Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 20, 2009

MACARONI CAMPAK GORENG

Salam buat...dh menghampiri kul 11 am, baru nk letak n3 sarapan..heheheh, hari jumaat biasalah sibuk sikit,anak2 blk awal skolah. Ini menu sarapan pagi itu pun anak yang sulung minta buat utk jamuan skolah. Macroni ni main2 campak2 aja. ok layannnnn


Bahan - Bahan

macroni - direbus dgn dedikit minyak, hingga lembut
2 labu bwg besar*
3 ulas bwg putih*
1 biji tomato*
1 cawan air
cili kering - di rebus*
semangkuk kecil isi ayam
sedikit oyster
2 kiub ayam knorr
garam
Minyak utk menumis

Cara - cara

Blend bahan2 bertanda*. Macroni di tuskan airnya dan di siram dgn air,kemudian tuskan lagi.
Tumis kan bhn2 tadi dan masukkan isi ayam, apabila ayam msk n bahan tumis tadi pecah minyak. masukkan kiub,oyster,garam dan secawan air, tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan macroni dan gaul sebati...siap....

Thursday, November 19, 2009

KEK COKLAT KUKUS SENANG & SEDAP


Salam semua, kek coklat kukus ini memang senag dan sedap, lebih2 lagi jimat kos, rasa pun boleh tahan, tapi dia tidak terlalu lembap. Resepi ini saya ambil dari MYR resepi kepunyaan syida mustafa, dh byk kali saya buat kek ini...ada byk ni..potong sendiri ya nak sebanyak man pun ambil lah..saya boleh buat lagi hehehe.

minta izin c n p resepi ni ya

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam

Wednesday, November 18, 2009

PULUT PAGI / MALAM


Salam sayang buat semua.....N3 ni special buat Dayang Jack yang memang terkenal kat MYR tu...yg pandai masak2 dan sangat baik hati...Dayang akak buat pulut ni ptg tadi special nk menjemput Dayang datang ke rumah akak ni, memandangkan dayang pun suka dengan apa2 yang berasaskan pulut. Ini makan mlm akak. Biasanya pulut pagi ni org mkn buat sarapan, tp akak buat makan malam. Ada sesiapa yang pernah mkn pulut pagi ni tak. Dayang ni sepiring khas buat dayang tau,kalo nk tambah byk lagi. sila ya

Udang Goreng Tepung


Salam buat semua..menu udang goreng tepung versi kak fida MYR . Hari masa g jenjalan umah hana jepun tu tgk udg dia, mengacam habisss, nk buat stail dia tak ada serbuk roti pulak...godek2 kat myr jumpa resepi kak fida...

Kak Fida izin ya saya nk c n p resepi kak fida ni utk rujukan masa depan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 g udang - buang kulit dan tinggalkan ekornya dan bersihkan,tos
  • 1/2 sk serbuk lada sulah*
  • 1/2 sk minyak bijan*
  • 1/2 sk garam*
  • 1/2 sk gula*
  • 1 sb tepung jagung*
  • Bahan2 tepung utk menyalut udang :-
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk perasa ayam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • air secukupnya utk membancuh tepung
  • 2 sb minyak masak
  • (bahan2 tepung disatukan dan kacau hingga sebati)
  • Minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara


  1. Udang_goreng_tpd_d_perap
    Satukan bahan2 bertanda * dan gaulkan pada udang dan perap 1/2 jam.

  2. Udang_goreng_d_celup
    Celupkan udang dlm adunan tepung.Ekornya tk pyh dicelup tepung.
  3. Goreng udang dalam minyak yg telah dipanaskan dulu.Goreng hingga salutan tepung keemasan.Angkat dan toskan minyaknya.

  4. Udang_goreng_tpg_d_saji
    Siap untuk disajikan.


Tuesday, November 17, 2009

Antara Gambar Masa Silat

Anaknda tersayang sedang menunjuk skill pecah genting...baru dok hayun tangan je. 2 keping genting di pecahkan...terrer gak la.
Ini pula persembahan anak gayung merangkap guru silat juga, memecahkan botol...dengan menepuk mulut botol tu boleh pecah....acara mengupas kelapa n pecah kelapa pun ada....
Masuk sekali ngan kameraman RTM n wartawan metro. kalo tak salah mlm ni kuar kat rtm pasal silat ni kul 8.30 pm kalo ada masa jom tonton nnt.
Sebahagian anak2 silat bergambar mengikut warna bengkung.
Ini pula anak2 gayong di masa majlis penutupan, mcm2 bengkung ada. ikut tahap masing2.
gambar ini menunjuk kan persembahan dari guru silat, guru silat memukul dgn menggunakan besi...ngeri betul tgk..sampai bengkok besi tu mcm kat tv je..

SILAT GAYONG


Salam buat semua, asyik dok tangguh je nak letak n3 ni, dari hari ahad hari tu lagi tapi tak terbuat pulak. Saje2 saya nak kongsi gambar masa anak2 saya terima anugerah bengkung pada hari ahad 15.11.09. Kumpulan silat gayong ini aktif sejak 2 tahun lalu untuk memenuhi masa lapang jiran muda penduduk kawasan akak. jom layan gambar2 .

Gambar ni menunjukkan anak2 gayong terjun keatas kaca...memang kaca betul..tp tak ada sorang pun yg luka...

Monday, November 16, 2009

Kek Lapis Holiday inn



Salam buat semua, Kek Lapis yang paling cantik aku buat, tapi tak secantik tuan punya resepi ni..siapa lagi kalau bukan tokeh kek lapis puan HaSue yang sememangnya berada di Sarawak itu. Aku ambil resepi ini dekat myresepi, rasanya sungguh sedap dan betul2 mcm kek lapis yg pernah akak beli, tak rugi mencuba. Kalo nk resepi tu boleh rujuk kat sini. http://www.myresipi.com/top/detail/5883

Sue akak minta izin copy n paste ya......

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tlg jolokkan
akak bdk baru belajar
kalo SALAH SUE tolong TUNJUKKAN


KEK LAPIS HOLIDAY INN

Bahan-bahan ( Loyang 8"x8" )

  • 450g mentega (sy biasa guna golden churn) - akak guna buttercup je
  • 1 gelas gula halus(nak krg manis boleh kurangkn sukatan)
  • 10 biji telur ayam
  • 1 penutup botol esen vanilla (atau 1 sudu mkn)
  • 1 tin kecil susu pekat manis (dah krgkan gula,xyah la krgkan susu..x moist plak kang)
  • 1 3/4 gelas tepung roti marie(ada yg dah sedia kat kedai atau blend sendiri roti marie then ayak)
  • 1 1/2 gelas (200g) horlicks(original)
  • 1 1/2 gelas (200g) milo
  • Sedikit browning sugar(taknak letak pun xpe,ni saja nak bg kaler ceklat lg cantik)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara


  1. Mentega dipukul bersama gula hingga kembang(putih) dan kemudian masukkan telur satu persatu

  2. Setelah adunan sebati,masukkan esen vanilla,susu pekat manis dan tepung roti marie. Adun sekata dan bahagikan kepada 2 bahagian(sama rata) (i)Milo+browning sugar (ii)Horlicks+warnakan kuning

  3. Kukus milo dgn 1 sukatan(sy guna cawan biasa) sehingga msk,jgn terlampau msk pulak..nanti lapisan mdh tertanggal

  4. Kemudian kukus pula adunan horlicks menggunakan sukatan yg sama byk dgn adunan milo sehingga msk. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis. (TIPS: Tutup loyang dgn aluminium foil utk mngelakkan air menitik di atas kek)

  5. Apabila adunan sudah habis,kukus selama 1-3 jam. lagi lama lagi bagus untuk kek thn lebih lama,tp kalo agak2 leh abis dlm 2 hari atau nak simpan dlm pt sejuk msk sejam lepas lapisan terakhir pun ok. SELAMAT MENCUBA! :)

Sunday, November 15, 2009

Ubi Badak @ Besar Rebus


Salam buat buat semua di petang minngu ini, Hujan2 begini syoknya layan ubi rebus dengan teh o . Begini lah rupa ubi badak yang telah di rebus, isinya pejal sikit dan rasa manis, aku lebih suka makan gitu aje tak payah cicah2.

Saturday, November 14, 2009

Ubi Badak @ Ubi Besar


Salam buat semua, ini adalah entri yang pertama saya. Buat HaSue @ Sue ,ini lah rupa ubi yang akak cerita tu..sue pernah tengok atau makan tak....ada sapa2 yang biasa makan ubi badak ini, ubi ni dh tinggal separuh baru akak snap pic...yang separuh lagi tu dah selamat di makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...