Sunday, February 7, 2010

LOPAT TIKAM

Salam buat semua..pagi tadi bf dengan bee hon goreng, pas tu terasa pulak nak makan lopat tikam pulak. Ari tu tgk kat rumah Mcsue sengal tu..bahan2 semua ada buat je lah, kalo nak beli kat KL ni memang payah la, kecuali time posa je senang sikit dapat. Akk pun tak tau nama yang sebenarnya sama ada Lopat atau Lompat tikam. Jom lah makan kuih tradisi kelate negeri kelahiranku:~

 

  
yang hijau tu buat 1 cawan je, pulut masak lebih sikit, anak2 suka pulut.
kalo ada yang nak resepi bagitau ya..nanti akk updatekan......

BAHAN2NYA
1 cawan tepung beras
3 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
CARA2
Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1 cawan santan ( anggaran )
Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepaptutnya lebih sedikit dari pulut
#######

3 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
@@@@@@@@@@
3 keping nisan / gula melaka
1 cawan air
daun pandan
Masak sehingga agak pekat sedikit
"
"
"
SIAP

7 comments:

salam kak rosaliza..
Lopat tikam org kelate.. lain ngan org ghanu punya.. Pernah makan sekali versi kelate ori ni masa kat rumah mak saudara suami.. Sedap.. Siap ada pulut merah tu.. tu yang menarik tu..
 
salam zalieda....ooo ganu pun ada lopat tikam ek..lebih kurang kut rupa n rasa dia..akk tak pernah pulak mkn...kalo tak dok pulut x best pulak heheheh,,lg pun ank2 suka pulut
 
Kakkk..apa lagik,bagi ler resepi kak..kot2 nak buat esok2 kan...gula nisan ada lagik tuh.hihi.kasi sukatan nak letak brp ketui ek kak..hikhik
 
Salam Kak Liza..

Memang setuju sangat apa akak kata, bulan posa je kuih ni banyak.. kalau bulan2 biasa payah nak jumpa... kat sini lagilah payah nak jumpa..hehe
 
salam sue..sukatan tak tepat mana pun sue..cuma tepung beras je 1:3 heheheh..boleh la sue cuba
 
salam nida....mmg payahkan nk dpt kuih ni nida..kat NZ ada jual tepung beras tak..boleh nida cuba kalo tak
 
salam kak liza,
saya pun suka! susah kan, cari time bukan bulan pose?
kat kelate banyak bole cari time pasar malam. hu, sedapnya!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...