani, kdai mkn tepi pantai, tp hujan masa ni
Sempat juga ke Samila beach
Segan pula nk letak gambar patung 
Sogkhla
Mkn tempat femes di Songkla yg ads dimsum, tp lupa nama dia






Masa kat patani, bas x boleh masuk jln sempit, kami naik motor ni 6 org


Tepi pantai kedai mkn


Masjid telok manok
Masjid krisik
Bendang padi


Masjid raja

Masjid Besar daerah Patanni

Byk kain kuninh, raja thai nk melawat sekitar Patanni


Melawat pondok2 Tahfiz
Juadah di surau ustaz musa
Bas yg bawa kami

Pondok2 kecil dan usang, tp pelajar2 yg bijak agama
















1 comments:

Bergambar dengan wayar berselirat tu pun macam wajib, tanda sampai Thai πŸ˜„

Tempat gajah tu orang kata memang jangan pergi/sokong. Sebab gajah di situ kena seksa. Tak sama macam tempat gajah kita di Kuala Gandah, Pahang.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...