Monday, December 24, 2012

CHEESE TART

Assalam buat semua ,semoga sentiasa sihat ceria di samping keluarga terchenta. Berhabuk bersawang sudah rumah maya kesayangan hamba ini, lama betul tak ada N3. Masih bamyak lagi n3 menanti.

Cheese tart ni pun agak lama juga akk buat. Acuannya besar sangat 6.5cm dan 5.5 cm, makanya dapat lah hasil cheese tart yg gedabak besaunya, akk hanya dapat dlm 15 biji sahaje, 9 biji size besar dan selebihnya saiz kecil sedikit.

Hari tu masa jenjalan kat bakery Bake with Yan ada terjumpa acuan saiz yg comel tu, tapi banyak sangat . Lepas ni kalo ke sana lagi nak juga lah beli walaupun banyak, harganya murah sangat.

Bercerita pasal cistat yg akk buat ni, banyak sangat tangan yg menolong melorek, ambil gambar, sebab tu lah hasilnya pun comelll je, apa2 pun akk puas hati sangat dengan rasanya, cuma tang saiz je yg tak comelll. Oh ya inti tu akk letakkan biskut oreo saje. 



CHEESE TART

Resipi dan rujukan : AZITA ZAIN
Rujukan : HASUE
Kongsi bersama : EmbunRosaliza

Tart Crust / Shell Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

 Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

 Cream Cheese Filling

 Bahan-bahan :
250gm cream cheese
 50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

 Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang
cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

 Filling : Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

 Cara-cara ( rujuk gambar ) : Tart crust yang sedia untuk dibakar. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...) Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

 Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) : Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen). Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.

JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Ada lagi permintaan dari anak2, tapi nak kena cari acuan comel tu dulu baru best sikit buat

7 comments:

buat sendiri barulah puas makan, kan kak..
 
sedapnya cheese tart... lama tak wat.. :) malas nak menggodek kat dapur skrg ni.. hihihi
 
lama menyepi, baru balik cuti eh kak rosa?

memang sedap pekena cheese tart tu...saya pun ada saiz gedabak, buat bila malas, jd cepat siap. kalau yg kecik tu memang comel, nk menyudahkannya sampai sakit pinggang :)
 
sedapnya..
klu wt sendiri mmg puas ati dpt byk:)
 
Assalamualaikum kak rosa, lamanya tak menjengah sini..dtg2 ada cistat la pulakkk. mmg favourite sgt. kalau sekali hadap ni 4-5 ketui pun boleh je..hehe :))
 
Sedapnya cheese tart....mmg fav akak ni.suka makan tapi tak rajin nak buat.
 
Banyak tangan yang melorek tu maknanya memang tangan berseni tu Rosa... perlu dihargai he he hehh. Kita suka cheese tart tapi belum lagi terbuat-buat!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...